Dec 27, 2008

HUDUD @ HUDUH?

Tanah ini siapa yang punya? Dulu dan itu dulu, ianya tanah Melayu, dihuni orang Melayu, melaksanakan undang-undang dan hukum sendiri yang dikatakan bersumber dari Al-Quran. Datang penjajah menukar rentak pemerintahan tanah Melayu hingga kini kita masih merelakan diri mengikut bekas tinggalan penjajah, iaitu demokrasi.


Diagung-agungkan inilah sistem yang mampu mengamankan kerna ia merupakan pilihan rakyat, mengamalkan kebebasan bersuara, dan mengiktiraf hak individu.


Bukan masa untuk aku terangkan perihal demokrasi, datangkanlah moyang segala hujjah, jelas demokrasi sebahagian dari sistem Islam tapi DEMOKRASI BUKAN SISTEM ISLAM. Jika diteliti dan difahami banyak percanggahan dalam perlaksanaan sistem demokrasi dan sistem Islam, terutama dari segi pembinaan modal insan, pemilihan pimpinan, dan yang paling ketara cara menyelesaikan masalah atau meletakkan hukum(akta/undang-undang).


Oleh kerana demokrasi menjadi darah daging Malaysia kini, maka amat mustahil untuk digugurkan dengan sewenang-wenangnya, maka wujud golongan yang berpandangan bahawa perlu diwujudkan sistem Islam di dalam negara demokrasi atau sekarang lebih dikenali sebagai hukum hudud(mungkin harus ditukar menjadi hukum huduh). Mahukan pokok pisang berbuah anggur? Pokoknya, pokok pisang woiiii! Bukan pokok anggur!


Golongan ini menjadikan politik sebagai landasan untuk menaikkan hukum(bukan menaikkan sistem) yang dikatakan berpaksikan Al-Quran, maka dikumpulkan cerdik pandai, menimbang tara dan akhirnya sebulat suara bersetuju hukum Hudud perlu dinaikkan di Malaysia.


Sudah lupa tentang Darul Nadwah? Satu badan yang melaksanakan demokrasi di Mekah pada zaman Muhammad saw, yang wujudnya lengkap dengan sistem eksekutif, legislatif dan judikatif yang dipelopori oleh Abbal Hakam aka Amru bin Hisham. Maka mengapa yang namanya Muhammad saw tidak berpolitik dalam menzahirkan sistem Islam? Mengapa yang namanya Muhammad saw tidak menggunakan saluran Darul Nadwah bagi mengembalikan ketundukan manusia kepada Allah? Pada hal sistem pemerintahan di Mekah pada ketika itu dikuasai oleh kerabatnya.


Kerana yang namanya Muhammad saw disuruh BACA! BACA DENGAN NAMA ROBBMU(PENGATURMU) YANG MENCIPTAKAN. Ayat yang pertama dari wahyu yang pertama ini sahaja sudah kita abaikan. Adakah kita baca, kita teliti, kita berpandangan, kita berprinsip mengikut Pengatur yang menciptakan, atau kita mengikut pengatur yang tidak menciptakan? Sedarkah kita bahwa Allah sahaja yang mengetahui apa yang kita perlukan bukan setakat Melayu, Islam tapi seluruh manusia.


Jika benar mahu menaikkan hukum Allah maka dengarkan baik-baik dan perhatikan dengan tenang, kerana ROBBMU YANG MENGAJARKAN DENGAN PERANTARAAN QALAM! Jika Allah mengajar manusia beerti ada ilmu mahu diajarkan, ada pendidikan yang mahu disebarkan dan tidak pernah Allah MEMAKSA UNTUK MENGIKUT ADDEENNYA!


Adakah sekalian manusia yang hidup di Malaysia kenal Allah? Hampeh! NamaNya sahaja ramai yang masih terhegeh-hegeh menyebutnya, namaNya sahaja sekadar didendangkan dilagu-lagukan dengan penuh enak tanpa pernah cuba untuk memahami nama-nama Allah. Bacalah dengan namaNya, kenalkan pada segenap manusia dahulu tentang Allah tentang Al-Quran, tentang Islam bukan sibuk mempolitikkan, menakut-nakutkan manusia-manusia yang yang tidak tahu, yang masih belum mengerti.


Ikut cara yang dilakukan oleh Muhammad saw, 13 tahun menanam akidah manusia di Mekah, supaya penduduknya benar-benar jelas wujudnya satu ikatan yang kuat diantara manusia dan Allah. Kenapa tidak mahu ikut? Oh, cara ini kuno atau ianya lambat dan leceh?


Tapi andai korang rasa cara dan kaedah yang dilakukan iaitu dengan mempolitikkan Islam ini dapat menaikkan kembali sistem Islam, nah! Silakan, kita lihat apa hasilnya, dengar, lihat dan bezakan sendiri. Sudah bertahun, mahu diwujudkan bukan nada penyatuan tapi nada perpecahan, nada kebencian, maka sahabat-sahabatku yang dirahmati Allah......... silakan.

13 comments:

  1. Salam Kakisyurga-Lagi dibuka makin banyak pekung dan segala kurap membogelkan (maaflah) umat Islam makin bertegang urat. Hodohkah demokrasi di Malaysia?

    ReplyDelete
  2. apabila dunia didahulukan,agama dibelakangkan...terimalah natijahnya...

    ReplyDelete
  3. Demokrasi - Sesuatu yang dipening-peningkan sang pemerintah lantaran memerintah tanpa segala ilmu yang kecukupan. Oh, kuasa nampak lebih indah dari agama...

    ReplyDelete
  4. pabila manusia tahu membaca,mereka tahu mngubah,mereka tahu mewawancara dan tahu la mereka bila azab menimpa..
    yg memikirkn kembali hikmah azab itu masih ada..
    yg sentiasa buntu pn masih ada..smga kite di golongan yg benar..amin..

    ReplyDelete
  5. Pendekar!

    Kat malaysia nih, I sound stupid if i talk in malay! bahasa sendiri pun tak bangga...Nak cerita soal per-LEMBAGA-an Islammm! Susahhh...

    Byk kena rombak!Kena reset abis-abisannn...Liberal giler kita sekarang!

    Ops..Smlm solat jumaat kat Masjid Seksyen.18, YB Khalid Samad (MP Shah Alam) bg khutbah...Best,sambil baca teks,sambil ulas! Katanya,"Dia ada kuasa pun,dia tak buat...duk bising kat kita yang berkuasa terhad"...Hahahha!

    Roger Bro!

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. org bace khutbah = ketawa Aboo? Ok ke 2? Atau pengkutbah yg buat lawak?

    ReplyDelete
  8. aku tercari dan aku jumpa di sini..membaca entri ni macam pasti pendekar sangat berkobar masa menaip untuk menyuarakan pendapat..kalo dapat cakap sendiri kat empunya diri,aku rasa pasti akan capai kesepakatan yang dah rosak ni...huhuhu

    ReplyDelete
  9. Salam Hijrah dan Selamat Tahun Baru 2009

    ReplyDelete
  10. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Kata Rasulullah saw, setiap perbuatan yang baik haruslah didasari dengan Basmallah jika tidak tertolaklah ia.

    RAHISAM RAMLI, pekung dan kurap perlu didedahkan, agar ada yang ambil pelajaran, namun dalam masa yang sama wajib kita ubatinya.

    demokrasi dan apa sahaja sistem mahukan kebaikkan namun, adakah kebaikkan itu didasari dengan nama Allah? Tidak. Sistem yang bersumber dari Al-Quran sahaja yang membawa kebaikkan serta didasari dengan nama(aturan, mahu, cara,faham) Allah. mardhotillah

    DAMAI, memang kena dahulukan dunia sebab ia dahulu kemudian baru akhirat.... keh keh keh, namun dunia yang macam mana? dunia neraka atau dunia syurga..... hehehehehe

    BalQis, Dr...sama juga seperti diatas, demokrasi bagus, namun kebaikkannya tidak diawali dengan nama(faham,cara, aturan, mahu) Allah.

    Allah yang mengajarkan Al-Quran dan Allah yang menciptakan manusia, IlmuNya sudah ada, jangan kita saling salang-menyalahkan namun cari jalan bagaimana untuk menzahirkan sistem Allah.

    ~~Noli Amin........(aku dulu ade gak name member amin skarang dah hilang, kah kah kah kas kas kaslannnnn....)

    Aboo mana ada had.... keh keh keh, kalau yang nak dikejar kuasa dulu baru nak bangunkan Islam susah maaa.... bangunkan dulu pendidikan yang membina generasi yang kuat akal dan jasadnya yang di dalam dadanya Al-Quran,

    bangunkan dulu ekonomi Islam agar umat ini tidak canggung dengan keperluan hidup....

    keh keh keh....sudah bangun dari tidur kaaa umat islam? keh keh keh (itu yang utama dulu)

    hullabaloo_bard keh keh keh, ko tu pun nak komen ker, keh keh keh,

    fahana_ann, kobar sikit jer sebab aku tulis time tengah mengantuk, keh keh keh, kalau nak disampaikan pada yang umpunyer diri, jawapannya sudah kami sampaikan pada yang umpunya diri namun jawapannya:

    "Baguh, baguh, baguh, tapi kawe skaghe sibuk, tak dok maso nok buak ghapo mu dok ghoyak nie"

    itulah jawapannya, dan tak perlu cari redho manusia yang penting redho Allah.

    Pok Li, salam kembali...

    ReplyDelete
  11. makian jelas lagi bersuluh peringatan yang di beri...hehe xde yang berminat ke?

    ReplyDelete
  12. ops slh eja plak....makin bukan makian

    ReplyDelete
  13. salam...

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

    Surah Al-‘Alaq(1-5)

    Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,

    Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah,

    Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,
    Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam,

    Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete