Jan 2, 2009

MEMANG SI LEBAH


Toleransi dan damai satu perkataan yang barangkali mampu menyejukkan jiwa manusia, yang mampu mengembalikan senyuman pada bibir setiap yang mendengarnya. Namun kearah membudayakan jiwa yang penuh toleran dan damai bukan mudah. Perlu ada keyakinan yang tinggi pada Tuhan, kerana umat manusia yang benar-benar yakin pada Tuhan tidak akan saling mencari kesalahan orang lain, saling tunding-menunding pada orang lain, kerana dia tahu dan faham hanya Allah sahaja yang boleh menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah.


Maka bagaimana pula untuk kita mengetahui citarasa Allah? Darimana mampu kita fahami batasan Allah? Kita bukan malaikat mahupun rasul, kerana itu Allah menurunkan Al-Quran. Tapi bagaimana untuk kita tahu yang haq dan bathil jika sekadar membaca yang Arabnya tanpa difahami? Belajar bahasa Arab atau carilah terjemahan Al-Quran. Jangan letih untuk memahami Al-Quran, dan jangan bersangka buruk pada manusia yang mampu memahami Al-Quran.


Pada yang sudah ahli dengan kitab-kitab Allah, maka tolong sampaikan dengan benar dan jangan disembunyikan, kerana Allah tidak akan memandang kita beragama(berprinsip) jika masih gagal menegakkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran. Rasulullah pernah menghadapi perkara yang serupa berada dalam kebingungan melihat masyarakat yang tidak toleran dan tidak mengamalkan budaya perdamaian, maka Allah sedarkan melalui perantaraanNya mengingatkan Muhammad bahwa BACALAH!(baca kondisi, perhati, fahami).

ps: aku minta maaf sebab susah nak jawab komen kerana entry nie aku jadualkan, memandangkan sekarang tengah operasi pindah dan memindahkan. sowrey........

10 comments:

  1. sy sedang mengamalkannya...insyallah

    ReplyDelete
  2. Nasihat yg baik di tahun baru..nak sampaikan perkara yg benar dari Al-Quran kekadang tidak digemari ramai...hukum hudud pun dipertikai oleh yg Muslim...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas ingatan tersebut!

    ReplyDelete
  4. penjelasan yang menjelaskan...fahami oleh kita kitab alllah,,,jangan jadi ahli kitab yang tidak mengamalkan,..tq

    ReplyDelete
  5. InsyAllah..sudah masanya untuk saya fahami segala isi al-Quran...

    ReplyDelete
  6. Pendekar!

    Toleransi dan damai...Bunyinya simple tp,dalam mau kuat utk nak buat tuuu!Intrinsic kita, tak kuat buat apa yang seperti semudah apa yg kita lafazkannn...Pesanan utk gua!

    Ops...Pendekar,Soalan;
    Kalau kawan kita non-muslim meninggal mmg takde apa2 boleh dikirimkan,kannn?!Kiranya,mati katak je lahh ehhh?! Kesiannnn...atau, ada cerita2 menarik kisah dulu2 boleh di-share?! Mana lah tau kot2 adaaa..


    Roger!

    ReplyDelete
  7. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Maaf lambat reply komen, u-mobile aku buat pasal lagik tak tau awat die tak puas hati tang maner pada hal aku dah bayor bil, keh keh keh...

    pada semuanya terima kasih kerana masih sudi bertandang ke kakisyurga

    ReplyDelete
  8. salam...

    cari persamaan dalam perbezaan...

    ReplyDelete