Dec 12, 2008

ADA BERANI?

Selamat datang hari Jumaat, dan macam biasa bagi yang dah akhir baligh dan berkemampuan akan solat Jumaat. Maka hari ini aku nak memprotes beberapa perkara tentang solat Jumaat. Bukanlah bermaksud aku tak mahu diadakan solat Jumaat, atau nak ganti buat waktu pagi, atau buat sebulan sekali akan tetapi setiap kali aku pergi solat Jumaat perkara yang sama yang aku perhatikan dan tahap menyampah aku dah sampai tahap dewa.


Maka jika ada pak-pak imam, pak bilal mahu pun ajk surau atau masjid yang ‘terbaca’ entry kali ini tolonglah korang ambil perhatian dan perbetulkan. Aku sebagai manusia biasa yang jahil lagi hina ingin menyatakan apa yang aku dengar dan lihat itulah yang aku bezakan.


Aku paling tak puas hati pada beberapa masjid sekitar Shah Alam dan Puncak Alam, hehehe, apsal? Tandas korang kecil ya amat(ada yang dah title masjid tapi tandas dua jer), ruang solat sempit, panas tapi korang masih mampu letak lampu chandelier dua tiga biji. Mana dapat duit? Jawab sendiri.


Kata nak kobarkan semangat para Muslimin tapi pak-pak imam membaca teks, ok lagi tapi apsal tak pergi kelas belajar balik intonasi, ‘bogee’ bahasa dan cara-cara berpidato yang betul. Bukanlah macam KJ atau DSAI berpidato tapi cukuplah sekadar bagi kami semangat untuk mendengar, tapi terbalik bukan kobarkan semangat nak berjuang, tapi kobarkan semangat nak tidor, dan akhirnya ramai yang terkorban. Tahniah pada masjid Seksyen 18(yang lama), setakat ini pak-pak imam situ yang the best yang aku dengar khutbah Jumaat. Bravo.


Faham tak erti kata panas?(jangan cakap sebab aku banyak dosa) Bukannya aku nak suruh semua masjid pasang aircond tapi tolonglah perbetulkan ventilation korang, janganlah pakai atap zink, aku dah jadi ikan masak tiga rase kalau lewat datang, kesian kat pakcik-pakcik yang sudah uzur, kami nie spesis kulit gelap bertambahlah kekilatan nampak gayanya.


Pada mamat-mamat yang rasa nak jadi bapak ‘mithali’ korang faham tak yang anak-anak korang mengganggu orang lain dan tak pernah ker korang belajar bahwa saff akan putus kalau korang selit-selitkan anak korang dekat saff orang dewasa. Janganlah zalim pada budak-budak tak seronok pun bersenam tengah panas, berhimpit-himpit.


Masjid Seksyen 7, tolonglah cari jalan yang terbaik dah berkali-kali aku tengok makmum solat atas tanah depan longkang, takkan aku jugak nak cerita tentang kapasiti masjid kot? Aku rase korang lebih pandai. Tiga minggu lepas ada makmum yang tak dapat solat sebab tak muat, belakang penuh dan azab kepanasan, huhuhuu.(sekali lagi jangan cakap kami banyak dosa)


Ini kepada sahabat-sahabat aku yang rajin tidur dan berumah tangga kat masjid dan surau, aku tabik spring kat korang sebab tinggal keluarga, tinggal anak bini semata-mata mahu mengajak manusia pergi masjid dan dengar ceramah korang. Tapi tolonglah kalau dah masak-masak dan makan-makan korang bersihkanlah sebersih-bersihnya janganlah buat macam kat rumah korang, nanti kurang plak pahala korang. hehehe.


arabic_calligraphy

Dah-dah, manusia nie(aku) memang macam-macam complain, macam bagus sangat harg harg harg, kalau diminta urus tandas surau pun belum tentu aku boleh urus, inikan pula nak complain pasal masjid. Keh keh keh. Tak sedar diri betullah aku nie, banyak pulak songeh. Tapi ape pulak pendapat korang semua? Heh. Rindu plak pada masjid disana..............


p/s:- tahukah anda maintenance masjid negeri mencecah puluhan ribu sebulan? apsal? dengar, lihat dan bezakan. (aku dah buat research masa diploma pasal maintenance yang tak patut tu, bilalah nak taubat)

14 comments:

  1. Assalmmualaikum...cuba cari dan buka buku apa yg kita cari untuk dapat afdalnya solat jumaat..jgn mudah buat andaian yg x munasabah..

    ReplyDelete
  2. Anonymous, Harg harg harg, bagi la name bro.... namer bro dan name buku yang nak dibuka oleh kami yang jahlun nie..... supaye bertambah2 afdal solat kami..... harg harg harg.

    ibadah nie bukan setakat nak kejar dosa pahala, terutama solat jumaat, penting pada makmum dengar khutbat solat kerana disitu banyak yang boleh disampaikan.

    tapi kalau dengan keadaan pesekitaran yang tak layak nak dipanggil jemaah(solat jumaat) tak taulah aku siapa yang kena bace buku.

    harg harg harg....dari aku yang jahil lagi hina harg harg harg...

    ReplyDelete
  3. salam...nape mcm marah je pagi2 ni...sabar2...
    erm...sori lama sy menyepi..thanx 4 da advices...:)
    sy btl2 hargai nye...

    ReplyDelete
  4. cayo laa den kek ekau...apo yg ekau koba kan tu mmg boto laa tu...den pun raso apo yg ekau raso.. dio org ni baco khutbah mcm molopeh batuk kek tanggo mimbar tu joo... last2 eehhhh makmum kek belakang tu semua eehhh dah lolap.. buek syarat yooo g semayang.. abih cam no..sojak azali laiee dah cam tuu..

    ReplyDelete
  5. Kelaka gak entri arini Pendekar. Banyak betul komplainnye.

    Memang ada rasanya (macam komen pertama di atas) orang sekarang tau nak selesa je tanpa mengerti fadhilat sebenar solat Jumaat, tapi saya sendiri perhatikan..

    Kegagalan pengurusan pihak masjid dan surau banyak menghalang makmum dari mendapatkan fadhilat. Kadang2 berbelanja pada benda yang tak patut, perancangan struktur yang lemah, penyampaian yang lesu..

    Ini menggalakkan gejala2 yang diberitakan pendekar tadi. Tiada alasan untuk pengurusan masjid/surau yang lemah (pembaziran etc..) X salah kita suarakan feedback.

    ReplyDelete
  6. membebel je org tuwe ni..
    "sy tak suke org membebel..potpet potpet" bak kate seseorg.. :P

    ingatkan time raye je jadi camtu..
    tapikan surau/masjid kat sec 9 best.. :)
    ngan kat masjid TUDM :)huhu!

    -hny

    ps, gold medal tu utk entree tatu/mualaf..sempat bace,tak sempat nk tinggal jejak.. jejak kasihan adela.. LOLs

    ReplyDelete
  7. hehehe...suka betul aku dengor org komplen lelebih ni

    aku x pena g solat jumaat, pesal entah.

    tapi adek aku bilang, khutbah jumaat mmg buat org tido, xde semangat langsung...lepas solat...selipa plak ilang...saket jiwo dibuatnya

    ReplyDelete
  8. aku mmg kagum bab chandelier.... berdevasss

    ReplyDelete
  9. ust. pendekar,

    selalu baca je ceramah2 ustaz, hari ni rasa mcm nak post komen lak. betul gak. saya sbnrnya nak gak taip entry mcm gini. tapi rasa mcm last para tu lah. rasa mcm bagus. gi masjid time jumaat je. time lain baris azan tu ulang dua kali pun nak smayang kat umah gak.

    tapi, kalau ada yg sudi dgr dan sudi terima teguran, jadi x salah kita tegur kan? kalau balik kg saya kat tganu masalahnya mcm sama. ada segelintir warga pertengahan usia yg sama naik dengan khatib baca khutbah. dia kat luar sana duk bercerita.

    khatib baca teks tu pun sah2 baca sbb dah ada gaji. bukan nak sindir, tapi susah nak ckp la. ckp lebih2 kang, kecik ati. ada pulak keluar nas hadis bagai.

    time smayang, saf boleh gelecek bola. dah kena warn, rapatkan saf. tapi tak gerak pun.

    anyway, bg aku, masjid best nak semayang jumaat adalah dalam masjid ipt. kat uitm dungun, kat uitm jengka. dua ipt yg aku pernah rasa.

    haih..teringat zaman sebelum org kg x tau lagi isu i.s.a, ada yg dtg masjid bawak recorder, nak rakam khutbah dari ustaz tettt...

    panjang lak komen saya ustaz..

    hargh hargh hargh

    ReplyDelete
  10. amboi pak pendekar ni..mujahadah sikit pak cik oii...zaman nabi dulu diorang semayang beratap sinaran matahari lagi...x de air cond atau kipas tapi dapat khusyuk gak...kadang2 bila dah biasa bersenang lenang dan bersantai di bawah aircond ketika rumah, buat kita rimas bila pegi masjid yang panas walaupun sekadar untuk solat jumaat tu x masuk lagi nak beriktikaf 3 hari di masjid...ohh maafkan aku..jangan marah yer..aku panas sebab banyak dosa..

    ReplyDelete
  11. setelah byk mengomplen,nsb bek ade perasaan sedar diri..kui..kui..huhuhuhu..x pew la..

    ReplyDelete
  12. nuyui ;-) mane ade marah cik nuyui oi..... heh, sudah sihat ka? hehehe

    Anonymous wakaka, nak buek camno? kang kalau lobih-lobih kang kono potir lak den.... wakakaka, den banyak gak komen kek pak-pak imam, tapi sampai skarang macam takdo apo yang boleh nak diubah, takkan nak tunggu den jadi imam pulak.....hohohoho, kang ado pulak yang tak poie smayang jumaat....keh keh keh.

    KineticStream aku bukan ape bro..... kalau negara nie negara miskin aku tak kisah, tapi kita mampu, buat ape nak bazir pada perhiasan yang tak patut. Pasang lampu mahal-mahal pastu bayaaaaaar bil elektrik mahal-mahal, mana dapat duit? adoi.......

    Hny ;p hehehe, nanti aku gi sembahyang kat saner plak tengok rase aper yang dok kate best sangat tue, manis ker masin ker, wakakaka.... heh

    Jawahir,hehehe, memang ler ko tak perlu pergi hehehe, kesian gak kat adik ko... trick yang aku selalu pakai kalau aku letak kasut atau selipar yang agak mahal aku letak sebelah kanan tempat lain yang belah kiri tempat lain......hehehehe, yang best pencuri skarang pun bijak2 pernah juga pakai skill tu hilang....heh

    Mak Su, kalau pergi masjid negeri tengok chandelier dier skarang dah pakai plastik dulu pakai cristal sekeping jatuh nak letak balik beribu kene keluar..... duit siapa? hehehehe... dia orang pakat kumpul duit gaji dieorang ramai2 kot....heh

    razor, kalau ade yang tak nak terima teguran suruh dia duduk dalam hutan sorang-sorang hohhhohooo..... tu la pasal aku bagitau bukan sebab aper atas dasar prihatin sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab(poyo)....hohohoo

    van qif, memang tapi dulu muhammad tak plak letak lampu yang sampai setengah juta kat dalam masjid buat perhiasan, pastu rakyat kebulur.....wakakakaka...aku baru kene demam panas...hehehe

    dakchomey, huish musti sedar diri wooo, musti, hehehehe

    ReplyDelete
  13. ku pun rindu kta masjid sana..kat kg sentosa..hehe

    ReplyDelete
  14. salam...

    terima kasih kerana mengingatkan...

    Alhadulillah...

    ReplyDelete