Jan 12, 2009

BLOG INI TIDAK MEMBOIKOT BARANGAN ISRAEL

plumbing-directory

Maka ramailah yang meletakkan logo-logo yang perlu diboikot bagi melembabkan pergerakkan ekonomi Israel dan Amerika, kononnya ia sebahagian cara untuk menyedarkan kuasa besar dunia itu. Lalu ramailah pula yang mengikat dikepalanya kain hijau, membawa bendera-bendera Palestin, berarak melaung-laungkan ALLAH MAHA BESAR, melepaskan tekanan bagi menunjukkan rasa simpati pada rakyat Palestin(terutama para mahasiswa yang sepatutnya memikirkan tentang pelajaran)


Selepas itu? Apa? Bagi yang sekadar mengikut atau terikut-ikut ia sebahagian cara untuk menunjukkan bahwa dirinya masih mempunyai rasa kemanusian kononnya, maka mereka ini pun sama terikut memboikot, namun pada kebiasaannya ia tidak kekal lama kerana perut perlu diisi, anak bini perlu disuap nasi. Habis menunjuk perasaan kerja berlambak nak diselesaikan lagi, tapi bagi aku dari tunjuk perasaan baik jual pisang goreng tepi jalan untung-untung boleh naikkan ekonomi diri, buat branding, packaging elok-elok mana tau lepas nie orang dah beralih dari makan MC’D makan pisang goreng pulak.


Bagi yang agak radikal sikit, maka dipanjatkan dengan gejala-gejala yang luar dari fitrah manusia, ada yang terlalak-lerlolong melepaskan tekanan. Dijuihkan bibirnya memandang bangsa barat yang dipandang lebih hina dari binatang yang paling hina. Diadakan ceramah, ditayang video kekejaman, dilakukan rapat umum, mengutip derma yang akhirnya entah kemana. Selepas itu apa lagi? Bakar kedutaan? Demonstrasi bogel? Pun sama aku rasa baik korang jual lepat pisang, buat macam-macam jenis, lepat gred A, B, C lepas tu pasarkan mana tau ekonomi boleh bangkit, tapi kalau memang hobi menjerit, masuk jer program reality mana tau boleh kaya. (malam tadi ramai pulak yang terjerit terlolong tengok MU lawan Chelse, APSAL TAK BOIKOT???)


Bukanlah aku menyokong Israel, namun fikirkan dengan matang, Islam ketinggalan jauh dari segi ekonomi dan pendidikan, bagus dilaungkan Allah Maha Besar, namun jangan sekadar kata-kata, perlu dilandasi dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Zaman ini kita amat memerlukan kepimpinan yang waras yang menggunakan 'Allah Minded' bukan kepala otak sendiri. Semuanya sudah depan mata…..bacalah......BACALAH….BACALAH

p/s: boikot EPL(jangan tengok bola), rokok, kapal terbang, stesyen minyak, internet, microsoft, pakaian, bahan binaan dari syarikat Israel atau US, jangan cakap banyak berPRINSIPlah, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, setakat nak boikot benda-benda remeh baik tak payah.

35 comments:

  1. Saya setuju! Boikot ni x relevan dilakukan. Sebab produk2 barangan ni yg jd kegunaan harian. X payah cakap byk. Barangan pc jer dah cukup. Software suma produk diaorg. X logik sebenarnya nak boikot. Bila x boikot bukan makna saya sokong diaorg ni! Tapi bila fikirkan dgn waras boikot ni x kemana sebenarnya.

    ReplyDelete
  2. Y E A Y ! !

    -hny

    ReplyDelete
  3. Saya pun setuju dengan pendapat pendekar...Cari cara lain untuk menumpaskan israel..

    ReplyDelete
  4. owh.

    maaf ya, saya tidak setuju. memang benar usaha kita sangat kecil, tetapi, dengan pemboikotan dari diri kita, at least, salah satu tanggungjawap pada palestine itu sudah kita jalani.

    bagaimana usaha dengan melibatkan pembacaan itu dapat meruntuhkan empire israel dan america? jihad bukan sekadar membaca, jihad perlu dengan pelbagai cara. dan usaha pemboikotan adalah salah satunya, ianya perlu dengan diri kita sendiri.

    saya tidak kata perlu boikot semua ini. jangan salah faham, tetapi banyak yang boleh diboikot, rokok terutamanya.

    jangan lupa bila muslim boikot danish ecnomy, mereka rugi 2 billion euro, dan akhir nya danish govt mohon maaf kepada dunia islam.

    Boleh jua kita lakukan bukan?

    demo itu jua sangat penting. bayangkan tiada demo, itu sebagai tanda kita redha pada tindakan israel, kerana KITA BERDIAM DIRI, seperti anak dara yang berdiam diri bile dirisik, diamnya tanda setuju. Setuju kah kita dengan tindakan Israel?

    Paling penting, pabila ditanya dikahirat kelak, kita mampu menjawap kita sudah melakukan penentangan itu dengan sedaya upaya kita, insyaALlah.


    Maaf, sekadar pendapat!

    ReplyDelete
  5. Is that only you can say???...BLOG INI TIDAK MEMBOIKOT BARANGAN ISRAEL!!!!....setakat bagi pendapat suruh rakyat Malaysia jual pisang goreng and lepat pisang kat tepi jalan jer masa orang lain tengah berdemonstrasi???...ajar ambil keuntungan dan kesempatan dari penderitaan serta kesengsaraan orang lain???...tapi tak heranlah kan..dekat Malaysia tu melambak orang yg mmg suka ambil kesempatan dan keuntungan dari kesusahan orang lain kan....ini ke pendekar atau pewaris bangsa Malaysia...otak saudara memang fikir maju dan untung,TETAPI adakah saudara sedar yg keuntungan itu datang dr kesempatan yg diambil dr suara2 pembelaan kita terhadap saudara islam kita di palestine???...AT LEAST all of them make some effort to boikot the stupid war...have some action to doit...saudara???...duduk rumah tengok bola jer ke??...How dare you can make this as your stupid jokesss???...dont you???...itu ker prinsip islam yg sebenar...rasanya tak perlulah kan nak buat title BLOG INI TIDAK MEMBOIKOT BARANGAN ISRAEL kan...nak publisiti MURAHAN ke???...ohhh yaaa!!...lupa pulakk..saudara kan memang ada idea untuk ambil kesempatan atas perkara tidak berperikemanusiaan yg berlaku pada saudara islam sendiri kan...no wonder laaa...whatever,I agree with Fakhzan...thats the idealistic opinion...JIHAD itu banyak caranya...so,fikir2 kan lah ye...

    P/S:tolong jangan malukan orang Islam yg lain ye with ur stupid title....pleaseeeeeeee!!!!!

    ReplyDelete
  6. Keh keh keh..... selepas itu?

    dah boikot pastu, boikot, ekonomi diaorang jatuh.... selepas itu?

    ya

    mari RAMAI-RAMAI SEBARKAN KEBENCIAN.....
    silakan.....silakan....

    ps:- aku kaki bangku dan memang tak tengok bola, keh keh keh

    ReplyDelete
  7. Hahahahaaa..
    Panas rupanya kat sini..!!
    Secara jujurnya gua kurang bersetuju dengan pendapat bro..

    Ya benar..!! Gua yakin tiada apa yang akan berubah waima segala macam boikot, demonstrasi dan berbagai lagi yang dilakukan oleh rakyat kita mahupun rakyat di seluruh dunia.. Pemimpin-pemimpin dunia telah 'dikecilkan' oleh kuasa veto JFK.. Sehinggakan mereka hanya mampu berkokok walaupun kokokan itu hanya gah di mata koloninya sendiri..

    Tapi sekurang-kurangnya kita berusaha.. Nampak logiknya akan perubahan yang sekelumit.. Ada juga rasa belas dari sepenganut.. Pendapat gua, mereka membantah dengan cara mereka.. Semua orang punya cara sendiri kan?.. Yang pentingnya usaha dan bukannya menyalahkan itu dan ini tanpa tulang empat kerat sendiri digerakkan..

    Mana tahu 'mereka' akan buka mata dengan segala macam bantahan yang ada..!! Kita merancang.. tapi Tuhan yang menentukan.. Yang penting usaha, bertawakkal dan berserah pada-Nya.. betul tak bro?

    ReplyDelete
  8. Loh, tidak tahukah apa akibatnya kalau ekonomi merundum?

    Kata membaca itu jihad? silalah membaca akibat2 pemboikotan ekonomi ya...:D

    sebarkan kebencian? of course, pada yahudi, loe nak mencintai keamanan silakan...apa maksud keamanan pada loe jua silakan!

    ReplyDelete
  9. Allah letakkan perasaan takut/gerun dalam hati musuh bila mana manusia amalkan sunnah..(lebih kurg camtu maksudnya..hanyalah intipati hadis ye)

    kita buat demo/melolong sana sini..serangan masih diteruskan juga.xmengubah apa2pn...kenapa???
    kerana,itu bukan sunnah nabi....
    so...
    tidak ada kejayaan..

    so,amalkanlah sunnah yang dah lama manusia tinggalkan ye...

    nabi dah bagi tips banyak..tp xnk ikut.
    nk jg ikt cara yg digubal oleh kpala hotak sndri..

    inilah namanya..dah bodoh,sombong pula....

    konklusinya,...
    saudara pendekar memang banyak membaca..
    gua setuju...

    p/s: gua xtahan,nk mkn aiskrim McD..hehe

    ReplyDelete
  10. boikot? sikit2 bolehlah usahakan, mcm barang2 kosmetik tu, makanan tu, minuman tu, bolehlah sikit2 aku boikot. kalau ada option local ler :)

    ReplyDelete
  11. cayala saudara pendekar..kobar kan semangat...
    memang tiada makna kita memboikot...barangan kita pun masih banyak mengunakan produk barat..hehe tq beri peringatan

    ReplyDelete
  12. hehehhe...yahudi bukannya ada kat amerika jer, merata dunia lor.

    dh alang2 memboikot, apa kata, berhenti keje terus dr syarikat malaysia yg ada kaitan dgn yahudi, itu baru mantop namanya

    drpd berdemo & memasang lilin ala2 barat gitu, baek bawa2 byk berdo'a, bukankah do'a itu senjata org mu'min

    free 4 palestine!!!

    ReplyDelete
  13. Pendekar, dgn rasa hormat, saya rasa tuan lakukan satu kesilapan besar. Ulama setuju dgn boikot ini, dalam hukum ia dah jatuh wajib, baca statement Nooh Gadot dalam ni http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm

    Kalau ulama yg pakar dlm ilmu agama, maka apa hak tuan untuk berkata demikian?
    Apa yg kita patut katakan ialah perlu selektif dlm memboikot, kerana ada produk yg kita tidak boleh elakkan daripada menggunakannya, contohnya, ubat-ubatan, mesin dialisis, jarum suntikan (yahudi yg start invent) dan lain-lain produk yg AS, yahudi buat tapi tiada alternatif untuk kita gunakan. Contohnya, google ni pun yahudi punya termasuk blogspot ni, Dell, microsoft, etc yahudi punya. kalau ada pilihan kita elakkan produk AS, Yahudi. jadi kita kena selektif. maaf saya katakan entry tuan kali ini agak dangkal dan naif. Saya rasa ini komen membina.

    ReplyDelete
  14. lagi satu tuan, dgn mengambil fatwa ulama2 yg banyak mengenai wajib boikot produk AS, Yahdui, maka elok tuan keluarkan entry baru sebagai RALAT, dan permohonan maaf.
    Pakar ekonomi kata, kalau 20 peratus sahaja umat Islam boikot maka ekonomi AS, Yahudi terancam.

    ReplyDelete
  15. Lagi satu cadangan, kalau tuan tak mau buat ralat, atau permohonan maaf maka saya cadangkan supaya tarik balik entry ni, delete je supaya tuan tidak nampak seperti orang jahil.
    Ini mbabitkan hukum tuan, jgn main2.

    ReplyDelete
  16. salam,
    sekadar pendapat...
    saya setuju dengan penulis, kalau kita lihat semula sejarah. sebelum nipun cerita-ceriti boikot ni dah pernah berlaku bila israel dan amerika melakukan kekejaman. tapi lepas tu product2 yang ada kaitan dgn mereka seolah2 tak tercuit pun. masih ada juga yang makan McD lepas tu, masih juga ada yang pakai handphone Nokia paling latest, same to others products. technology mereka pun masih digunapakai.

    kerana apa? kerana kurangnya ilmu dalam diri kita. kerana kita tak pernah terfikir selama ini adakah cara begitu berkesan? dgn cara begitu israel boleh jatuh, amerika boleh tunduk?

    untuk melakukan sesuatu biarlah dengan ilmu. perhatikan dan fikirkan, adakah kita boikot dengan kita sendiri faham mengapa israel itu begitu, mengapa amerika itu begitu, mengapa mereka pandang Islam terrorist, mengapa Islam dipandang rendah? Siapa itu yahudi? Siapa itu Islam?

    atau adakah kita boikot dengan keadaan kita sendiri terikut2 majoriti yang memboikot, ataukah kita tidak sedar mereka mungkin ketawa bila lihat kita terjerit dan terlolong begitu?

    pasti ada jalan lain untuk kita mencari keamanan dan kesejahteraan... maka, BACALAH!

    ReplyDelete
  17. huhu..hebat betul pendapat masing2..orang malaysia ni kira prihatin dan berfikir juga rupanya..hehe..setuju dengan maksu..selagi ada pilihan lain,aku akan buat,kalau tidak..terpaksalah...aku setuju juga dengan kata pendekar.memang sangat baiknya kalau kita produce barang sendiri.hem,kita buat dua2:)

    ReplyDelete
  18. hmm... orang selalu fikir hanya dia je yang betul... kalau x nak boikot dah le...

    ReplyDelete
  19. Prinsipnya mudah. Jangan di'haram'kan benda yang halal. Nabi saw tegur kerana memboikot barang yang dihalalkan Tuhan kerana mencari keredhaan isteri Baginda saw; Surah At-Tahrim. Yang halal tetap halal, yang haram tetap haram zatnya. Nabi saw juga tidak pernah memboikot Yahudi di Madinah. Yang ada dalam Islam ialah jihad. Kalau tak jalan dengan lisan dan ditentang maka jihad dengan tangan fi-sabiliLlah. Boikot-memboikot ni adalah usaha mencari alternatif tanpa mengikut sunnatuLlah sebagaimana demokrasi diambil untuk mengganti syariat.

    Tolong betulkan kalau tak betul.

    Tima kacih
    TOKPAKIRKORBANDEMOKRASI

    ReplyDelete
  20. skrg sensitiviti org dgn isu palestin makin baik. idea dr.M jugak yg bijaksane. dulu2 x pernah berjaya sebab org hanye ckp tapi x buat pun. hak boikot individu.xda paksaan.rasanya ko ni macam pandang rendah org yg boikot..kalau x setuju lebih baik diam je...biarlah blog org lain nak boikot... bukannya kita cari permusuhan pun.. xda masanya org zionis nak geledah blog2 biasa ni, mereka sangat prihatin dengan masa... sedang berusaha ke arah itu..(sensitif with time)

    ReplyDelete
  21. wooiiiiitttt...lu patut tukar tajuk blog lu laa...tukar jadik: KAKI ISRAEL ka,KAKI BARACK OBAMA ka,KAKI SYURGA tu tak sesuailaaa....ada akaii kaaa....lu pikirlah sendiri...hahahhaha....rugi malaysia ada rakyat macam hang nihhh...

    ReplyDelete
  22. betul cakap kaki firdaus...memang takde otak die nih...pegilah baca blog SAIFULISLAM dalam issue memboikot nih...jangan tahu cakap jerr dolll....

    "Ya, jika umat Islam di Malaysia ada sikap yang seperti ini, maka strategi memboikot barangan Yahudi boleh berjaya."

    "Pembentukan sikap yang seperti ini, menjadi cabaran kepada pendakwah dan pendidik masyarakat kerana musuh utama kepada perilaku yang mulia ini adalah sikap negatif mementingkan diri sendiri, atau yang tidak kurang bahayanya, tidak peduli!"

    (rujukan: http://saifulislam.com/)

    KO LAH MUSUH UTAMA ISLAM!!!!!!! baik ko delete lah cepat tajuk bodoh ko nihhhh...

    ReplyDelete
  23. “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu SANGGUPI dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan DIBALAS DENGAN CUKUP kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya.”

    ReplyDelete
  24. Salam,

    Ini kes Al-Qalam bro.
    Boleh la merasa serba sedikit.
    Ces! Jeles kawan.

    Benarlah Kalam-kalam Allah.
    [SadaqaAllahul Azeem]

    (tak perlu untuk difahami)

    P/s:
    Kata nak cari PERSAMAAN, tetapi ni......
    Mungkin teknik tahun baru kot.

    ReplyDelete
  25. MMohdSha

    bukan teknik baru bro, aku nak test suhu kat sini jap sudah ok ka atau tak? nampak cam tak okeh kene ikut gak cakap sifu....keh keh keh

    nie kes degil tak ikut cakap ler nie... keh keh keh

    ReplyDelete
  26. Demonstrasi Anti Zionis/Amerika Syarikat

    Bila - 16 Januari 2009, selepas solat Jumaat.

    Di mana - Hadapan Kedutaan Amerika Syarikat.

    Apa perlu dibawa - Sepanduk, kain rentang, replika, atau kasut terpakai.

    Ayuh, demonstrasi di Belgium menarik perhatian 80 ribu demonstran. Di Jakarta 50 ribu orang, apakah kita di Kuala Lumpur tidak peduli?

    Tolong sebarkan!!!!

    ReplyDelete
  27. Gua membidas kata-kata "rith89" yang kelihatan begitu angkuh (pandangan gua laa)..!!

    Mereka cuma berusaha mengikut cara mereka sendiri.. Gua tak kata cara itu betul ataupun salah.. Lebih baik ada usaha dari memperkecil-kecilkan usaha orang lain dan mencerca seolah-olah menganggap semua orang bodoh..!! Memperbodoh-bodohkan manusia lain dengan menggunakan kata-kata yang agak 'kurang berfikir' bermakna menganggap kita sendiri juga bodoh..!!

    Jangan cuma mencerca.. Itu bukannya Islam seperti yang dengan angkuhnya saudara sebutkan itu. Sebaliknya berikanlah resolusi serta buah fikiran yang konkrit..!! Bersama membantu sesama muslim adalah lebih baik..

    Begitu ramai manusia yang mengaku diri mereka pandai tetapi sebenarnya landai.. Hanya mampu menyalak garang tetapi langsung tidak berguna..

    ReplyDelete
  28. hehe..
    gua dianti..terima kasih

    (1)"bodoh" = bg mereka yg 'xnak' ambik sunnah

    (2)"bodoh" x 2 = bg mereka yg 'redha' bila org 'islam' xamik sunnah

    anti rith89,
    cuba nafikan gua punya statement (1) di atas..
    berikan hujah/dalil/etc yg mmbuktikan org yg xamik sunnah adlh xbodoh..

    gua xmemperkecilkan ikhtiar dorang,..coz dorang dah 'ada' buat sesuatu utk saudara islam.
    dan memang wajar jika 'non-muslim' buat boikot2..

    tp xwajar bg org islam yg dah ada petunjuk...

    mungkin gaya bahasa yg gua gunakan di komen pertama amat payah difahami bg mereka yg tidak mampu menilai sesuatu lebih jauh ke dalam..'surface' sangat kot...

    ulama pas yg ajar gua mencarut(bukan nik aziz)...huhuhu

    ulama kn warasatul anbiya'...

    wallahualam...

    p/s: anti2 ni pun bukn nate yg wujud dlm islam..

    ReplyDelete
  29. Sebagai renungan, siapa dia Prof Dr Yusof AlQardawi pada kita berbanding sesiapa sahaja assatizah lain yang mengulas isu ini?

    Orang biasa harus, halal, haram pada zahirnya, bagi saya Dr Yusof Al Qardawi memberi hukum dengan 'roh'. Satu kenyataan yang pernah didengar,ada yang bertanya "mengapa anta tidak makan produk McDoland? jawabnya itulah bezanya anta dengan ana.

    Jika kita jelas siapa Dr Yusof al Qardawi, maka hati-hati menyebarkan ulasan-ulasan oleh assatizah yang kita 'belum' kenal latar belakangnya.

    ReplyDelete
  30. ahahah!!i sense some emotional and judgmental soul..

    just because some of us see the other side of a flip coin, it's doesn't make us any 'holier than God' nor 'evil than devil'..

    -hny

    ps,anti2 dan benci2 sbb tak same pendapat..perlu ke?

    ReplyDelete
  31. Dipetik dari artikel Ustaz Shauqi
    ustazshauqi.blogspot.com

    Wajib Tentang Kezaliman Yahudi.

    Kekejaman dan kezaliman Yahudi semakin menjadi-jadi apatah lagi tindakan jahat rejim zionis itu terus mendapat restu Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah. Sudah lebih 400 nyawa orang Palestin yang tidak berdosa telah terkorban manakala ribuan yang lain cedera. Sebagai umat Islam, kita mesti 'sensitif' dengan apa yang menimpa umat Islam Palestin. Namun, sesuatu yang amat mengecewakan apabila dalam suasana serangan peluru dan pengeboman yang silih berganti dihamburkan kepada rakyat Palestin, masyarakat kita terus dibuai keseronokan dengan konsert dan hiburan di malam tahun baru 2009! Ruang dan peluang yang wujud di sebalik sambutan tahun baru itu telah digunakan sepenuhnya oleh golongan tertentu dalam masyarakat kita untuk terus menyemarakkan lagi gejala sosial yang memang telah sedia ada. Tambahan pula dengan 'pesta seks' sempena tahun baru jelas menyemarakkan lagi 'budaya' maksiat dalam masyarakat!.


    Umat Islam di Palestin 'berjuang' untuk hidup.... tapi umat Islam di Malaysia 'berjuang' untuk konsert!. Sama-samalah kita berusaha menghulurkan bantuan kepada saudara seIslam di Palestin dalam apa bentuk sekalipun... doa, wang ringgit, memboikot barangan yahudi, etc. Kepada para penagih rokok, tibalah masanya bagi mereka untuk memboikot rokok.. Janganlah jadi macam sesetengah orang Islam yang begitu hebat mengecam dan marah padaYahudi tetapi dalam masa yang sama masih memegang rokok yahudi di jari..

    ReplyDelete
  32. even non-muslims eager to boycott israel http://bodyontheline.wordpress.com/2009/01/22/on-gaza-withdrawal-and-other-ramblings/

    ReplyDelete
  33. salam wbt.

    huhu. malas nak mengulas panjang.

    allah sendiri cakap, "masakan sama org yg mengetahui dengan org yang tidak mengetahui.." (surah azzumar) kan?

    ni antara link boleh tahan menjawap persoalan sang kakisyurga:

    http://novaadila.wordpress.com/2009/01/18/kempunan-padi-di-sawah-sendirijangan/

    ni pula antara alternatif yang boleh difikir-fikir:

    http://leokid.wordpress.com/2009/01/07/alternatif-boikot/#more-490

    allah beri kit kemampuan untuk berfikir.. yeah!

    ReplyDelete
  34. Sebenarnya idea boikot ini telah lama difatwakan oleh Sheikh Yusuf al-Qaradawi sebelum ini. Namun, idea ini menjadi lebih ‘panas’ apabila ia dipromosi oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

    Tun tidak semata-mata mengajak umat Islam memboikot produk US, tetapi turut menyeru penduduk dunia memboikot dolar Amerika.

    Di sini saya lebih suka membincangkan tentang idea memboikot USD berbanding memboikot produk Amerika. Ini kerana saya mendapati telah ramai orang membincangkan tentang pemboikotan produk US.

    Idea memboikot dolar Amerika ini telah pun dikeluarkan ketika Tun masih memegang jawatan Perdana Menteri lagi. Itulah sebabnya beliau mencadangkan negara-negara OIC menggunakan dinar emas. Ini adalah salah satu langkah yang diharapkan dapat melemahkan dolar Amerika selain untuk mengurangkan pergantungan Negara-negara Islam terhadap Amerika.

    lagi di:
    http://ifirrr.blogspot.com/2009/01/macam-macam-israel.html

    salaam

    ReplyDelete
  35. ana tidak bersetuju dgn penulis blog nih!!!

    ReplyDelete