Nov 6, 2008

MELAYU YANG LUPA DIRI

Al-Baqarah:42.
Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui


Allah telah meletakkan sempadan dan garis yang jelas dalam hidup manusia, sama ada sepenuhnya melaksanakan tuntusan Deenullah, atau ingkar. Namun ada yang menyatakan bahwa sudah Islam namun mencampur adukkan perkara-perkara yang haq dan yang bathil. Dan yang paling teruk mereka-mereka yang mengetahui kebenaran akan tetapi menyembunyikan kebenaran yang Allah tunjukkan. Seakan tidak ada apa yang akan berlaku.


Sahabat yang dirahmati Allah, air sirap tetapkan rasa sirap, namun kalau dicampur dengan air longkang bolehkah kita minum? Kebenaran Islam jangan dicampur adukkan, hari-hari kita solat, kita turut melaksanakan tuntutan yang lain seperti puasa, zakat dan haji, namun hari-hari juga kita lupa bahwa Allah Pengatur sekalian alam dan ada peraturan yang telah digariskan untuk manusia agar manusia melaksanakan.
An Nuur;1
(Ini adalah) satu surat yang Kami turunkan dan Kami wajibkan (menjalankan hukum-hukum yang ada di dalam)nya, dan Kami turunkan di dalamnya ayat ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya.
Sentiasalah kita mengingati Allah dengan melaksanakan hukum yang telah diwajibkan, kerana apa? Manusia bukan menciptakan manusia. Allah telah menciptakan kita maka Allah tahu mana yang baik mana yang buruk untuk kita. Apalagi? Degil kenapa lagi? Alasan apalagi? Tapi jika masih berdolak-dalik dengan bermacam-macam alasan persangkaan kita, silakan dan nanti kita lihatlah 'neraka dunia' Allah.

22 comments:

  1. * Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali MENERIMA kehendak Allah swt.

    * Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berJINAK-JINAK dengan dengan Allah swt

    * Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali SERONOK MENGENALI Allah swt

    * Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

    * Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali REDHA dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan SABAR sehingga menemuiNya

    * Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali keCINTAan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

    * Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keIKHLASAN sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati sihamba itu.

    Hamba dgn silam yg kelam T_T..
    hny

    ReplyDelete
  2. best le ayat anonymous ni..boleh copy tak?hehehe..
    bila diuji sedikit kesenangan sudah lupa pada yang memberi rezeki..nanti bila rasa sempit mula mencari yang maha esa yang telah jauh dari kita..
    betul kata anonymous tu..cinta kepada allah..rindu pada allah..dapat memberi tenang dan selesai segala masalah...

    ReplyDelete
  3. jangan haru biru awalku...nanti bulan 12 ada yang membantu....hehehe..nazirul

    ReplyDelete
  4. memang dah fitrah manusia...Allah gelarkan 'insan' dari kalimah 'nasia' yg maksudnya pelupa..tapi itu bukan alasan utk lupakan deenullah..utk lupakan status kehambaan. moga Allah jadikan kita mereka yg 'ingat' dan saling mengingat seperti yg disebut dlm Qur'an, "peringatan itu bermanfaat utk org2 mu'min"

    *tertarik dgn analogi air sirap + air longkang..menarik!hehe

    ReplyDelete
  5. Heh en pendekar mcm marah je. kesal ngan sikap melayu kita? penakut n pengecut. kalau cakap semua boleh, suruh buat terhegeh2. Xde jiwa. tgk politik kita je dah la. semoga saudara teruskan dakwah. berani kerana benar.

    ReplyDelete
  6. Saya suka blog ni, tp adverlets atas kanan tu ada yg x kenalah..hehe

    ReplyDelete
  7. Lumrah alam fitrah manusia, tepuk hati tanya lah iman...

    saya suka entry nih, izinkan sy copy yer.. terima kasih!

    ReplyDelete
  8. Kerana nak menegakkan yang hak dan menerangkan serta menghapuskan yang batil itulah menyebabkan ramai ustaz2 kena gam, ceramah agama kena pantau dengan SB, kena sign akujanji, kena ada tauliah, kena ambik permit, etc..mcm2 cabaran, sekatan & hambatan..
    Kalau hukum-hakam berkenaan muamalah spt mkn-minum, pergaulan, dll, InsyaAllah, boleh kita muhasabah & displinkan diri tapi kalau hukum yg lebih besar, siapalah kita nak merubahnya. Kita orang kecik, suara kita tak kedengaran di Parlimen...political power, bro..

    ReplyDelete
  9. salam..

    i bet the blog owner is really a Malay..=p
    semangat keMELAYUan yg tinggi dan diiringi dgn rasa kasih kerana Allah..

    alhamdulillah,bagus2..
    Semoga ungkapan 'tiada Melayu hilang di dunia' dipandang dan dinilai dr kaca mata Islam..

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
  10. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Hny, kita cuma insan biasa walau dimana kita berada kejarlah cintaNya aku pasti dan yakin Dia akan tunjukki kita ke jalan yang terang.....mardhotillah

    fahana_ann, he he he, aku setuju sesangat, carilah redhaNya.

    Nazirul, nak buat macam maner, semua plan tukar tiap2 minggu, he he he.....mungkin ini cara nak jadi yang terbaik....hu hu hu, tapi aku tak nampak memudahkan dan memang bukan jalan mudah.....hu hu hu....cepatler bulan 12....

    affendik?, memang manusia mudah lupa, kerana itu diturunkan Al-Quran bagi mereka ingat, moga kita sering diperingatkan.....mardhotillah

    Pok Li, takut2 melayu yang memendam rasa meletup, kerana sudah tidak tahan melihat haw dan bathil dicampur adukkan, moga letupnya memberi manfaat, (At-taubah:111).

    xz, marah ke? he he he, gi tu ler gamaknyer, aku sentiasa berdoa agar manusia lebih ramai yang berkata2 tentang kebenaran bukan kesulitan dan perpecahan.

    ezad, ade kluar iklan yang pelik2 ker, he he he, ko refresh jer laa, aku dah settingkan supayer tak kluar iklan yang pelik2 tapi kluar jugak yek.....he he he.

    Azlin Hashim Takde hal nak copy tapi aku mimta belas ihsan ko tolong linkkan kat yang copy ke kakisyurga.... he he he, biler ko nak blanjer kite orang air kopi plak....keh keh keh.

    orangbukit, hu hu hu, bezanya cuma ustaz2 dan alim ulamak taknak ikut sunnah muhammad, yang pergi ikut sunnah isa siapa suruh...he he he, memang ler terbakar.....he he he

    مرضيا تي محمد جا ميلي ~, welcome to kakisyurga, yup really malay....tapi apa sahaja bangsa kita, kita angkat sanjung jiwaraga bangsa, sanjung dengan Al-Quran, sanjung dengan cinta Allah....mardhotillah

    ReplyDelete
  11. i like that bomb........taat amir,taat nabi,taat Allah...simple

    ReplyDelete
  12. PIANED, he he he, jangan taat ulil amri dulu nanti abissssss, taat Allah, taat Rasul baru Ulil Amri, maka sekiranya kamu berlainan pendapat maka kembalikan pada Allah dan Rasul......tapi PIANED berapa ramai orang yang dah ada Allah, rasul dan ulil Amri???heh.....

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum....

    MIntak maaf ye tuanhamba, hamba masuk gelanggang ni lum basuh kaki lagi nih. Risau gak nanti kena silat di tuanhamba kang.
    Suatu hakikat yang berlaku di depan mata kita, yang amat menggerunkan, yang sungguh dahsyat... adalah keruntuhan sebuah bangsa yang berlaku saban masa dan ketika, saat ini! Agama di kesampingkan, Akhlak kian runtuh, Adab-sopan sudah hilang, nilai budaya entah ke mana, iman tinggal senipis kulit bawang, hidup umpama lalang, mudah hilang arah, tidak ada prinsip dan.... banyak lagi klu nak dikarang perihal umat akhirul zaman ni. Sesamalah kita saling memperingatkan.

    Permisi dulu tuan pendekar.

    ReplyDelete
  14. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Buat saudara Zul-Elle, kami di kakisyurga amat mengalu-ngalukan saudara, semoga dapat bertukar-tukar fikiran. Jangan risau kami tak ajar silat di sini, he he he.

    Benar apa yang di kata, mungkin boleh aku ulangi sekali lagi, bahwa hari ini jangan kita takut2 manusia tentang hukum tapi timbulkan rasa cinta pada Allah......mardhotillah

    ReplyDelete
  15. betul2...salah susun...susunan saya untuk sekiranya kamu tidak taat amir maka kamu tidak taat rasul maka sekiranya kamu tidak taat rasul maka kamu tidak taat Allah......seorg ustaz bgtau tentang tafsiran ayat ati ullah wa ati urrasul wa ulil amri minkum...dia bgtau perkataan taat ada di hadapan Allah dan Rasul kerana Allah dan Rasul kita kena ikut tanpa syarat tetapi depan pemimpin xda perkataan taat kerana kita kena ikut pemimpin sekiranya tdk bertentangan dgn agama........masih ckit lg yang mentaati amir,rasul dan Allah......di tambah lg....hatta pkai tali pinggang keledar pun wajib kita ikut kerana ia tdk bertentangan dgn agama,....tp saya sendiri masih lemah nak amal

    ReplyDelete
  16. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    PIANED, nanti rujuk surah An Nisa', ayat 49. Mungkin lebih jelas. ;-)

    pandang lebih luas, perhatikan lebih luas, kerana jiwa Islam jiwa yang besar.....heh

    ReplyDelete
  17. mungkin salah sangka.....saya setuju dengan susunan saudara sapa yang pelu d taat dahulu.....susunan saya 2 untuk yang saya jelaskan 2....seburuk2 manusia adalah yang menganggap dirinya lebih baik daripada org lain

    ReplyDelete
  18. he he he ..... lain yang aku maksudkan lain pulak yang ko faham.... sorry la aku tak jelaskan secara terperinci, bukan susunan yang aku nak jelaskan, ikut ko la nak susunkan macam maner, yang aku nak sampaikan memahami AL-QURAN lebih luas pandangannya, perhatikan lebih jauh skopnya kerna jiwa Islam itu jiwa yang besar.....

    ketaatan bukan sekadar mengikut mebuta-tuli segala perintah.....tetapi di dasari dengan ilmu dan perhubungan(silah), sebab itu aku minta ko rujuk balik surah itu, tidak ada kena mengena dengan susunan dan tidak ada kena-mengena dengan menunjuk-nunjuk......

    he he he.......carilah, bukakanlah, fahamilah.....bukan sekadar terima bulat-bulat apa yang orang lain kata tapi cari ILMU. dan itu bukan ditujukan pada ko sorang jer pada semua termasuk aku yang bebal nie. mardhotillah

    ReplyDelete
  19. benar2.....setuju.......tp klu nak tafsir ayat kita x bleh wat sebarang...klu masih kuang ilmu kita kena rujuk alim ulama......ikut lah mana ulama asal x melencong kiri o kanan.....straight way jak

    ReplyDelete
  20. he he he.... Al-Quran itu ilmu, jangan ditafsirkan, tapi cari ilmu......betul bro, carilah alim ulamak yang bagus-bagus, kalau boleh yang tepat sanadnya, ikuti lah mereka dan jangan melencong-lencong, tapi kalau rajin pergilah melancong banyak pengalaman yang menarik yang korang akan dapat......(heh)

    ReplyDelete
  21. salam...

    Al-Baqarah:42.
    Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete