Dec 23, 2008

DI MANAKANKU CARI GANTI

Al Ahqaaf:26.

Dan sesungguhnya Kami telah meneguhkan kedudukan mereka dalam hal-hal yang Kami belum pernah meneguhkan kedudukanmu dalam hal itu dan Kami telah memberikan kepada mereka pendengaran, penglihatan dan hati; tetapi pendengaran, penglihatan dan hati mereka itu tidak berguna sedikit juapun bagi mereka, karena mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan mereka telah diliputi oleh siksa yang dahulu selalu mereka memperolok-olokkannya.


Meneguhkan kedudukan berkait rapat atau menceritakan perihal tempat atau lokasi, di mana diperkuatkan kedudukan, diberi pangkat, kuasa, dan pengikut yang ramai. di sebuah negara atau negeri atau daerah, kampung mahupun dalam rumah. Dua kisah yang berbeza, kedudukan Firaun atau kedudukan Sulaiman. Punya kekuatan namun menggunakan dengan cara yang berbeza, seorang hanya untuk dirinya, manakala seorang lagi merahmatkan alam.


Kedudukan diberi bagi melaksanakan hal-hal yang Allah perintahkan, beerti ada urusan yang harus dilakukan, yang telah diamanahkan kepada manusia untuk dikerjakan. Menceritakan juga soal pengurusan, hanya yang mampu menangani atau mengurus sahaja yang mampu berkuasa kepada orang lain. Merancang, mengorganisasikan, mengarahkan, dan mengawal dengan sebaik mungkin.


Method yang diberi mudah difahami, iaitu pendengaran(penerimaan input), penglihatan(analisa) dan hati(digest). Kearah menguruskan alam atau manusia kita harus sedar kaedah yang paling praktikal dan ideal iaitu menguruskan dengan mengikut fitrah semulajadi manusia, mengikut lumrah semulajadi manusia. Jika tidak natijahnya manusia akan hidup dengan azab, akan berlakulah kemungkaran, penindasan, rasuah, bunuh, zina, arak, judi dan banyak lagi perkara-perkara yang mengakibatkan manusia berada dalam ketakutan, kelaparan, kemiskinan dan hidup seumpama dalam neraka.


Kita punya ruang untuk mengubahnya, tidak perlulah hingga merampas pengurusan yang sedia ada, namun tanamkan dalam jiwa kita bahwa kita ini hasil ciptaan Yang Maha Kuasa, harus hendaknya kita tunduk mengikut 100% perintahnya(Al-Quran), jangan lagi dicampur-adukkan, jangan lagi disembunyikan, dunia ini sementara, akibat sejarah hadapan adalah hasil tangan kita. Mardhotillah.

p/s:- komen tak dapat nak dijawab panjang-panjang lebar, entry bleh schedulekan komen tak bleh, hehehehehe

8 comments:

  1. Kan bagus kalau kata-kata ni sampai ke hati para petualangan kita.. Tapi malangnya kalam akan tetap jadi kalam..!! Takkan berbekas di hati orang yang ingkar..!!
    Gua tak nak komen banyak sangat.. Sebab gua bukannya pemimpin masyarakat.. cuma pemimpin keluarga namun masih sama kiblatnya.. "Merancang, mengorganisasikan, mengarahkan, dan mengawal dengan sebaik mungkin."

    Seperti yang gua cakap kat atas.. Alangkah baiknya jika 'mereka' sudi mencapang telinga, membuka mata..!! "Alangkah.."

    ReplyDelete
  2. peringatan sudah diberi bertalu-talu, utk kita teladani.

    ReplyDelete
  3. manusia yang melupakan Allah, maka manusia itu sendiri yg akan rugi dan akan terlupa diri sendiri.

    ReplyDelete
  4. kejar dunia,maka akhirat akn tgglkn kiter,kejarlah akhirat,maka dunia akn mngikut kiter..

    ReplyDelete
  5. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Qaiszar Fazzamy Yusof, ;) janji kita sampaikan walau sepotong ayat. jika mereka tidak mahu amalkan Al-Quran kita dahulu laksanakan.

    Mak Su, ingatkan kerna mereka sering lupa.....

    mutakalim, jika lupanya hanya memudaratkan diri sendiri tak mengapa, namun lupanya memberi kesan yang negatif pada umat manusia yang lain....

    noli, kejar noli? harg harg harg..... sorry gurau, heh. bagi aku, aku tak kejar mana-mana, tidak pahala atau syurga,tidak dunia atau akhirat, yang aku kejar redha Allah(ayat buku). hehehe

    ReplyDelete
  6. redha dan rahmat kan alam...

    ReplyDelete
  7. salam...

    Al Ahqaaf:26.

    Dan sesungguhnya Kami telah meneguhkan kedudukan mereka dalam hal-hal yang Kami belum pernah meneguhkan kedudukanmu dalam hal itu dan Kami telah memberikan kepada mereka pendengaran, penglihatan dan hati; tetapi pendengaran, penglihatan dan hati mereka itu tidak berguna sedikit juapun bagi mereka, karena mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan mereka telah diliputi oleh siksa yang dahulu selalu mereka memperolok-olokkannya.

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  8. salam....yg mana tau tu terus je buat kerja dgn konsisten...hehe

    ReplyDelete