Jan 28, 2009

JELINGAN PADA TUHAN

Makin kerap berjumpa manusia makin menarik, lebih-lebih lagi bila mendengar pandangan mereka mengenai Tuhan. Ada yang menamakan Tuhan sebagai Allah, Rohul Kuddus, Lord, God, Yahweh, Sang Hyang Tritunggal, dan ada yang menamakan sebagai dewa-dewa.


Semuanya menyatakan menerima pesanan dari Tuhan dan semuanya mengajak kepada penyatuan dan kedamaian. Namun kerana berbeza geografi, warna kulit, dan cara disampaikan maka berlaku banyak pertelingkahan dan perbezaan.


Masing-masing dengan kepercayaan sendiri mendefinasikan Tuhan. Masing-masing penuh dengan persangkaan dan jauh dilubuk hatinya masih timbul rasa “moga-moga aku di jalan yang benar”. Bagi yang punya sedikit ilmu(kononnya), mulalah mencari perbezaan dan mencari ruang untuk berdebat tentang Tuhan. Lalu dibukakan bapa segala kitab dan diluahkan kata-kata orang yang terdahulu bagi meyakinkan lawannya untuk menerima prinsipnya mengenai Tuhan.


Ada golongan yang lahirnya sudah diceritakan tentang Tuhan dan dari kecilnya disumbat bermacam-macam cerita tentang Tuhan. Maka diterima cerita tersebut kerana yang menyatakannya adalah ibubapanya sendiri.


Ada golongan yang yakin kewujudan Tuhan namun tidak sanggup melaksanakan tuntutan Tuhan, yang lawaknya, bagi si Islam bila sudah Islam buat salah bagaimanapun akan masuk syurga, tanyakan pada yang menganut Hindu, Buddha, Kristian atau apa sahaja ajaran yang lain, semuanya punya keyakinan yang sama. Pasti masuk syurga(yang dikejar cuma syurga).


Ada yang memaki Tuhan kerana dirinya gagal dalam kehidupan, ada pula golongan yang pening memikirkan andai Tuhan mendengar kenapa banyak kezaliman dan penindasan.


Ada yang waktu sedihnya sahaja rasa berTuhan, mulalah mengalirkan air mata, dengan harapan bebanannya diringankan, rezekinya dilapangkan, namun ada juga yang mengingati Tuhan seakan-akan dirinya mampu berbicara terus dengan Tuhan, Iya, menangis juga takut-takut dirinya terjerumus ke neraka(yang ditakuti cuma panas api neraka).


Walau apa pun pandangan kita tentang Tuhan yang penting kita punya Tuhan, hormati prinsip orang lain. Ajaran Illahi adalah untuk semua manusia. Maka, Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.

6 comments:

  1. memang Pendekar ada perjuangan tersendiri..moga terus dalam perjuangan dan dalam kebenaran juga keredhaan..ingin ingat Allah sentiasa tetapi tetap diuji dengan kelalaian sebagai manusia...kalau lemah,memang manusia Akan menyalahkan Tuhan yang dah menciptaNYA..Kenali Tuhan untuk mencintai Tuhan

    ReplyDelete
  2. ada juga yang mengaku Tuhan. Tuhan Langit :)

    ReplyDelete
  3. slm..tq meningatkan... baca dengan nama rabb yang maha pemurah..

    ReplyDelete
  4. Walaupun ramai tuhan-tuhan
    Yang dipertuhankan
    Diri yang satu,
    Yang tiada dua,
    Yang tiada kira,
    Tetap berkata...
    Tiada tuhan melainkan Tuhan
    Semoga aku mengenali diriku...
    Amin Ya Rabbal 'alamiin
    Kerana diriku
    Adalah Cahaya DiriMu...

    TOKPAKIR

    ReplyDelete
  5. masalah bila ingat diri Tuhan..macam ada kuasa je mencipta makhluk lain...Allah Yang Maha Besar..

    ReplyDelete
  6. salam...
    cari persamaan dalam perbezaan...
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete