Dec 13, 2008

MALAY MALE


Yunus:14

Kemudian Kami jadikan kamu pengganti-pengganti (mereka) di muka bumi sesudah mereka, supaya Kami memperhatikan bagaimana kamu berbuat.


“Khala’ifah/Khalifah” boleh diertikan sebagai pengganti, yang mana boleh juga kita fahami satu proses berlakunya pergerakkan mengisi kekosongan yang ditinggalkan.


Jika diteliti ia membabitkan beberapa perkara yang penting yang perlu diperhalusi, seperti tidak ada yang akan kekal dan terus menerus mampu bertahan dan bermaharajalela, maka perlu dipersiapkan pengganti(generasi penerus) agar pusingan dan putaran kehidupan(pemerintahan) yang berlaku secara lansung atau tidak lansung ini tidak mengalami sebarang ralat atau kecacatan atau kecelakaan.


Seterusnya penggantian amat penting kerana itu telah menjadi fitrah semulajadi manusia, alam, dan fitrah ini tidak boleh diubah. Contohnya setiap hari sel-sel akan mati dan setiap harilah berlakunya proses penggantian sel yang baru, ini melambangkan atau menunjukkan bahwa kita masih hidup.


Air yang bertakung atau mengalir samaada di lautan atau di sungai-sungai diserap melalui proses pemejalwapan dikumpul hingga terbentuk awan manakala awan yang sarat akan mengalirkan kembali air yang dikandungnya dan dinamakan sebagai air hujan, putaran ini terus berlansung kerana ini adalah fitrah semulajadi yang telah ditetapkan dan tidak akan ada perubahan padanya. Ini menunjukkan alam ini masih hidup.

funny-pictures-yin-yang-cats

Kita fikirkan secara waras dan rasional, serasional yang mungkin, dengarkan baik-baik, perhatikan dengan tenang moga mendapat rahmat. Manusia ini tidak akan kekal atau terus wujud selama-lamanya. Begitu juga sistem pemerintahan sesebuah negara, maka kita tanyakan pada diri kita pemerintahan ini perlu digantikan dengan kepimpinan yang bagaimana?


Pemimpin yang rendah moralnya? Pemimpin yang lemah jasadnya? Pemimpin yang rosak ilmunya? atau pemimpin yang tidak mampu memimpin waima dirinya sendiri?


Perubahan dan proses penggantian terus akan berlaku, maka perlu kita sedar bahawa harus dipersiapkan generasi yang benar-benar mampu memimpin, siap ilmu dan jasadnya. Perlu dilakukan program besar yang konsistan yang di dokong oleh pendanaan yang kuat serta sumber daya manusia yang mampan.


9 comments:

  1. pemimpin dulu bila rasa xmampu relahati turun 'taktha',tp pemimpin kita nak tgu kaut untung byk2 baru nak turun taktha.... :(

    ReplyDelete
  2. kucing sapa kah itu, yg menjadi mangsa yin & yang?. Sadis sungguh aku melihatnya. ^_^

    Pria melayu manakah yg sanggup menggalas tanggungjawab ini?

    Sekiranya dilihat pada remaja lelaki melayu pada hari ini, seolah-olah menjadi gambaran pemimpin pada masa hadapan. Hancusss!!!.

    Adakah kita semua akan dipimpin oleh mereka2 yg hancus ini...hmmmm

    ReplyDelete
  3. Selamat mengayuh kayuhan,jua dalam mentarbiyah diri.salam ziarah.

    ReplyDelete
  4. buat pengetahuan saudara, hidup ini satu perlumbaan kerana semua yang hidup adalah mencari sesuatu untuk diri sendiri..

    perbuatan menonjolkan diri adalah yang terbaik untuk terus hidup di zaman ini..

    ReplyDelete
  5. wahaha.."public displayed"??am sorry..but, even a display item with shelf life got its own contribution,more than just being bold and racing themselves to be sold (by promotions and promoters).. :P

    hidup kita?? lebih dr shelf life sepatutnye.. :)
    contributions made for the betterment of ourselves towards the betterment of others..lillahi ta'ala.. ;)

    just me two cents worth,
    -hny

    ReplyDelete
  6. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    BurungBelatuk, ;-) entah ler, kalau kita yang jadi pemimpin sanggup ker turun kalau tak dapat laksanakan tanggungjawab?

    Jawahir, untuk menjadi pemimpin harus kita benarkan diri kita dahulu di pimpin.

    ridzuan, salam kembali, kayuhan makin lajju dan takkan pernah berhenti......cahayanya sama namun pelitanya berbeza....

    offamir, lumba kemana? kubur? hehehehe

    Hny, semata-mata kerana Allah.... tapi betulkah?

    ReplyDelete
  7. siapa yg berusaha, dia mendapat... :) insyaAllah akhi, insyaAllah..

    -hny

    ReplyDelete
  8. ibarat kayuh pedal spedal..kejap diatas kejap di bawah silih berganti agar spedal nya bergerak...kan? sy dh mula berkayuh dengan kayuhan agak perlahan,,,stamina xde nk laju-laju...heheehe

    ReplyDelete
  9. salam...

    Yunus:14

    Kemudian Kami jadikan kamu pengganti-pengganti (mereka) di muka bumi sesudah mereka, supaya Kami memperhatikan bagaimana kamu berbuat.

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete