Jan 13, 2009

BLOG INI TIDAK MEMBOIKOT BARANGAN QURAISY

Tidak tahan dengan tekanan yang diberikan kepadanya maka Bilal pun berlari-lari anak menuju ke rumah Muhammad, lalu diceritakanlah apa yang telah berlaku padanya. Muhammad mengeleng-ngelengkan kepala, “Perlu kita lakukan sesuatu”, ujar Muhammad.


“Jika tidak makin ramai yang menggila dan tidak mahu menerima seruan Allah”, tambah Muhammad lagi.


“Kita boikot sahaja !”, Bilal bersemangat menyuarakan pendapat.


“Dinda rasa apa kata kita ramai-ramai berarak dari rumah hingga ke Darul Nadwah, biar mereka tahu bahawa kita punya prinsip yang teguh”, sampuk Khadijah yang dari tadi mendiamkan diri…………..

DR1114LClose-flintlock-pistol

Opss, opss, opss, kejap…. macam ada yang tak kena dengan cerita diatas, apa ya? Oh, itu bukan kisah dan sunnah yang dilakukan oleh baginda. Keh keh keh .


Baginda pernah menyatakan bahawa ditinggalkan kepada umat manusia dua perkara iaitu kitabullah dan sunnah rasul, maka dengan berprinsip pada kedua urusan(perintah) ini manusia seluruhnya dijamin oleh Muhammad saw tidak akan mengalami kesesatan atau kebingungan.


Al-quran merupakan ilmu Allah(teori) manakala sunnahRasul amalannya(praktikal), berprinsip seteguhnya kepada kedua perkara ini akan terus menjamin manusia kearah Islam(kesejahteraan) yang sebenar.


Hinggakan Nabi junjungan kita itu menyatakan sekiranya tidak berpegang pada sunnahnya maka bukan dalam kalangan umatnya. Lihat pula bagaimana Muhammad saw, berhadapan dengan ancaman yang berlaku keatasnya dan ancaman yang berlaku pada para Muslimin pada ketika itu, adakah mereka mengajak saling membenci? memboikot barang bangsa Quraisy?


Aku rasa semuanya tahu kisah Muhammad dan sunnahnya, perhatikan dengan tenang moga mendapat rahmat. Jika benar mahu mengalahkan Israel dan sekutunya, senjata yang paling canggih dan paling ampuh serta yang akan berlanjutan bagi satu jangkamasa yang panjang ialah kembali memahami Al-Quran dan kembali melaksanakan SunnahRasul. Bukan setakat baca tapi fahaminya.


Keadaan yang berlaku di Palestin tidak akan berubah sampai bila, hingga bangsa Palestin sendiri kembali pada Al-quran dan sunnahrasul yang sebenar, namun kita, apakah kita mahu keadaan ini pula berlaku pada bangsa kita atau pada anak-anak kita? bacalah… BACALAH..BACALAH DENGAN NAMA PENGATURMU YANG MENCIPTAKAN.


Asy Syuura:15.

Maka karena itu serulah dan tetaplah sebagai mana diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka dan katakanlah: "Aku beriman kepada semua Kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil diantara kamu. Allah-lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu, Allah mengumpulkan antara kita dan kepada-Nyalah kembali (kita)."

ps:- alam ini bukan untuk umat Islam sahaja tapi untuk sekalian manusia

36 comments:

  1. Betul..betul..kembali kepada alquran dan as sunnah..

    ReplyDelete
  2. rahmatan lil alamin....rindu nya ku di sana

    ReplyDelete
  3. u r right.. tapi fatwa juga dibuat berdasarkan quran dan hadis... yusuf qardawi bukan buat 'fake'wa

    ReplyDelete
  4. salam.
    rasanya ni pertama kali melemparkan komen di blog nie. setuju dengan sunnah Nabi di mana Nabi tidak mengajak saling membenci antara mereka walau dengan bangsa Quraisy. lihatlah juga saf tentera islam pada masa itu. adakah seperti sekarang? mereka sangat kuat dan tidak langsung gentar akan mati. mampukah kita turun untuk berjihad di sana?

    boikot bukan bermakna benci. kita benci kah tidak, terang2 mereka itu adalah musuh Allah! tp boikot - hanya itu yang mampu kita lakukan untuk membantu saudara kita di sana selagi termampu. bukannya dibilang boikot itu sampaikan membebankan diri sendiri. sebagai yang termampu. itu sahaja. better have than nothing!

    setuju dengan bazLa', kerana syeikh yusuf qardawi juga menyebut dalam fatwanya;

    "Menyokong penduduk Palestin di Gaza adalah satu kewajipan agama pada setiap individu Islam dan tiada siapa dikecualikan daripada tugas tersebut"

    boleh rujuk http://qaradawi.net.

    jazakallah.

    ReplyDelete
  5. Memahami Dasar Pemboikotan

    Dalam apa-apa tindakan kita sebagai seorang Muslim, kita tidak boleh lari daripada kerangka dasar yang mengikat kita, iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Justeru, tindakan kita memboikot barangan produk Yahudi dan sekutunya Amerika merupakan suatu yang dituntut oleh Islam.

    Imam al-Bukhari telah meletakkan satu subtopik dalam kitabnya, Sahih al-Bukhari:

    بَاب الشِّرَاءِ وَالْبَيْعِ مَعَ الْمُشْرِكِينَ وَأَهْلِ الْحَرْبِ


    Maksud: Bab berjual beli dengan orang-orang musyrikin dan mereka yang memerangi Islam.

    Di dalamnya, al-Bukhari merekodkan satu hadith yang diriwayatkan oleh Abd al-Rahman bin Abi Bakr:

    كُنَّا مَعَ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - ثُمَّ جَاءَ رَجُلٌ مُشْرِكٌ مُشْعَانٌّ طَوِيلٌ بِغَنَمٍ يَسُوقُهَا فَقَالَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - « بَيْعًا أَمْ عَطِيَّةً أَوْ قَالَ أَمْ هِبَةً » . قَالَ لاَ بَلْ بَيْعٌ . فَاشْتَرَى مِنْهُ شَاةً

    Maksud: Sesungguhnya kami duduk bersama dengan Nabi s.a.w. kemudian datanglah seorang lelaki Musyrik yang rambutnya kusut masai dan panjang dengan seekor kambing yang dia gembala. Maka Nabi bertanya: “(Adakah kambing ini) Dijual atau diberikan?” (atau perawi syak; adakah ia hadiah?) Dia menjawab, “Tidak, bahkan dijual.” Maka, Nabi pun membeli daripadanya seekor kambing. (al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, jil. 8, hlm. 196, No. Hadith: 2216)

    Imam al-Nawawi ketika menghuraikan persoalan tentang bolehkah bertransaksi dengan orang-orang yang memerangi Islam, telah menyatakan: “Telah sepakat orang-orang Islam ke atas keharusan untuk berurus niaga dengan Ahli Zimmah (orang-orang yang mengikat janji dengan Kerajaan Islam), dan selain daripada mereka yang terdiri daripada orang-orang Kafir, selagi mana ia tidak melibatkan barangan yang haram. Tetapi tidak harus untuk seorang Islam untuk menjual senjata atau peralatan perang kepada orang-orang kafir yang memerangi Islam, dan tidak boleh bertransaksi dengan apa-apa yang membantu dalam menegakkan agama mereka.” (al-Nawawi, Syarh al-Nawawi ala Muslim, jil. 5, hlm. 478)

    Perlu difahami bahawa, hukum asal berurusniaga dengan orang-orang kafir (termasuk yang memerangi Islam) adalah harus dengan syarat barangan itu halal di sisi Islam. Ia menjadi haram sekiranya keuntungan dan manfaat dari transaksi itu digunakan untuk memerangi Islam sama ada secara langsung atau tidak. Justeru, pemboikotan barangan Amerika dan Yahudi pada hari ini sangatlah bertepatan, kerana mereka sangat memberi komitmen kewangan kepada negara Yahudi, ISRAEL. Ia sesuatu yang tidak boleh disangkal!

    keratan artikel dari http://www.al-adib.net/2009/01/12/boikotlah-hedonisme-it%E2%80%99s-truly-america/

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Bro, aku ada la boikot sikit-sikit.
    Mesti cari persamaan, bro.
    Aku dah lama stop Astro kat umah.
    Tak da la aku support produk2 tivi Hollywood USA ni.
    Sebelum Israel serang Palestin, aku dah siap-siap boikot barang Amerika.
    Ok tak lagu tu?
    Boleh la guna duit tu untuk "pendidikan anak-anak."

    ReplyDelete
  7. menarik pandangan saudara dan pemberi komen2 di atas.. lain orang tengok keadaan ni dengan pandangan yang berbeza.. ada orang kata, kalau kita boikot habis-habisan, ekonomi umat Islam juga akan terjejas sebab sekarang ni ramai umat Islam yang bekerja di bawah company2 yang diboikot barangnya tu...

    ReplyDelete
  8. Produk yahudi berada di setiap penjuru dunia, bagaimana kita hendak memboikotnya sedangkan syarikat non-muslim di Malaysia yang secara terang-terangan menyumbang kepada setiap keuntungannya kpd pertubuhan agamanya tuk menghancurkan umat Islam di bumi Malaysia, kita tak pernah pun boikot, tak pernah pun prihatin.Umat islam kalah di bumi sendiri.

    Kalau di dalam negara sendiri masih berada di awang-awangan, bagaimana hendak menghancurkan ekonomi Israel itu.

    Bukan saja2 kita boleh melawan israel, umat mereka berilmu, bangsa jepun maju kerana mereka juga berilmu.Bagaimana dgn umat islam itu sendiri???.

    Islam itu ditunjukkan pada perbuatan bukan pada perkataan. Kembalilah kepada kepada Al-Quran dan Al-Sunnah.

    p/s:aku dh lama menjalankan pemboikotan ni, tak perlukan promotion pun mcm sekarang ni.

    ReplyDelete
  9. Si burung pipit ditanya "apa yang engkau boleh lakukan, dengan hanya menitiskan setitis air untuk memadamkan api yang marak menjulang membakar Nabi"

    Lalu dijawab oleh si burung pipit, "ini sahaja yang aku mampu lakukan, dan inilah jawapan aku kehdrat Allah di akhirat kelak".

    Wallahu'aklam.

    ReplyDelete
  10. Robert (Yisrael) Aumann, seorang cendikiawan Amerika-Israel, telah menyatakan bahawa Israel mungkin tidak akan mampu untuk terus wujud dalam jangka masa yang panjang.

    “Terlalu ramai Yahudi tidak faham mengapa mereka berada di sini. Jika kita tidak faham mengapa kita berada di sini, dan bahawa ini bukan Amerika atau suatu tempat untuk tinggal,kita tidak akan bertahan. Keinginan untuk hidup seperti bangsa-bangsa lain mungkin dapat bertahan untuk 50 tahun sahaja lagi, sekiranya kita masih berada di sini, ” kata pemenang Nobel Prize ekonomi tersebut sebagaimana dipetik oleh akhbar Haaretz pada 17 November 2006.

    Inilah sebenarnya mengapa Israel sentiasa mendesak kepada negara-negara jiran untuk mengiktiraf kewujudannya sebagai klausa utama dalam perhubungan mereka.

    http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=991

    ReplyDelete
  11. Sekadar pendapat...

    Boikot... seminggu dua ni, perkara ini sahaja yang dibincangkan.

    Jadi, pendapat saya mudah saja, nak mengubah keadaan dunia perlu mengubah keadaan masyarakat dan ini bermula dari perubahan diri sendiri.

    Memboikot Amerika, Israel, Belanda, Eropah atau apa/siapa saja, perkara itu mungkin sesuatu yang sia-sia ataupun memperjudikan diri sendiri. Kerana, bagi yang tidak memikirkan pasti tidak nampak akhiran yang kerugian.

    Perhati dan fikirkan, apa saja yang kita pakai, guna, praktik dsb, kebanyakannya adalah sesuatu yang kita adaptasi dari mereka juga. Dari teknologi, pendidikan, sistem pemerintahan, perundangan, even pemakaian kita juga sedikit sebanyak dipengaruhi mereka. Mengapa kita tak ubah?

    Perhatikan juga, matawang kita sahaja relative kepada matawang Amerika. Langsung atau tidak ekonomi kita bergantung kepada apa/siapa yang kita boikot itu. Mengapa kita tak ubah? Sebab kita tak mampu. Sebab kita tak ada ilmu untuk mengubahnya. Dan kita rasa Islam hanya mampu memboikot sahaja.

    Kalau kita pandang Islam itu kemampuannya hanya memboikot, maka itu sahajalah kemampuannya. Maka pandangan mereka juga Islam hanya mampu memboikot, tak lebih dari itu.

    Kalau betul2 nak jatuhkan mereka, sepatutnya semua itu tiada terkait dengan mereka. Nak mengubah semua itu mungkin payah jika tiada ilmu.

    Kesimpulannya, buat sesuatu biarlah dengan ilmu. Sebab akhirnya nanti kita yang akan tanggung dan kita yang akan jawab.

    Jadi, nak ubah masyarakat, ubah diri dulu. Tanamkan ilmu dalam diri, dan ilmu itu pula disebarkan. Kerana dalam Al Quran, Allah al 'Alim mengajar manusia mengubah nasib masyarakat dengan ilmu Dia, bukan dengan boikot kita.

    ReplyDelete
  12. MMohdSha

    Okeh ler tue.....
    Sekadar nak tengok umbun-umbun hari siang nie, boleh sama atau tak, nampak gaye memang kene cari persamaan......

    mardhotillah

    ReplyDelete
  13. Kepada semua sahabat yang dirahmati Allah, yang aku ingin sampaikan, hidup ini biar berprinsip dan bukan ikut-ikutan, jika sudah teguh prinsipnya, kembalikan hak manusia, manusia perlukan Al-Quran,

    Nilai kembali perbuatan kita, kerana kita yang mencipta sejarah, apa yang dilakukan akan memberi impak pada hari mendatang,

    Maka fikirkan sebelum melakukan sesuatu,sebarkan ajaran Illahi yang sebenar, mencari kesamaan dalam berprinsip dan bukan menyebarkan kebencian sesama manusia,(bila Allah kata Israel musuh Allah?)

    Andai terus-menerus dilakukan pemboikotan dan dilanjutkan peperangan ini tidak akan ada kesudahannya, yang rosak alam, yang hancur generasi mendatang,

    Fitrah api akan padam dengan air, namun kenapa asyik ditabur minyak pada mereka, jangan anggap kita terlalu suci lahir sebagai muslim ,hisab diri kita, belum tentu syurga untuk kita,

    Yang mampu menentukan siapa yang benar dan salah hanya Allah semata-mata......fikirkan.

    ReplyDelete
  14. cuba bayangkan kalo malaysia jadi cam Palestin..perang2 sbb melayu nakkan tanah dan "hak kedaulatan/ketuanan" dan ape saje lah..
    agak2, ade tak yg boikot nasi lemak melayu, nasi campur Melayu n pape saje yg made by melayu, menyumbang ke melayu..
    ish! (agak2?) :P

    the same size-6-shoes,
    -hny ;)

    ReplyDelete
  15. setiap org ade pendapat masing2 kan..bg sy.. sy setuju yg mereka perlu balik ke qur'an n sunnah..tp bg sy, boikot tu bagus jgk..tp x sure samada dpt bg effect kt diorg tu kan...ntah lah.. Wallahu 'Alam..

    ReplyDelete
  16. ko je ke yang hidup berprinsip? is that mean ko tuduh orang lain tidak berprinsip? hanya menjadi pengikut? hahaha.. i think the latest post by saifulislam is enough to answer all... ya, ko memang nak tekan kan Quran dan hadis, tapi ko tak boley perkecilkan usaha orang lain yg nak boikot... Nabi saw pun tak memperkecilkan orang lain... zionis dan yahudi beza nye langit dan bumi... memang dah sah2 zionis benci Islam... (tapi hidayah milik Allaah)...maybe ko boley cari zionis n chatting dengan dia... kalau ko nak chatting ngan zionis, bagi tahu lar ye, nanti aku bagi tahu email dia, tapi jangan bagi tahu aku yang bagi.. shalom

    ReplyDelete
  17. Bazla'

    "Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu".

    ReplyDelete
  18. HAI....KALAU DAH ZIONIST TU MEMUSUHI ISLAM....TAK NAMANYA MUSUH KE? (ALBAQARAH:120)
    "Tidak akan berlaku hari kiamat hinggalah orang Islam memerangi orang Yahudi, lalu orang Islam berjaya membunuh mereka hinggalah orang Yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu berkata: Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ini orang Yahudi di belakangku, marilah ke sini dan bunuhlah dia." Riwayat Muslim

    HATTA POKOK PUN SURUH BUNUH YAHUDI, BOIKOT BARU USAHA NAK BUNUH EKONOMI YAHUDI, BELUM LAGI BUNUH YAHUDI, ITU PUN TAK TERBUNUH....TAPI SEKURANG-KURANGNYA, ORANG-ORANG YANG MEMBOIKOT TIDAK MENYUMBANGKAN KEPADA KEMATIAN RAKYAT PALASTIN.

    BUKANKAH RASULULLAH PERNAH BERSABDA BAHAWA BARANGSIAPA YANG MEMBANTU UNTUK MEMBUNUH ORANG ISLAM WALAU DENGAN SATU KALIMAH MAKA TERTULIS DI AKHIRAT TERPUTUS DARI RAHMAT ALLAH...

    WALAUPUN USAHA MEMBOIKOT TIDAK MAMPU MEMBANTUTKAN EKONOMI ZIONIST, TAPI SEKURANG-KURANGNYA TIDAK MENYOKONG MEREKA MEMUSUHI UMAT ISLAM...

    WALLAHUA'LAM

    ReplyDelete
  19. Jangan lupe plak........

    Al-Baqarah:121.

    Orang-orang yang telah Kami berikan Al Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya. Dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

    ReplyDelete
  20. panas giler isu ni.....ikut prinsip masing2 kan dah di beri al quran dan sunah rasul nya..tak akan berubah sesuatu kaum jika ia tidak mengubahnya...mardhotillah

    ReplyDelete
  21. OH....I DIDN'T MEANT THE JEW...BUT I MEAN ZIONIST! JEW AND ZIONIST IS DIFFERENT! ZIONIST IS ALWAYS AGAINST ISLAM!
    AYAT YANG TU MAFHUM! TAPI YANG DOK BUNUH UMAT ISLAM TU XDE NYA BERIMAN...BUKAN TAKAT XBERIMAN DENGAN AJARAN ISLAM, AJARAN MEREKA SENDIRI PUN XBERIMAN! TAK PERCAYA, RRUJUK LA DIORANG PUNYA PENTA-TEUCH
    THE TEN COMMANDMENTS TO ISRAELITES:
    1)Sembahlah Tuhan dengan Tuhan Yang Satu
    (Exodus 20:3)
    2)Jangan bentukkan berhala untuk disembah sebagai Tuhan
    (Exodus 20: 4-5)
    3)Jangan gunakan Nama Tuhan sewenang-wenangnya (sumpah palsu)
    (Exodus 20:7)
    4)Muliakan hari Sabtu
    (Exodus 20:8-10)
    5)Taat setia kepada kedua ibubapa
    (Exodus 20:12)
    6)Jangan membunuh
    (Exodus 20:13)
    7)Jangan berzina
    (Exodus 20:14)
    8)Jangan mencuri
    (Exodus 20:15)
    9) Jangan jadi saksi palsu
    (Exodus 20:16)
    10)Jangan mengorat isteri orang
    (Exodus 20:17)

    P/S: SAYA XKATA MEEKA LANGGAR KESEMUA SEPULUH...

    ReplyDelete
  22. Al Ahzab:35.

    (1)Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim,

    (2)laki-laki dan perempuan yang mukmin,

    (3)laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya,

    (4)laki-laki dan perempuan yang benar,

    (5)laki-laki dan perempuan yang sabar,

    (6)laki-laki dan perempuan yang khusyuk,

    (7)laki-laki dan perempuan yang bersedekah,

    (8)laki-laki dan perempuan yang berpuasa,

    (9)laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya,

    (10)laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah,

    Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.

    Aku tak sebut tentang israel atau zionis, yang aku tanyakan tentang kita, adakah kita sudah mendalami atau membaca Al-Kitab dengan bacaan yang sebenarnya atau sekadar baca tapi tak faham?

    mungkin saudari fasih berbahsa arab tapi berapa ramai orang kita yang cuma ikut-ikutan?

    kita mempertikaikan zionis tidak mengikut 10 COMMANDMENTS, adakah kita ikut pula 10 COMMANDMENTS yang disuratkan dalam Al-Quran?

    ReplyDelete
  23. ps:- zionis atau israel atau apa sahaja namanya, mereka cuma manusia biasa, yang juga punya perasaan, bukan aku nak sebelahi mereka, namun jika kebencian dibalas kebencian tidak akan ada penghujungnya............mardhotillah

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. Salam,

    Bro, naper tak kuarkan cerita, yang kita sama je ngan orang Shabiin tu, kat p/s.
    Kan baru ler menampakkan PERSAMAAN saya, kami kita, mereka, Zionis, Yahudi, Amerika, Melayu di sisi RABB mu.

    Baru kita sama-sama tidak ada kekhawatiran, dan tidak (pula)bersedih hati."
    Bila di serang musuh.

    ReplyDelete
  26. Kembali kepada Al-Quran dan As-sunnah itu adalah dasarnya. Memboikot itu adalah salah satu cabang usahanya. Dalam hal ini, apa yg perlu difahami ialah fiqh aulawiyat (fiqh keutamaan).

    Mudah sahaja analoginya, jika kita nak pastikan semua umat Islam ini berubah dahulu, tentu memakan masa yang lama dan berzaman-zaman. Perubahan tidak boleh dilihat esok, lusa, bulan depan mahupun tahun depan, apalagi perubahan kembali kpd perkara dasar. Usaha perubahan sepatutnya dilakukan, namun dlm proses perubahan itu, usaha untuk memboikot yahudi juga diselarikan. Sekarang ni yahudi n palestin sedang berperang. Tindakan yg lebih pragmatik seperti boikot cthnya menjadikan keutamaan fiqh dalam keadaan Palestin sekarang. Ya, menghentikan peperangan adlh keutamaannya.

    Pandangan pendekar dan pandangan komentar yang kontra, kedua-duanya adalah benar.

    pada pandangan saya, elokkan pendebatan ttg hal ini dihentikan. Terima sahajalah apa jua pandangan ulama ttg isu palestin ini kerana mereka lebih faqih dan ilmu berbanding kita. Ulama adalah pewaris para nabi, apa yg ditampilkan dari mereka adalah dari Rasulullah jua.

    Perdebatan seperti ini sebenarnya menunjukkan kejahilan dan tiada wehdah (kesatuan) fikrah sesama Muslim. Tiada faedah percanggahan pandangan diteruskan...seperti ini.

    Tanpa kita sedari, syaitan di sebelah mentertawakan kita melihat sikap kita sekarang.

    Kurangkan bertelagah, wujudkan kesatuan fikrah dan banyakkan tindakan dari menulis komentar yang mewujudkan ketidak puasan hati yang lain.

    Kita ada ulama dan fatwa yang ditetapkan, ikut sahajalah...

    Baik hentikan sahaja. Sangat memudaratkan pendekar. Kebaikan itu pada zahir dan batin dan mengundang takwa. Hati-hati, takut kebaikan penulisan dan komentar ini pada lahirnya baik tetapi zahirnya tidak mengundang takwa.

    Harap fahami, kita semua bersaudara, maka bersatulah fikrah dan tindakan.

    sekadar tambahan, kesatuan tindakan sekarang ialah BOIKOT!

    ReplyDelete
  27. USTAZAH-ENGINEER

    Penulisan di kakisyrga banyak berbentuk satira dan keutamaan kami untuk membuka minda sahabat-sahabat, bukan untuk berbalah atau berdebat kerana kami amat faham bahwa Allah menyatakan di dalam Al Mu'min:4:-

    Tidak ada yang memperdebatkan tentang ayat-ayat Allah, kecuali orang-orang yang kafir. Karena itu janganlah pulang balik mereka dengan bebas dari suatu kota ke kota yang lain memperdayakan kamu.

    Apa yang aku sendiri mahukan ialah melihat umat Islam tidak sekadar menerima sesuatu pandangan, petua(fatwa) dengan membuta tuli, tetapi dengan ilmu, maka jika ada yang telah jelas dan mahu menjadikan sebagai prinsip maka teruskan kerana kata Allah dalam Al Israa':36;-

    Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya

    Semua komentar yang dilontarkan memang bagus dan menampakkan muslim dan muslimah di Malaysia makin matang namun yang agak menyedihkan masih wujud assabiyah dalam berpandangan.

    Jika memboikot menjadi cara dan mahu diikuti maka terserah, bagi kami di kakisyurga, cara Rasulullah cara yang paling praktikal, mengembalikan imej Islam, mewujudkan dasar kemanusian dengan kembali pada dasar, mengenali kembali siapa Sang Pencipta.


    Al Anfaal;63.

    dan Yang mempersatukan hati mereka. Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.

    Sahabatku, boikot bukan penyatuan dan sampai bila pun kita tidak akan bersatu dan jika bersatu pun tidak akan kekal lama, selagi bukan mengikut kembali apa yang diperintahkan Allah. Memahami kembali ideologi Allah, mengembalikan kembali Ad-den Allah pada tempatnya.

    Moga kita kembali fitrah. mardhotillah

    ReplyDelete
  28. hmmm..Baiklah, saya ikut AlQ dan Assunnah...
    AlQ kata ikut Ulil amr yang bertaqwa dikalangan kamu...ulil amr kata Boikot... so Boikot..
    Rasulullah kata jangan bunuh org muslim dengan walau dgn satu kalimah....jadi, kalau dgn harta (duit) lagi dasyat namanya....untuk ikut sunnah, saya boikot lah!
    Terima Kasih atas Pendapat semua....!!

    ReplyDelete
  29. Ada lagi...lupa...
    Manhaj Rasulullah, Dakwah dan Tarbiyah, memang xlupa, tetap jalankn...
    Hehe...kita kna syumul...amalkn semua yang syariat ajar...InsyaAllah...dengan Taufiq dan HidayahNya jua...

    ReplyDelete
  30. Komen balas anda itu tepat dan benar. Anda benar..semoga anda tidak jemu menyatakan kebenaran...

    Saya setuju kerana saya juga berpandangan seperti anda, semoga anda lebih berhati-hati dalam berprovokasi positif

    ReplyDelete
  31. Salam.

    49:11, Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

    49:12, Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

    49:13. Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.


    Renungkan n ambil pelajaran. Berbincang bagus. tp bukan nak menyalahi antara satu sama lain. sahabat2 mari sama2 cari KESAMAAN, toleransi dan perdamaian.

    ReplyDelete
  32. Betul..betul...saya sokong....ayuhlah kita bersatu di bawah naungan AlQur'an dan Assunah

    ReplyDelete
  33. Pokcik berantai, tq kerana ingatkan,

    untuk menambah nilai dalam persamaan aku kena tengok suhu kat sini dan banyak yang tengah dan sedang belajar serta yang akan dipelajari,

    SEBARKAN BUDAYA TOLERANSI DAN BUDAYA PERDAMAIAN.

    ReplyDelete
  34. saya teringat kepada apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk "Antara Ilusi dan Realiti"� (Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah)�, al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.
    Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung "pemimpin"tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.
    Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?
    Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti.
    Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya "seorang patung". Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.
    Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi.
    Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh. Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Aqidah mereka yang mengelirukan, paderi mereka yang kuat makan duit, kebencian mereka terhadap orang-orang yang beriman dan sebagainya, semua keterangan teori al-Quran itu menepati realiti kaum Nasrani hari ini. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Kristian sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.
    Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.
    Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?
    Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.
    Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?
    Berat untuk lidah kita mengungkapkannya, namun al-Nadawi turut sampai kepada kesimpulan yang sama. Umat Islam hari ini tidak seperti umat Islam yang digambarkan al-Quran. Kita ramai tetapi kita hanya sebuah ilusi, dan ilusi sentiasa dikalahkan oleh realiti!
    Muslim ilusi berdepan dengan Kristian realiti.
    Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.
    Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.
    Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita.
    Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.
    Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.
    Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya hanya disebabkan oleh kuatnya dendam kesumat kita terhadap sesiapa sahaja yang tidak mengiyakan apa yang YA di sisi kita, dan menidakkan apa yang TIDAK di sisi kita. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Kita cekap mencari kelemahan orang lain, dan kita begitu berselera menjadikannya sebagai hidang 'kari daging busuk' santapan harian.
    Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.
    Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa. Bukankah Allah telah menjelaskan di dalam al-Quran:

    "Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) ; dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya. " [Al-Israa' 17: 7]
    Ya, janji Allah itu benar. Kesudahan isu Palestin adalah kemenangan yang akan berpihak kepada umat Islam. Namun kemenangan itu adalah kemenangan bersyarat. Allah mensyaratkan bahawa gerombolan kemenangan kita yang bakal masuk ke bumi Palestin mestilah sebagaimana kumpulan umat Islam masuk buat pertama kalinya dulu. Renunglah ciri-ciri Rasulullah SAW dan sahabat. Renunglah ciri-ciri Umar dan tenteranya semasa masuk ke bumi Palestin dan ingatlah, selagi kita tidak masuk dengan cara kemasukan yang pertama, perjuangan kita hanya ilusi. Ilusi yang dengan mudah dapat dimusnahkan oleh sebuah realiti.
    Ajarlah anak-anak kita siapa musuh mereka. Besarkanlah mereka agar menjadi mukmin sejati. Bersiap sedialah untuk menghantar anak-anak kita ke masa depan mereka yang jauh lebih mencabar. Ramai ibu bapa yang sudah berjaya menukar fitrah kanak-kanak itu sehingga mereka membesar sebagai Yahudi, Nasrani dan Majusi yang sejati. Sudahkah kita membesarkan anak-anak kita menjadi Mukmin yang realiti?
    Keluarlah dari ilusi, dan jadilah Mukmin sejati. Kamu sedang disembelih oleh sebuah realiti.
    ABU SAIF @ www.saifulislam. com
    56000 Cheras, 14 Ogos 2006

    ReplyDelete
  35. salam,

    sekadar pendapat...

    Saya setuju dengan pendapat Abu al-Hasan Ali al-Nadawi dalam petikan daripada anonymous, Islam kini lebih banyak/lebih suka berilusi daripada merealisasi. Dalam al Quran, kisahnya Yahudi dan Nasrani, kenyataannya ada Yahudi dan Nasrani atas muka bumi.

    Dalam al Quran juga dikisahkan ttg kafir, musyrik, munafik, fasik. Realitinya ada juga, tapi Islam masih berilusi dengan itu. Maksud saya mungkin ada di kalangan orang Islam tidak tahu/jelas siapa sebenarnya mereka yang seperti itu. Secara realistiknya, semua itu adalah kaum yang ingkar pada perintah Tuhan.

    Kita ambil satu contoh, kaum yang kafir yang bermaksud ingkar.Dari segi bahasa ingkar adalah sudah tahu tapi taknak buat. Ia berbeza dengan tak buat kerana tak tahu. Jadi kalau kaum yang tahu adanya perintah Allah yang tertulis dalam kitabNya tapi tak buat, itu adalah kaum yang kafir (ingkar). Kaum yang tidak tahu adanya perintah Allah, tidak wajar kita salahkan atau tuduh mereka kafir kerana mereka adalah dalam keadaan tidak tahu. Yang perlu memberitahu mereka adalah kaum yang sudah tahu. Kerana itu juga adalah salah satu perintah Allah. Begitu juga dengan musyrik, fasik dan sebagainya. Itu sekadar contoh untuk difikirkan.

    Itu salah satu ilusi kebanyakan kita. Kita menuduh bangsa lain kafir (pada pandangan kita), musyrik,dsb dalam keadaan kita sendiri tidak mengikut perintah Allah. Mahukah kita menjadi kafir pada pandangan Allah?

    Berbalik kepada Yahudi dan Nasrani. Yang realiti pada mata kita adalah mereka itu musuh Islam, musuh Allah. Sedangkan mereka juga pada asalnya adalah kaum yang mendapat petunjuk (Yahudi)dan pernah menjadi penolong-penolong agama Allah (Nashara). Mereka juga adalah kaum yang telah diberi Kitab oleh Allah. Tetapi selepas itu mereka ada yang beriman dan ada yang kafir (rujuk 61:14). Kerana apa? Kerana mereka ada yang melanggar perintah Allah dan RasulNya. Akhirnya mereka sekarang telah jauh dari fitrah mereka yang Allah tentukan kerana cara hidup yang telah diubah dari landasan/aturan yang telah ditentukan Allah dalam Kitab2Nya.

    Apa yang kita tak nampak dalam kalangan orang2 Islam sekarang, adakah kita semua patuh kepada semua perintah Allah dalam al Quran? Adakah kita mengambil sebahagian dan yang sebahagian lagi kita tinggalkan? Adakan aturan menurut ideologi Allah itu kita gunapakai 100%. Ataukah ada aturan dari lain yang berdasarkan pada ideologi dan kehendak manusia yang kita apply? Itu semua adalah satu ilusi bagi kita. Pernahkan kita terfikir satu hari nanti kaum kita juga berkemungkinan menjadi seperti kaum2 yang lainnya? Semakin jauh dari aturan itu. Lebih berilusi dalam realiti.

    Kerana kita tak pernah nampak. Sebab kita tak pernah fikirkan secara mendalam. Yang realiti bagi kita adalah permukaannya. Kita dalam keadaan complacent kerana kita dilahirkan dalam keadaan Islam. Tetapi kita tidak sedar kita dilahirkan dalam keadaan Islam yang bagaimana, mungkin yang masih berilusi, bermimpi atas kemenangan Islam, tetapi tiada usaha yang sepatutnya dilakukan. Kita berilusi dengan dahan2 dan cabang2 Islam tetapi tidak merealisasikan akar Islam dikalangan masyarakat.

    Dan natijahnya, kita merealisasikan satu cabang amalan yang tidak didasari dengan akar yang kukuh. Dan kita rasakan satu cara penerapan ilmu dalam masyarakat adalah satu ilusi, mimpi2 je. Sedangkan itulah akarnya. Yang lebih realistik bagi kita adalah dengan amalan/perlaksanaan yang kita rasa betul sedangkan ia bukan sesuatu yang benar.

    Selebihnya, bacalah, fikirlah, dan ambil sikap.

    ReplyDelete
  36. salam...

    Asy Syuura:15.

    Maka karena itu serulah dan tetaplah sebagai mana diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka dan katakanlah: "Aku beriman kepada semua Kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil diantara kamu. Allah-lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu, Allah mengumpulkan antara kita dan kepada-Nyalah kembali (kita)."

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete