Dec 16, 2008

DIARI PEROKOK TEGAR

FunnyPart-com-sup_yo


“Rokok? Ala hisap jer laaa, bukan pakai duit orang lain pun beli. Dah ade duit beli lah, bukannyer sampai merompak sebab nak beli rokok. Rokok haram, harg harg harg, buat lawak aper pulak? Tu pak-pak imam rileks jer hisap, menteri pun hisap. Huish jangan la haramkan, kang maner pulak kerajaan nak cari sumber pendapatan?


Tu la diaorang tak tau, hisap rokok nie boleh ‘awet mude’, tau laa sebab ramai yang kaki rokok mane sempat tua, sebab mati mude, maka dapatlah mengekalkan kemudaannya, kan kan kan?


Dieorang sajer jer nak buat gimik, ade toksik ler, 4000 racun la, sianid, arsenik argh!! Semua tu dengki semata-mata. Sebab apa? diorang maner boleh buat kepul-kepul pastu keluar asap bulat-bulat. Dieorang maner faham, rokok nie bagi inspirasi, bagi idea, bagi release tension, sekurang-kurangnyer tak delah pergi kelas yoga nak dapatkan ketenangan.


Cuba bayangkan kalau semua haramkan rokok, aper yang nak diisap? Takkan nak suruh hisap jari plak? Alah sengal betul ler dieorang nie, bukan mabuk pun, orang lain minum arak slumber jer, tak larang pun. Huish tak faham aku”.


P/s:- kepade adik-adik, jangan ikut buat karangan menggunakan bahasa pasar kerana ia membahayakan kesihatan. lol.

21 comments:

  1. Salam. waahh, makin panas telingaku bila baca entry ni..nk tambah merokok ni menghidupkan suasana sosial yg senang mencari kawan..bang rokok ada? api ada? itulah salam perkenalan si perokok.

    ReplyDelete
  2. hoi hoi ~!!

    hisap la rokok..tak kisah pun..
    janji x isap kat bilik berdinding empat yang kecil i.e toilet cubicle, elevator..adwoi!!rase nak lemps aje..

    kot nak menyempitkan arteri pong, tgk tempat le..jgn la di hospital,depan anak2 kecil, depan pesakit geriatric..di situ sana sini.. :P

    excerpts daripada lecturer n kenalan:
    "takut lepas dapat keseronokan dari rokok, mencari keseronokan yg lain pulak" T_T

    xox,
    -hny

    ps, kawan n kawen dgn perokok, ana x kisah..tapi, 10 golden rules dlm med ethics dah kate, kene support global health.. :) dan juga practice with kind, ethics and HONESTY.. ahax!

    ReplyDelete
  3. Saya adalah perokok tegar selama 25 tahun 'berkapasiti' 20 ke 25 batang sehari. Sudah berhenti, alhamdullilah. Majlis Fatwa Kebangsaan pun dah haramkan rokok. Cuma tak diwartakan sahaja kot.

    ReplyDelete
  4. Gua pun perokok jugak..!! Sejak dari tamat persekolahan lagi.. Bila ramai orang mula menghentam perokok-perokok tegar ni, gua buat tak ambik tau je..!! Sebab gua tau rokok ni memang membahayakan kesihatan.. Tapi kenapa gua merokok jugak?..

    Hmmm.. sebab gua degil kot?.. Kehkehkeh..
    Terjebak dengan nikotin ni samalah macam terjebak dengan dadah..!! Tak kiralah dadah sintetik ke dadah raw ke.. sama je..!! Rasa gian nak merokok tu macam dadah jugak laa.. Memang betul kata bro.. kengkadang menatang ni jadi sumber inspirasi pada gua bila gua nak mengarang.. Entahlah.. Gua nak berhenti tapi tersangatlah susahnya.. Hanya seorang perokok tahap hardcore saja yang faham kenapa seorang perokok tegar tu susah sangat nak berhenti merokok..!!

    Manusia.. bila dah terhantuk baru terngadah..!! Gua pun tak terkecuali..!!

    ReplyDelete
  5. Aku sokong sgt2 klu x haramkan rokok..hehehe..apa2 hal lawat blog aku blk yea..klu x keberatan kita bertukar link..

    ReplyDelete
  6. Tie tak merokok so tak boleh nak komen laa... Tapi memang tak suka bau atau asap rokok....boleh terbatuk batuk...huk! huk!

    ReplyDelete
  7. RAHISAM RAMLI, Harg harg harg, buat mende lagha pun berjemaah jugak ker? Siap panggil kawan-kawan nak hisap rokok... hohohoho

    Hny, sekadar hukum, manusia sekarang kebal(bebal) pada hukum haram macam maner pun tak peduli pun, tapi yang aku pelik rokok dah diharamkan tapi masih ade yang hisap babi haram tak nak pulak dieorang makan......hhohoohho

    Anonymous, Baguslah kalau dah berhenti, kesian kat paru2, hehehe

    Yus Yusof, harg harg harg.... alasan jer tak mau brenti tue bro, dah macam-macam kaedah bleh buat cara psikologi bleh, minum ubat 'detox' boleh, filter anti nikotin boleh.... harg harg harg

    Bro gua tak hisap rokok pun banyak gak ilham hehehehe.....

    Mr.X, hohohohoho akan dipertimbangkan, hehehe ko pun perokok tegar gak ker, memamg susah nak berhenti lain dengan keazaman dan prisip yang kuat.

    Tie, Same la kite, Lain rase bile lepas bersenam bagi seorang perokok dengan lepas bersenam bagi yang tak hisap rokok, kita doakan sahabat2 tegar boleh berhenti .... ;-)

    ReplyDelete
  8. xleh bau asap rokok jugak..
    alhmdulillah ayah xsmking,abg pon xsmking,abg ipa pon xsmking..
    insyallah..nk carik calon suami yg xsmking gak..bru idup aman damai tnpa asap2 beracun..
    chayokk!!..hehe

    ReplyDelete
  9. :P
    antara waktu sesuai berhenti merokok ialah pd bulan ramadhan..tiap2 malam gi terawih, tiap2 petang @ lepas terawih pergi bersukan..efektif kpd sorg lelaki yang significant.. :P

    kalo anda suke bersukan, tapi masih merokok..(?) hehehe x tau la nak cakap apa..bikin tension pulmonary circulation saje..

    papehal pun, motivasi dtg dari dlm diri..istiqamah! :)

    ;)
    -hny

    ReplyDelete
  10. oops! lupe plak..
    pak yeop kate "sedangkan bas pun buang asap, kamu plak nk makan asap.."

    :P
    -hny (lagi...)

    ReplyDelete
  11. hisap jari? huhuhu, bughok bebeno :)

    ReplyDelete
  12. tegar sgt ke nie...bahaya tue...pe2 pun jgn la menyusahkan org len ek

    ReplyDelete
  13. Pendekar!

    Apa patut seorang perokok tegar Peter aka Kent(M)berharga rm9/pack macam gua memberikan respond utk tulisan ini selain...NO KOMEN!!!

    Roger!

    next post pulakkk...Cepat!

    ReplyDelete
  14. huhu. klw perokok tu mmg dh ketagih sgt, 100 spesis info ttg bahaya merokok pun diorg tak layan =p

    ReplyDelete
  15. errkk????rokok????ish....bertaubat la..............nikmat sihaat tu,Allah bg skali je.....xde dua,xde 3....cube bygkan...paaru2 da rosak.pastu,ble sakit paru2,@ paru2 da xbley guna lg,sebok nak carik penderma.....huh!!!memg xsyg diri btol.....

    ReplyDelete
  16. kepada perokok2,cuba pk benda lain/buat sesuatu untuk elakkan diri dari merokok,dan bgtau kepada rakan2 perokok anda bahawa anda ingin berhenti merokok,sy rasa kawan anda akan faham dan hormati keputusan anda dan xde la diorang nak merokok sewenang2nya depan anda,jd dengan cara ni,korang dah boleh lupakan rokok secara berperingkat2:)

    ReplyDelete
  17. ~~Noli, borang kosong ade lagi ker? harg harg harg......

    Hny, biler2 bleh berhenti merokok, hehehe nak tak nak jer.... aku dulu pun boleh dipanggil perokok tegar, tak de pulak sesiape suruh berhenti, tapi bila benar2 nak berhenti, terus campat dalam tong sampah, dan dah tiga tahun best plak tak hisap2....wakakaka.

    Mak Su, Okey la dari isap bende lain.... hohohoho

    Framestone, tegar......? hehehe.... manusia memang tak kan boleh mengubah manusia, Al-Quran sahaja yang mampu mengubah manusia.....

    Aboo, Rileks bro aku boleh rase derita nak berhenti tu.... hehehe sangap wooooo, lebih2 time lepas makan, peh! hehehe

    diya, tu la pasal, tapi yang kesian bila harga rokok naik ada yang tak berasap dapur janji bleh berasap bibir. wakaka

    Anonymous, bukan senang nak berhenti wooo, cakap memang senang, hehehe, tapi aku dah cuba berhenti dan sekarang aku simpulkan memang best berhenti hisap rokok, jangan beli rokok, jangan minta rokok, dan kalau boleh yang paling tragis... jangan kawan ngan perokok, nak hidup l ame woooo.....

    shafwan, risiko berhenti merokok setakat ini yang aku sendiri tanggung.... makan, makan, makan, peh! aku tak tau ler makan jer kerje aku sekarang nie... hohoho

    ReplyDelete
  18. i benci org yg merokok tp ape leh wat ayah pon merokok dpt bf pon merokok..so nak tak nk kene tahan je la..walaupon x suke bau asap n terbatuk2 tp ape leh wat da tgr byk kali tp degil x mau berhenti..

    ReplyDelete
  19. salam..nasib sy behenti awal sebelum dengar azaz kalu tidak susah...mcm yang lain2..

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. jauhi rokok...
    anda mampu menjauhinya...
    kpd perokok tegar, saya yakin anda pd suatu hari nanti anda akan berhenti dari profesion merokok...
    teruskan usaha anda untuk berhenti merokok, kurangi jumlah hisapan rokok sehingga ke sifar...anda mampu mengubahnya...
    klu nak merokok jugak, pastikan anda merokok di kawasan yang dibenarkan untuk merokok, pastikan orang di sekeliling anda bukan perokok, wanita mengandung dll...jika anda ingkar, anda mungkn akan dikompoun oleh Inspektor Kesihatan...hehehe...
    jika ditanya kepada anda, adakah anda akan membenarkan anak anda merokok??? saya yakin, pasti jawapannya tidak...

    ReplyDelete