Dec 9, 2008

AMANAH YANG SINGKAT

Harg harg harg harg... lawak betullah, bila baca tulisan para sahabat-sahabat yang mahu mengupas tentang Islam. Bukanlah mengatakan aku hebat sangat, dulu masa Ustazah mengajar pun aku tidor, harg harg harg harg. Akan tetapi bagi aku lebih bagus sekiranya kita benar-benar telah berprinsip sebelum mengeluarkan pendapat.



Baru-baru ini agak panas dengan video di U-tube tentang “The Hajj: The Most Shameful Journey in History?” Maka bermacam-macamlah pendapat, pandangan dan makian dikeluarkan terutama apabila ada dikalangan sahabat non-muslim menyatakan pendirian mereka pula. Timbul pula segelintir golongan yang cetek pemikiran tapi tinggi hamburan caci-maki mempertahankan Islam, hehehehehe.(see:-http://surind.blogspot.com)


Ia hanya sekadar buah fikir dikalangan para sahabat yang belum benar-benar memahami Islam, dan bukan salah mereka kerana kita selaku umat Islam tidak cuba untuk menaikkan nama Islam dan tidak cuba memperbaiki imej Islam. Sedikit kecewa bila kita dengan mudah dimanipulasi dan dengan mudah diperdaya malah ada yang keluar dari prinsip Islam yang sebenar.


Kita sendiri yang mencipta kebencian pada penganut ajaran yang lain, kita sendiri yang mengobarkan rasa meluat pada manusia yang lain. Padahal Allah sering menyatakan supaya kita hisab diri kita sendiri. Nilai diri sendiri bukan nilai orang yang lain. Malam kelmarin aku sempat menonton tayangan ‘The Body of Lies’, mengisahkan rangkaian pengganas dan kata-kata yang masih aku ingat diantaranya “Apa yang kau tahu tentang keperitan kami(umat Islam)?” Hehehe, Apa pula yang kau tahu tentang keperitan penganut lain?


Melihat garapan filem ini seakan cuba menggambarkan realiti sebenar yang berlaku saat ini. Seperti yang sering aku ulang-ulang bahwa rasa benci takkan ada kesudahan dan takkan ada penghujungnya. Kerana itu kita perlu saling hormat-menghormati dan mencari persamaan dalam berprinsip, persamaan yang paling hampir ialah kita semua manusia.


Keegoan, kesombongan dan rasa serba cukup seringkali menjadikan kita lupa diri dan berkelakuan seperti orang gila. Maka keluarkanlah diri kita dan memahami fitrah semulajadi manusia, Islam itu untuk merahmatkan semesta alam bukan untuk menghancurkan alam. Jangan nanti kerana tindakkan kita generasi mendatang yang terima natijahnya. Jika benar mahu menaikkan Ad-deen Allah dimuka bumi mulakan dengan menguasai pendidikan dan ekonomi, laksanakan secara terancang dan konsistan, dengan berkat dan izin Allah pasti manusia tunduk pada perintahNya.


p/s:- babak yang paling bosan bila nak jumpa mesti naik kereta mewah berderet-deret, lepas tu jumpa dekat luar(tempat yang sunyi) dah takde trademark lain. huh.

13 comments:

  1. Wah.Terkedu membaca entri pendekar kali ni.Bagi yang mempelajari tentang siapa itu manusia pasti lebih memahami.

    Kenal dan paham akan diri sendiri membawa kepada kenalnya kita pada manusia lain. Dari situlah kita dapat sedikit sebanyak mencari persamaan di dalam perbezaan.

    Terima kasih atas keprihatainan pendekar!

    ReplyDelete
  2. Islam telah dicemari oleh pengikut yang melencung.

    ReplyDelete
  3. Wahaha..body of lies..saya pun baru tengok. Memang menarik mesej2 yang cuba disampaikan, lebih2 lagi time DiCaprio keluarkan hujjahnya pasal extremism dari Al-Quran.

    Berkenaan dengan umat islam kita yang memaki hamun agama lain atas dasar 'mempertahankan agama islam'...

    Surah Al-An'am, ayat 108.

    "Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan[..]"

    Inilah yang terjadi sekarang. Al-Quran pun tak tau baca, sibuk2 nak perjuangkan Islam. Menyudahnya nama Islam makin busuk..

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  4. aku tak minat nak tulis sgt bab2 agama ni, takut salah kang aku gaks kena... ek. tapi sesekali aku selit2, utk insafkan diri aku sendrik kaedahnyer :)

    tapi aku tak makihamun agama lain :)

    ReplyDelete
  5. Hi Friend,Very Nice Post and blog,i like your blog.AND VISIT TO MY BLOG AND DROP ME A COMMENT TOO.PLZ ADD MY BLOG IN YOUR BLOG ROLL.THANKS
    http://www.googleadsensesystem.blogspot.com/
    http://www.indianstamilmasalas.blogspot.com/
    http://www.indianmasalamullu.blogspot

    ReplyDelete
  6. Isu agama sangat sensitif bagi semua bangsa, kecuali bagi yg tak kisah. Tak faham dgn non-muslim ni, kalau tak tahu atau nak tahu, bertanyalah secara ilmiah, secara professional, tak payahlah buat provokasi2 yg melampau. Setiap agama didunia ni, ada perkara2 ritual yg boleh dianggap tak masuk akal, takde le kita (org Islam) nak kutuk2 secara terbuka..untukmu agamamu, untukku agamaku..

    Body of lies...typical perception of the American..org Islam shj yg jd terrorist, mcmlah mereka tu baik sgt..takut dgr org yg menolak Al-Quran quote ayat2 Allah..mcm Geert Wilders quote dlm filem "fitna"...melampau dan terlampau..

    ReplyDelete
  7. Kita orang Islam mesti kuasai Al-Quran, sebab orang bukan Islam skarang mengkaji Al-Quran, sedangkan kita hanya mengaji..

    Kita asyik tumpukan pada orang bukan Islam dalam perjuangan kita. Padahal umat Islam yang benar2 amalkan Islam (bukan yang liberal and yg Islam pada nama) pun xfaham pasal Islam. Main ikut2, Al-Quran pun xleh kuasai.

    Golongan2 inilah yang menidakkan kedamaian. Yang menafikan Islam itu sejahtera. Bila org bukan Islam pakai ayat2 Allah, kita nak jawab pun xtau. Sebab xpenah dalami Al-Quran.

    Jadi kita jawab dengan emosi, tau nak marah je. Macamanala orang nak terima Islam...

    Pada pendapat Pendekar, tragedi Mumbai tu jihad ke? Adakah ekstrimism cara Islam? Adakah tentera islam dahulu main bunuh orang secara rambang?

    ReplyDelete
  8. Assalamu'alaikum Wr,Wb

    Ampun dan ma'af kepada semua, saya berpendirian bahawa ada yang patut kita keciwa tentang soal kerja dakwah di negara ini

    Saya tetap menyalahkan para da'ie (pendakwah) islam yang kurang menyerlahkan kesedaran tentang islam, Radio dan TV pula hanya menyampaikan islam sekadar batuk di tangga, jika adapun hanya yang di samoaikan tidak sesuai dengan masa, dah tu yang di sampaikan tidak tepat dengan ilmu kesedaran yang berkait dengan akidah

    ReplyDelete
  9. lama plak, menapak kat blog 'sana'

    duk review2 komentar, sekali nmpak hamba allah sorg ni...saper ler tu erk?.hehhe..tp ada yg mencabar balik komentar anda.

    Ramai sungguh yg mahu jadi penjihad di 'sana', ntah btol entah tidak. Mudahnya membunuh org, berkaitan dengan jihad ni. Alhamdulillah, rasa2nya dh mantop. Sempat melayari blog dr indonesia yg mengulas mengenai the smiling bomber. Bukan mudah menerima gelara as-syahid.Semudah membunuh manusia.Do'akan sahaja saudara seislam kita itu tergolong di dalam hamba2nya yg diredhai Allah.

    Pelihara dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka. Sana salah, sini salah mana satu yg betul. Umat islam kena cermin diri sendiri semula.

    huhuhu

    ReplyDelete
  10. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    wira, ko terkedu ker sesedu? harg harg harg.... tapi ramai yang tak mahu jadi manusia. heh

    Pok Li, jika melencong luruskan kembali, ikuti jalan yang lurus jalan Al-quran dan sunnagRasul.

    xz, bile nak tukar domain bro? harg harg harg..... tapi yang tak best hero dah nak mati masih boleh diselamatkan, sama-sama kita hisab diri sendiri. he he he he.

    Mak Su, harap begitulah, bukan ape, kita hidup tak lamer, buat aper nak maki-maki orang, makan lagi bagus, jika ada orang maki kita, biarkan sebab takde faedah pun melayan orang yang 'sengal'. hoohhooo

    lusia hehehehe, sempat lagi ko buat iklan, hohhohoo, aku dah masuk dan cumer jumpe gambor-gambor heroin hindustan, huish tak bleh lamer-lamer kang diorang sangkut plak. hehehehe

    orangbukit, namer pun nonmuslim, hehehe, tapi yang menyedihkan aku bila yang muslim pulak menampakkan kejahilan.

    semua orang tahu kalau filem barat dieorang jer yang nak menang, namun sedikit pujian dari aku bagi filem itu kerana menunjukkan bahwa mereka ini sering memanipulasi bangsa lain dan sanggup melanggar etika dan nilai kemanusian semata-mata mengejar matlamat mereka.

    KineticStream, correct correct correct... harg harg harg... read the oldest post bro..... heh

    ~PakKaramu~, mudah jer, sebab yang berdakwah kerana duit, takda duit takda ceramah, takda duit takde ilmu, takda duit takdelah sibuk-sibuk nak buat kelas....... duit, duit, dimana kau duit....... oh! dimana-mana pun kene ada duit. heh

    Jawahir, aku sajer nak memeriahkan lagi suasana, tapi jika pendapat peribadi, aku sedikit sedih dan kecewa mentaliti orang Malaysia terutama Melayu Islam masih jauh dari landasan yang sepatutnya...... ;-(

    ReplyDelete
  11. Wahaha..domain tu xde problem, cuma tengah transfer site, sibuk la skarang nak setup betul2..

    Nanti dah online blek saya livekan link..

    ReplyDelete
  12. salam...

    terima kasih kerana mengingatkan...

    persamaan dalam perbezaan...

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete