Nov 4, 2008

TAKUT KERNA CINTA

Al A'raaf:180

Hanya milik Allah Asmaa-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut Asmaa-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.



MusicPlaylist



(Ha ha ha mesti korang dah letih dengar aku membebel pasal Asmaul-husna tapi aku tak kira)
Allah tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun dapat kita rasai keberadaannya melalui nama-nama terbaiknya(Asmaul husna). Dari namanya dapat kita simpulkan kehendak, kemahuan, cara, aturan dan kefahaman(ideologi) Allah. Sedaya upaya harus kita mulakan memahami Asmaul-husna, kerana doa yang paling mujarab terkandung didalamnya, ubat yang paling mujarab tersembunyi di dalamnya, terutamanya ubat penyakit hati. Heh.


Kekuatan umat Islam bergantung pada kefahaman terhadap Asmaul-husna, penyatuan bangsa ini juga terkandung dalam Asmaul-husna, kemajuan dan wawasan bangsa ini juga bertitik tolak dari kefahaman terhadap nama-nama Allah ini. Gejala diluar tabii, dan luar fitrah manusia seperti 'tom-boy', mencari ketenangan dengan 'yoga', hiburan, berleluasanya maksiat dan meningkatnya kes-kes jenayah berpunca dari kegagalan kita merasai kewujudan Allah, kegagalan kita merasai diri dikuasai Allah, kegagalan kita memahami dan mencintai Allah.


Maka manusia yang 'agak terpesong' dengan prinsip dan garis panduan yang Allah tetapkan harus diperkenalkan semula dengan nama-nama Allah, bukan sekadar dijatuhkan hukuman membabi buta. Maka bermula hari ini hentikan caci-makian dan pandangan serong pada golongan-golongan diluar tabii dan golongan yang tidak mengikut garis panduan yang Allah tetapkan, mulakan dengan budaya Pendidikan, didiklah mereka untuk mengenali Allah, bukan sekadar takut pada Allah tapi mencintai Allah.....

17 comments:

  1. Alangkah benar nya!

    Tetapi jalan menuju cinta itu..penuh dengan rintangan dan ujian yang kadangkala tidak masuk akal sekali..aneh-aneh sekali..

    ReplyDelete
  2. Cinta adalah perasaan.. Cinta juga adalah Nafsu.. Namun kalau disalahgunakan Cinta maka bergolaklah perasaan dan nafsu.

    ReplyDelete
  3. harus di ringtangi cabaran dan dugaan..kadang2 diri ini kecundang dalam proses mencintai ALLLAH...NAZIRUL

    ReplyDelete
  4. salam bro...sy slalu mgamalkn YA Mujib(tuhan yg maha mengkabulkn)...klu bace ni ,,insya allah ape yg trsemat dihati akn trlaksana...amiiinn

    ReplyDelete
  5. kalam saudara sangat menarik dan menginsafkan, teruskan

    ReplyDelete
  6. aik pendekar. sejak bila tukar blog lak ni?

    ReplyDelete
  7. Asmaa-ul husna - sememangnya penyataan identiti Tuhan. Tanda kenal padanya....selain drp sifat2 20 yg wajib, 20 yg mustahil dan 1 yg harus...kerana indahnya Allah SWT dgn kemasyurannya pada kalimat Asmaa-ul husna, Ar Rahman dan Ar Rahim.

    Simpulan dari tanda kenal akan Tuhan adalah kalimat syahdah....kunci kepada syurga! kunci kepada taubat! kunci kepada kebebasan! kunci kepada segala kunci!!!

    Cuma mangganya adalah hati dan diri ini!

    ReplyDelete
  8. sesungguhnya Allah itu amat dekat, lebih dekat dari urat nafas kita sendiri..

    ReplyDelete
  9. betul betul...memang mudah menunding jari pada orang lain..pengamalan pada asmaul husnaa memang beri kesan yang menakjubkan..

    ReplyDelete
  10. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Fakhzan Marwan, yup jalan mendaki lagi sukar, tapi tetap harus didaki kerna syurga yang nyaman ada diatas kemuncaknya......perlukan ilmu, perlukan sahabat, perlukan stratergi, perlukan pengorbanan,

    Cyberwira, heh...kerna itu Al-Quran diturunkan, bagi memurnikan cinta, menyuburkan rindu namun mengawal nafsu.....

    Nazirul kecundang adakala tidak diundang, tapi jage2 jangan undang jasad yang kecundang, sebab buat 'ngabihkan bogheh'.

    Unrestmind, he he he, moga dikabulkan, tapi lebih bagus amalkan semuanya, jangan risau ko takkan terbang atau ghaib...he he he, carilah cinta dalam namaNya.


    mohamadsofee, tq bro...cuma aku minta dan doakan agar kalam ini dapat diambil pelajaran dan diamalkan bukan sekadar membacanya....mardhotillah.

    Ashikin, he he he, aku tak pindah blog, cuma template jer tukar....he he he.

    Maza, Ntah la..... semuanya bergantung pada hati, dicampakkan kunci didepan mata atau dipaksa pun manusia kalau tak mahu memahaminya dia takkan mahu faham.....teruskan sahabatku membina generasi mendatang dengan pendidikan.

    cengkiau, Al-baqarah:186, Ya memang Allah amat dekat dan mengabulkan doa pada yang memohonkan doa, namun adakah kita sudah melakukan apa yang Allah perintahkan???

    QasehNuryz, tq sis.....keep reading.

    fahana_ann, jangan sekali2 menunding jari sahabatku, tunding la benda lain.....he he he.... hdup ini amat pendek, maka seringkali harus kita hisab diri kita...

    ReplyDelete
  11. cantik lah entri ni. mengetuk pintu hati

    ReplyDelete
  12. Pendekar!

    Yoga apa class..?!Belajo silat lagi bagus...Pempuan kalau nak kena ragut,bleh gk buat kuar bunga2 silat tuuu...

    Kalau blajo yoga...takkan nak tunjuk aksi2 yoga kot??

    Ops..Yoga punya hukum camne nih?!

    Roger!

    ReplyDelete
  13. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    bumilangit, ketuk jangan tak ketuk, tapi jangan sampai berderai plak ko ketuk....he he he

    En_me, ur are welcome. Happy tuesday... ;-)

    Aboo, tentang yoga aku dah buat sedikit research dan dah tanyerkan pada bentara guru, tapi nampaknya isu ini terlalu complicated untuk dijelaskan pada masyarakat, aku pun tak tahu bagaimana dan dari sudut mana 'yoga' ini diharamkan oleh MUI malaysia, dan aku juga berharap jika ada perbaca yang boleh memberi penjelasan secara Ilmiah terhadap isu ini.

    Kerana yoga terbahagi pada banyak cabang pembelajaran(yang terlalu complicated), dan aku yakin pengamal yoga yang beragama Islam tidaklah sampai ketahap mendalami yoga ketahap "tantaric".

    kita lihat diantara luahan pengamal yoga-

    USUL PENGHARAMAN YOGA (Surat Terbuka Untuk Malaysia)

    (Surat terbuka berikut telah di'e-mel' kepada pengarang Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro dan Sinar Harian Selasa, jam 6.10 pagi ini)


    Saudara Pengarang,

    Sambil berdoa dan berharap keputusan positif dari Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai usul mereka untuk menfatwakan sama ada yoga haram atau sebaliknya, sebagai salah seorang pengamal dan personaliti yoga yang dikenali di Malaysia, saya berasa sangat terpanggil untuk menyuarakan pandangan peribadi saya sebagai seorang Muslim dan juga pengamal serta instruktor senaman yoga.

    Izinkan saya dahului suara hati saya dengan ucapan terima kasih kepada media dan Profesor Zakaria Stapa dari UKM yang melalui intipati ceramah beliau di Universiti Sains Malaysia mengenai Ajaran Sesat di Malaysia, apa itu yoga dan apa sejarahnya tidak perlu saya perkenalkan lagi ekoran publisiti meluas mengenai senaman paling universal di dunia dan boleh dipraktikkan oleh sesiapa tanpa mengira batas umur ini, di dada-dada akhbar tempatan kebelakangan ini.

    Dengan nama Allah dan izinnya, publisiti ini mempermudahkan tujuan saya berkongsi pengalaman saya merasai manfaat dan menikmati seribu satu kebaikan senaman yoga yang sayangnya, ditenggelami sejuta prasangka dan dibayangi prejudis agama terutamanya minggu berakhirnya Syawal tahun ini.

    Saya pernah menghidap penyakit asma (lelah) yang kronik ketika berusia 13 sehingga 17 tahun yang menyekat aktiviti fizikal dan hobi saya bersukan serta mengakibatkan keperluan saya ke hospital dua kali seminggu untuk bantuan pernafasan. Kuasa dan izin Allah, selepas enam bulan saya mula mempraktikkan yoga setiap hari tatkala usia 18 tahun, sehingga ke hari ini, dengan kuasa Allah juga saya dipanjangkan umur dan pada usia 26 tahun tahun ini, saya tidak pernah lagi diserang asma.

    April tahun ini, saya diuji Yang Esa dan disahkan menghidap penyakit batu karang oleh doktor lalu diberi pilihan untuk menjalani pembedahan laser yang saya tangguhkan untuk mengikuti kursus empat hari Yoga & Kecergasan di Shanghai, China yang dianjurkan oleh jenama pakaian sukan terbesar di dunia. Di sana, saya bertemu seorang 'selebriti yoga Hollywood' yang juga instruktor yoga peribadi kepada Steffi Graf (jaguh tenis), Laila Ali (anak Muhammad Ali, juga juara tinju dunia) dan Jonah Lomu (pemain ragbi antarabangsa). Beliau yang juga pengendali kursus terbabit telah mengajar saya satu posisi yoga untuk menghilangkan perit kesakitan yang saya tanggung ketika itu.

    Tatkala pulang ke tanahair, saya menyusul doktor untuk menyambung prosedur membuang batu karang saya. Kuasa Allah yang mempermudahkan laluan saya, imbasan doktor mengesahkan batu karang saya 'hilang' dan seakan lenyap begitu saja.

    Sepanjang lapan tahun saya mengusahakan pusat yoga, Alhamdulillah saya beroleh ratusan komen positif terutamanya daripada golongan berumur yang menyatakan mereka tidak lagi kerap diserang sakit sendi dan lenguh tulang belakang, puluhan rakan sekelas wanita yang mengatakan mereka tidak lagi didatangi sakit datang bulan (period pain) selepas beberapa bulan mempraktikkan senaman yoga. Wallahualam.

    Terlalu banyak lagi keajaiban yoga yang saya percayai ada sangkut-paut dengan disiplin senaman dan teknik pernafasan yang diajar dalam kebanyakan kelas yoga yang saya rasakan, merupakan satu kerugian besar kepada bangsa dan negara sekiranya diharamkan serta tidak dapat lagi dikongsi dengan lebih ramai rakyat Malaysia. Islam mempermudahkan kehidupan maka dengan niat untuk kesihatan tanpa sama sekali menyekutukan Allah Yang Maha Esa, senaman yoga terlalu banyak manfaatnya malah boleh dilakukan secara percuma oleh sesiapa sahaja daripada bayi yang baru lahir sehinggalah warga tua di senja usia. Daripada helaan nafas pertama sehinggalah hari takdir ajal mengakhiri nyawa, saya percaya sebagai manusia, kita dipertanggungjawabkan oleh-Nya tubuh badan untuk dipelihara kesihatannya dan sebagai makhluk Allah yang dianugerahkan akal dan dikebali Taqwa, kita boleh mengadili apa yang baik dan Insyaallah, iman yang tebal mampu membezakan apa yang mungkar.

    Memetik fatwa mengenai yoga dari Uztaz Mas'od Sabri di Islamonline.net, seperti senaman, sukan dan hobi lain, yoga hukumnya haram apabila ia melalaikan serta apabila tanggungjawab ibadah dan tuntutan agama diketepikan tetapi yoga diharuskan apabila ia dilakukan dengan niat semata-mata menjaga kesihatan.

    Mengharamkan yoga sepenuhnya seumpama menolak mentah keberkesanan juga kepentingan senaman kepada manusia dan seakan membutakan mata, memekakkan telinga terhadap persetujuan para saintis dan pengamal kedoktoran sedunia yang mengesyorkan yoga sebagai antara senaman dan perubatan alternatif yang paling berkesan dan mujarab pernah didokumentasikan.

    Jikalah kuasa dan takdir Tuhan yang Maha Pengasih lagi Pemurah menyuratkan dengan kuasa Majlis Fatwa Malaysia yang saya hormati tiada tolok bandingannya, senaman yoga tidak diharamkan Jumaat keramat 7 November ini, izinkan saya menyarankan sesuatu kepada pihak yang ditauliahkan kuasa:

    * Sebagai wakil pengusaha perniagaan yoga beragama Islam, saya mengalu-alukan pemantauan pihak JAKIM ke kelas-kelas yoga yang diadakan di pusat gimnasium, pusat kesihatan, pusat senamrobik dan pusat yoga serata negara untuk mengenalpasti atau memangkah mana-mana kelas yoga yang dipercayai boleh memesongkan aqidah umat Islam dan hasil pemerhatian pihak JAKIM tersebut perlu menghebahkan kepada umum supaya umat Islam boleh menilai sendiri kelas yoga yang mana, di mana dan oleh siapa perlu dijauhi.

    * Jika ia boleh dilihat sebagai satu keperluan jika tidak kemestian, mungkin pihak JAKIM boleh mengusahakan pengiktirafan berupa cop atau sijil Halal dan seumpamanya kepada pusat kecergasan yang senaman yoganya tidak menyalahi syarak Islam atau menyediakan talian 'hotline' untuk membolehkan pengamal yoga mengadu pusat yoga yang mewaspadakan supaya faedah senaman yoga tidak terkubur di bumi Malaysia selamanya dan usaha membendong terpesongnya aqidah umat Islam di Malaysia tetap terlaksana.

    Syukur kepada Allah dan terima kasih daripada hujung kaki hingga ke pangkal tulang belakang saya ucapkan kepada Profesor Zakaria Stapa dari UKM, pihak JAKIM dan para Mufti atas keprihatinan pihak kalian bijak agama memulihara kesucian Islam dan menjaga aqidah kami umat Islam seMalaysia.


    Semoga kehidupan kita di bumi Malaysia ini aman damai,
    dipanjangkan kesihatan dan diberkati Allah sentiasa.

    Yang (berani kerana) benar,

    Ninie Ahmad
    Pengamal Yoga / Pengasas Be Yoga Sanctuary,
    Pengarang HatiYoga (majalah yoga pertama di Malaysia)
    dan Duta Yoga adidas malaysia



    maka sahabat2ku yang berfikiran waras, yang bijak pandai tolong fikirkan secara rasional........

    ReplyDelete
  14. em,aku pernah diajari satu cara pernafasan yang sangat baik untuk otak dan kesihatan badan...menariknya pengajar itu meminta setiap kali dalam tarik dan lepas nafas itu,untuk berzikir...aku setuju dengan cadangan penghantar emel ni untuk pantau tempat2 yoga..bimbang ada yang salah guna walha ia bermanfaat untk manusia

    ReplyDelete
  15. salam...

    Al A'raaf:180

    Hanya milik Allah Asmaa-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut Asmaa-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete