Jan 30, 2009

DILEMA MUJAHID


Ramai jiwa-jiwa rijal diluar sana, yang jika disentuh tentang isu Islam atau kemanusian maka mendidih darah mereka, sesak nafas menahan amarah jika mendengar atau melihat Islam dan bangsanya dikeji, dimaki. Tidak kira lelaki atau perempuan namun jika punya jiwa sang rijal gempita alam ini, hingga akan ada yang sanggup melakukan pembunuhan yang diistilahkan sebagai fisabilillah.


Namun benarkah itu yang dituntut Allah? Jihad yang mana yang perlu dilaksanakan? Perang? Sudah sampai masa dan sudah cukup kelengkapan?

Al Israa':36.
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.


Jika sampai Allah menyatakan JANGAN beerti itu perkara yang serius(bukan cobaan keh keh keh), banyak perkara yang Allah larang dan diantaranya melakukan sesuatu tanpa ilmu pengetahuan.


Dalam usaha mentegakkan kalimatillah li ikhlahi kalimatillah dan mempertahankan berdirinya agama Islam, umat Islam perlu dahulu disedarkan bahawa hanya dengan menguasai ilmu pendidikan dunia dan akhirat sahaja mampu memartabatkan kembali maruah bangsa ini dan menaikkan kembali keagungan Islam.


Waima ramai yang punya pendapat yang berbeza-beza tentang erti kata Jihad yang sebenar, namun apalah salah kiranya kita memahami kembali buah fikir Allah serta pandanganNya tentang Jihad.
Al Furqaan:52.
Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir, dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al Quran dengan jihad yang besar.

Ertikan sendiri bagaimana Jihad dengan Al-Quran, dan fahaminya, namun perlu juga kita sedar, jika Allah memerintahkan kita berjihad dengan Al-Quran, adakah sudah kita membacanya? Jika sudah, adakah sudah kita fahaminya? Jika sudah, adakah sudah kita laksanakannya? Jika sudah, adakah sudah kita melaksanakannya seratus peratus? Bila lagi? Hayat ini sementara.


Jika benar ada sekelumit jiwa rijal dalam dirimu, laksanakan dengan perbuatan bukan dengan bebelan. Zahirkan Ad-deen Allah kerana ia masih ghaib pada pandangan manusia. Mardhotillah.


ps: Terimas for silent readers, aku hargai korang. any suggestion boleh forward email ke simpangelami@yahoo.com.my atau z.alhakim@yahoo.com, tanx banyak2 bro and sis for ur support.

10 comments:

  1. aku harap yang lain pun akan mengerti apa itu jihad..ayat Allah berkaitan dengan Jihad dengan Al-Quran tu mungkin ramai yang belum ketahui sebenarnya..thanks for this entri

    ReplyDelete
  2. tq pendekar..iman hijrah jihad..

    ReplyDelete
  3. Jihad menegakkan kesucian Islam

    ReplyDelete
  4. Wah.. bagus artikel ini... tapi buat masa sekarang medium dakwah melalui blog dan internet sahaja yang mampu dibuat bagi mereka yang sibuk dengan urusan dunia ..Allahuakbar

    ReplyDelete
  5. Sesungguhnya Tuhanmu akan menyelesaikan perkara antara mereka dengan keputusan-Nya, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. (78) Sebab itu bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya kamu berada di atas kebenaran yang nyata. (79) Sesungguhnya kamu tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati mendengar dan [tidak pula] menjadikan orang-orang yang tuli mendengar panggilan, apabila mereka telah berpaling membelakang. (80) Dan kamu sekali-kali tidak dapat memimpin [memalingkan] orang-orang buta dari kesesatan mereka. Kamu tidak dapat menjadikan [seorang pun] mendengar, kecuali orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami, lalu mereka berserah diri. (81) Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis makhluk melata yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami [AL-QUR'AN]. (82) [An-Naml]

    KalamNya sudahpun jatuh...
    Kita sudah di pengakhir episod
    Salam jihad

    TOKPAKIR

    ReplyDelete
  6. Salam....teruskan berjihad... makcik ni amat berbangga dengan usaha murni, menulis dan menyedarkan sesama kita.

    Kalau sudi, datanglah ke blog Tie ambik award, ye..

    ReplyDelete
  7. salam...

    Al Furqaan:52.
    Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir, dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al Quran dengan jihad yang besar.

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete