Dec 4, 2008

SIR MELAYU.

Ketuanan Melayu,
Perasan dan lupa diri,
Jauh dari realiti,
Melaungkan retorik peribadi,



Ketuanan Melayu,
Perasan dan lupa diri,
Sejarah dah bersemadi,
Langkah kehadapan jangan henti,


Ketuanan Melayu,
Perasan dan lupa diri,
Hingga ada yang sakit hati,
Berlalu menunding jari,


Ketuanan Melayu,
Perasan dan lupa diri,
Hingga kau sembur minyak dalam api,
Jangan anggap kami tuli,


Ketuanan Melayu,
Perasan dan lupa diri,
Jihadkan pendidikan dan ekonomi,
Pasti ketuanan Melayu kembali.

8 comments:

  1. Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia . Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia)...

    unrestmind.

    ReplyDelete
  2. unrestmind, Yup...... betul tersangat betul. cuma yang tidak betulnya, jika kita kaji sejarah tanah ini bukan milik orang Melayu, dan jika kita lihat dasar Islam dan kemanusian tanah ini bukan milik sesiapa, milik Sang Pencipta.

    keistimewaan yang diperolehi oleh orang Melayu membuatkan orang kita makin malas untuk berusaha, tak payah bagi fakta kot, jenguk jer kat luar tingkap.

    Keluhan para sahabat berbangsa cina, india, dan yang lain2, bukan untuk menggugat hak keistimewaan orang Melayu, mereka juga ada anak bini yang perlu disuapkan makanan.

    bagi menaikkan kembali atau memartabatkan bangsa Melayu ini bukan sekadar diberi hak yang istimewa (jika diteliti tak istimewa pun), bangsa melayu perlu menaikkan tahap pendidikan semaksima yang mungkin dan menguasai ekonomi semaksima yang mungkin.

    kerana perjanjian yang dilakukan oleh nenek moyang kita boleh diubah, dan jika ia diubah apa jadi pada generasi dan masyarakat Melayu, adakah mereka sanggup menerimanya? sanggup menghadapinya?

    sistem yang terbaik adalah sistem islam, meletakkan hak samarata pada semua pemastautin tanpa mengira anutan dan warna kulit,

    namun jika tidak mahu pada sistem Islam, kenapa tidak dikaji sistem-sistem yang telah diamalkan oleh bangsa-bangsa yang telah maju.

    tidak pula wujud ertikata ketuanan dalam kamus masyarakat mereka......

    hohooohoohoohooo

    angkat bangsamu.....

    ReplyDelete
  3. ketuanan melayu dijual orang yang xsedar dia sendiri melayu...yang xsedar menjual bangsanya sendiri...moga Allah melindungi orang2 teraniaya...

    ReplyDelete
  4. jangan sampai orang melayu malaysia jadi orang melayu di singapura.

    itu sebanarnya.
    orang melayu pun jangan terlalu selesa dengan keadaan hari ini.

    melayu bukan nak menjadikan bangsa lain hamba,
    cuma takut dipijak kepala..!

    tak salah berjihad pertahankan bangsa..
    x)

    ReplyDelete
  5. Ketuanan Melayu
    mengharap dan merayu
    dilanyak kiri dan kanan
    masih belum perasan?

    Ketuanan Melayu
    sejarah bangsa dahulu
    13 Mei sudah berlalu
    PRU 12 buatkan UMNO kaku?

    ReplyDelete
  6. BurungBelatuk, hehehe memang ramai orang kita yang tak sedar diri, maka jom ramai-rami sedarkan, renjis dengan ayat al-quran......heh

    enche syamsul ariff, sebarkan kecintaan, jangan kita menyemai benih benci, cari persamaan waima wujud jurang perbezaan(ayat buku), hohohooo

    RAHISAM RAMLI, huh, tapi masih ramai yang perasan dan lupa diri, bila mereka nak sedar, atau mungkin tidak akan sedar......

    ReplyDelete
  7. salam perdamaian.

    ReplyDelete
  8. salam...

    terima kasih kerana mengingatkan...

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete