Dec 23, 2008

SRUPPPPPP! PEH!


Sedang aku melepak kat Papa Rich, melayan nasi ayamnya dan white coffee, yang takkan aku jumpa kat tempat lain, aku terfikir dan memikirkan tentang rasa sedap. Aku lihat di menu, naik nafsu untuk makan, dihidangkan lalu aku bau, sedap, memang aromanya menggugurkan jantung aku, lalu aku masukkan ke dalam mulut, terasa nikmatnya bukan kepalang, aku hirup supnya, hilang sekejap dunia.


Habis selesai, perut kenyang, tapi bila difikirkan sedapnya cuma sejengkal, dari mulut hingga ke anak tekak, nikmatnya cuma sebentar, nanti malam aku kembali kelaparan.


Teringat aku kisah berpuluh tahun lepas, ketika arwah mama masih ada, sukar untuk aku katakan, namun jika jumpa ikan masin begitu nikmat bagi kami, makan nasi berlaukkan garam makanan asasi, tak makan, itu rutin. Nikmat jika mampu berangan sebentar, memerhati sahabat berlari makan jajan keriangan.


Teringat ketika aku melawat kota Jakarta, terpelosok anak kecil menggonggong roti, tangannya tak sudah dihulurkan mohon belas ihsan. Lalu aku berikan Rp 25.000 menjerit dia hingga mengalirkan air mata. Berapa nilainya? Adakah lakonan atau itu nilai yang paling besar yang pernah dipegang dalam hidupnya?


Sedap, cuma sejengkal. sejengkal.................................

8 comments:

  1. Salam saudara-sedap di anak tekak, kita lihatlah le dapur si miskin tercekik anak tekak melihat makanan mereka. Kita riang dengan jajan, tetapi anak si miskin riang dengan bermain buaian.

    ReplyDelete
  2. Hmmm....

    Kerana itu kita kena elakkan dari membazir. Tie tak suka ajar anak makan bermewah2 ni... nanti mereka tak tahu nak menghargainya. Sekali sekala baru boleh makan kat restaurant tok uban tu..kena ingatkan budak2 tu, ada yang lebih malang dari kita.

    ReplyDelete
  3. Ada orang sanggup berjalan ke pelosok Malaya kerana mencari sedap yg sejengkal tu..sate sedap di Kajang, mee bandung sedap di Muar, etc, etc..
    Jalan-jalan cari makan..

    Kesenangan & kesedapan di dunia ni cuma sedikit & sementara sahaja..makan utk hidup

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, aku tergolong di dalam kategori tekak melayu

    sukar untuk menelan makanan yg canggih manggih yg menjadi ketagihan anak2 muda zaman kini.

    Terimas tuk mak ngan ayah yang tak ajar benda2 macam itu.

    Makan sekadar perlu,untuk hidup, mencari tenaga, bekerja mencari rezki dan beribadat kepada Allah.

    Kenyang.....ucaplah alhamdulillah.Ada lagi rezki aku hari ini.

    ReplyDelete
  5. jalan2 cari makan

    ReplyDelete
  6. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    RAHISAM RAMLI hanya jauhari yang kenal manikam.

    Tie, lamer dah tak makan kat tok uban....lol

    orangbukit, jalan-jalan cari pasal...hehehe

    Jawahir kadang-kadang perlu juga didedahkan dengan benda2 cam tu, kalo culture shock lagi teruk nanti....heh

    sakura aku suka jalan cari cendol pulut kat subang....

    ReplyDelete
  7. seronok yang seketika...

    ReplyDelete
  8. salam...

    terima kasih kerana mengingatkan...

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete