Dec 14, 2008

MELAYU YANG BERTANGGUNGJAWAB

a1


Mencipta penanggungjawab bukan mudah, kerana perlu membina rasa tanggungjawab dalam dirinya dahulu sebelum berupaya untuk bertanggungjawab terhadap orang lain. Yang lebih menyukarkan apabila berhadapan dengan situasi membina penanggungjawab yang wujud dari sesuatu keadaan. Contohnya kerana tidak ada orang lain yang mampu memikul tanggungjawab itu maka dia terpilih dan ditolak menjadi penanggungjawab.


Individu seperti ini biasanya hanya mampu melaksanakan kerja mengikut tahap kemampuan dirinya(yang dirasakan) sahaja tanpa ada sikap proaktif dan sikap mahu mengembangkan atau mencari ilmu. Kebiasaannya individu yang menjadi penanggunjawab hasil(mangsa) dari keadaan lebih cenderung berada di dalam lingkaran selamat(comfort zone). Mereka jarang sekali menyahut cabaran dan merancang untuk kebaikkan serta menerima cabaran dengan fikiran yang positif.


Kebanyakkan individu seperti ini lebih suka memerhati dan menjadikan kekurangan orang lain atau keburukan sesuatu keadaan sebagai alasan untuk tidak bertanggungjawab. Kerana memang mudah meletakkan kesalahan pada orang lain. Jika berlaku peluang yang menyebelahinya pula di mana keadaan itu secara lansung atau tidak lansung memberi kreadit atau mampu menaikkan kreadibilitinya, individu seperti ini biasanya yang pertama-tama memperlihatkan dirinya dan sering mengulang-ulangi cerita dan meng”highlight”kan dirinya, supaya orang akan sentiasa ingat itu adalah hasil dari kerjanya.


Adakah aku seorang yang bertanggungjawab??? Tanyakan pada diri kita.

6 comments:

  1. yeah, no excuse, no self-defense

    Salaams..:D

    ReplyDelete
  2. Salam kakisyurga-memang ramai manusia yang jenis tu. Dah la tidak bertanggungjawab, berpura-pura pula kononnya dialah yang menceuskan idea pembaharuan..nak bagitau satu dunia dia bekerja la tu..susah susah..

    ReplyDelete
  3. manusia yang berani mengambil tanggungjawab adalah manusia yang cergas fikiran dan badannya.. Sihat darisegi fizikal dan mental

    ReplyDelete
  4. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Fakhzan Marwan, salaams kembali, salji makin cair atau makin tebal?

    RAHISAM RAMLI, Ada kala perlu juga manusia seperti itu, biasanya aku gunakan juga mereka ini bila ada urusan yang melibatkan kipas-mengipas, sebab aku tak pandai pakai kipas....hehehe

    --{-@ Zaity @-}--, nak mencipta manusia yang berani mengambil tanggungjawab bukan mudah....... masa,masa,masa.......moga kita tak rugi dalam masa ini.....

    ReplyDelete
  5. mendidik akan lahirkan tanggungjawab...tq pendekar memberi ilmu

    ReplyDelete
  6. salam...
    terima kasih kerana mengingatkan...
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete