Nov 9, 2008

SYURGA DUNIA


Adik: Abi, macam mana keadaan di syurga?

Abi : Syurga tempatnya aman, damai, banyak sungai-sungai yang mengalir...

Adik: Sungai yang mengalir?


Abi : Iya, ada sungai madu, ada sungai susu, ada sungai khamar, macam-macam ada.


Adik: Kenapa banyak sangat sungai abi? Manis-manis pulak tu, tak ker nanti banyak semut?


Abi : He he he, sungaikan sumber penghidupan, manusia dapat banyak manfaat dari sungai. Dari sungai manusia boleh hasilkan ekonomi, pertanian, dan dengannya juga boleh jadi pengangkutan. Banyak manusia boleh belajar dari sungai, banyak ilmu yang boleh kita dapat.


Adik: Nak buat sungai pun kena ada ilmukan abi?


Abi : Yup, kena ada ilmu, kena ada daya manusia, kena ada kesungguhan, komitmen yang tinggi dan kena fokus.


Adik: Tapi akhir sungaikan laut. Tak bercampur aduk ker nanti madu, susu dan khamar?

Abi : Aaaaaaa.......

16 comments:

  1. Anak2 cerdik memang suka bertanya. Hi hi..

    ReplyDelete
  2. Jadi ibu bapa kena bersedia menghadapi pelbagai situasi dan pertanyaan.

    ReplyDelete
  3. Salam Ahad saudara Pendekar..

    Sungai kita kat sini tengah mengelegak ye x...

    ReplyDelete
  4. indahnya jika kalian dapat bersama2 melihat sungai itu...nazirul

    ReplyDelete
  5. Bagi sesetengah manusia, sungai adalah kehidupannya, medium kelangsungan hidupnya..bagi sesetengah yang lain, sungai adalah tong sampahnya..cintailah sungai kita..

    Untuk mencapai syurga Allah, terlalu mahal harganya, besar pengorbanannya..Ya Rabb, adakah aku layak untuk syurgaMu..

    ReplyDelete
  6. oh, blog neh buat aku banyak berfikir. teruskan :)

    ReplyDelete
  7. salam..
    pendekar...
    dunia ni memang pelik kadang2..

    tq 4 de sharing..
    ada banyak sebab orang baik..
    ada yg dari kecil dah dididik jadi baik...
    tapi jadi baik kerana Allah itu lah yang mendapat ganjaran... saidina umar dulu garang tanam anak perempuan dia hidup2 tapi lepas kenal islam...dialah yang hebat membela islam.. benar dikata, yang hebat masa zaman jahiliah dialah yg akan hebat apabila bersama islam

    salam

    ReplyDelete
  8. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Tie, semoga semua anak2 lebih cerdik dan matang berfikir.....

    Pok Li, he he he, makna yang bermakna, moga akal yang berguna memahami maknanya.

    blog BeliBuy, wah...... jhowo??? He he he.

    Tirana, yup memang sukar menjadi ibu dan bapa, hu hu hu, terkenang arwah bonda yang ayu cukup setia menjawap soalan aku yang macam2.

    xz, penuh lumpur sahabatku.... jangan letih membersihkan lumpur-lumpur.

    Nazirul, hah? sungai mana yang indah? aku dah lamer tak mandi air sungai blakang rumah aku.....rindu pulak nak balik kampung....he he he.....argghhh jeram Toi!!!

    rOhock, HA HA HA HA HA HA, (tapi aper yang ko gelak?) HA HA HA HA HA HA (aku cube nak gelak jugak)HEH.

    orangbukit, begitulah sungai tetap mengalir tanpa menunggu kita. memang sukar ke syurga tapi Allh tunjukkan jalan bagaimana untuk ke 'sana'. terpulang sejauh mana keimanan kita, memudik atau mengilir?

    lindosh, ;-) tanx, teruskan memikirkan agar Islam benar2 mengajak manusia kearah kesejahteraan. Tapi jangan kerana asyik memikirkan hingga kita leka untuk melaksanakan. Seimbangkan sahabatku......seimbangkan....

    bazLa', terima kasih, itu sekadar pandangan aku yang dengkel, pertama sudah bosan melihat manusia sekadar berkata2 tapi semuanya sia-sia. kedua, aku mahu mencari persamaan dalam jiwa Islam sekarang.

    Mr PenyuBiru, he he he, anak bro pun mesti jadikan kanak2 bijak dan comel(sudah sihat ka?).....heh

    ReplyDelete
  9. sungai madu, kamar dan susu la...hehehe
    sy pun dh lme x mn di sungai...

    ReplyDelete
  10. kuakuakuakua...lawak bermesej ni..patut bagi kat ujang tapi hak cipta kene pelihara..huhuhu...tak leh bayangkan tiga sungai tu bercampur..rase ape erk..memang bukan senang jadi mak ayh ni...bukan duk pandai nak menggatai ja...

    ReplyDelete
  11. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Nazirul, nanti dia jadi sungai "makhasu"....wakaka

    fahana_ann, he he he, ujang? belum sampai lawak ujang lagi....he he he, memang kalau kita mahu jadi ibu atau bapa segala persiapan harus ada, ilmu, fizikal dan mental....kalau tak habis..

    ReplyDelete
  12. salam...
    An Nahl;78.

    Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete