Jan 14, 2009

PASU YANG PALSU

Al Baqarah:186.

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.


Jumlah umat Islam di dunia dijangka sekitar 1,476,233,470 orang (2005), iaitu 22.955% dari seluruh manusia di bumi ini. Manakala golongan Yahudi pula seramai 13.2 juta orang (2006), kira-kira 0.2% dari jumlah penduduk dunia, manakala yang tinggal di Israel sekadar 5.3 juta orang sahaja.


Manakala dalam 1billion umat Islam pula secara rasionalnya telah wujud golongan cerdik pandai yang diangkat menjadi alim ulamak, yang dianggap sebagai golongan yang mewarisi ilmu para Nabi yang kata-katanya dijadikan fatwa dipegang dan diprinsipkan oleh umat Islam.


Mustahil doa umat Islam yang seramai lebih satu billion ini tidak didengari Allah. Adakah Allah pekak? Atau kita yang pekak? Masih tidur walau telah lama dikejutkan. Nak tunggu imam Mahadi atau Isa turun ke bumi? Sampai bila harus menunggu? Ironinya kita masih menggunakan ideologi dan cara yang bertentangan dengan kemahuan Allah.


TeardropHangVase7AV1S7


Masih tak sedar lagi? Peperangan ini sudah berlanjutan bertahun lamanya. Kita hanya ditipu dengan permainan politik dunia dan menjadi boneka yang diarahkan bagi menjamin kehendak peribadi. Apa yang kita mahu dan semua penganut ajaran Illahi mahukan hanyalah kesejahteraan(Islam). Hidup dengan penuh toleransi dan damai.


Bagi mengejar keadaan itu bukan sekadar menadah tangan tapi mengikuti plan yang telah diarahkan(perintah) oleh Allah, dan cara melakukannya adalah dengan berpandukan cara para utusan Allah yang terdahulu seperti Muhammad saw.


Aku suka memberi perumpamaan pasu pecah. Sebuah pasu yang satu-satunya di dunia dan tak ternilai harganya akhirnya pecah, pecah berderai-derai. Oleh kerana mahu memiliki kembali pasu yang sama maka ada usaha untuk mencantumkan semula. Apa yang jadi? BURUK, dan tidak akan tahan lama.


Cari semula acuan yang sama, bahan yang sama dan buat kembali, mungkin rupanya lebih bagus dari pasu asal mungkin tidak. Namun yang jelas ada usaha untuk mendapatkan pasu yang berqualiti hampir sama dan tahan lebih lama.


Begitu juga dengan Islam, yang jumlahnya mencecah 1 billion lebih, namun berada dalam pepecahan, ada usaha untuk mencantumkan semula, tapi akhirnya Islam nampak BURUK, rapuh dan senang ditunggang. Apa yang perlu dilakukan oleh pecinta kesejahteraan, kembali menggunakan ilmu Allah yang diajarkan di dalam Al-Quran sebagai bahannya dan menjadikan SunnahRasul sebagai acuannya. Yang pasti ada usaha kearah itu, mungkin tidak sama seperti yang dihasilkan oleh junjungan besar kita, mungkin lebih baik.


BACALAH DENGAN NAMA PENGATURMU YANG MENCIPTAKAN

9 comments:

  1. yang mengajarkan alquran dan menciptakan manusia..al alim dan al kholiq

    ReplyDelete
  2. Banyak yang terjadi dalam sejarah wahai nazirul mubin, yang sedikit mengalahkan yang ramai, semuanya kerana memahami ilmu Allah.

    ReplyDelete
  3. biar pasu yang baru lagi cantik dan indah..hmardhotillah

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Bicara air yang di tuang ke pasu.
    Pasu yang kena cantum-cantum tu, kalu tuang air, akan tiris keluar airnya melalui celah-celah rekahan tu.
    Tu yang jadi panas.
    Sebab takleh simpan air.

    Memang perlu pasu baru.

    So, kita la yang kena jadi, dan yang kena cari "tanah liat" yang baru untuk di buat pasu tu.

    Ko nyer perumpamaan menggapai isi-isi kalam.
    Satira habis Bro.

    ReplyDelete
  5. Salam alaik,

    Ini adalah komen pertama dariku utk blog ini.

    Kita akui umat Islam tlh lama diperkotak-katikan,ditindas segolongan,disembunyikan yg haq,dipadamkan cahaya dan mcm2 lagi.

    Pernah aku terfikir, jika nyawaku boleh memberi kesejahteraan kpd umat manusia. Silakanlah,aku rela. Tapi dgn syarat, xkan ada lg pertumpahan darah slps ini utk disaksikan di muka bumi yg sudah semakin jelek dgn kerakusan manusia yg mngikut hawa nafsunya yg rendah.

    Angka korban sudah melebihi 900 org, xtrmasuk yg terkorban lebih 60 tahun dulu...Terbukti,harga nyawa terlalu murah di akhir zaman ini.

    Laungan jihad,demonstrasi,boikot,kutukan demi kutukan berkumandang di pelusuk dunia tatkala bumi Palestin dihujani letupan dek kerakusan Zionist. Tanda sokongan kpd saudara kita yg teraniaya di bumi sendiri.

    Jihad! Jihad! Jihad!

    Tetapi dgn apakah yg hendak aku jihadkan?

    Firman Allah:
    Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir, dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al-Quran dengan jihad yang besar.(al-furqaan:52)

    Berjihad dgn Al-Quran. Iaitu, berjihadlah dgn ilmu. Al-Quran adalah ilmu, pelajaran & kitab yg memberi penerangan. Bukannya berjihad dgn keganasan. Org akan tunduk atau hormat pd kita jika kita berilmu.

    Sekian,
    salam perjuangan...

    ReplyDelete
  6. Salam tuan, kita semua selalu kata kena kembali kepada al-Quran dan sunnah. saya setuju, jadi kenapa doa umat Islam tidak dimakbulkan?, maka komen saya yg pjg, dipendekkan dgn hadis di bawah, bahawa umat Islam secara umumnya telah tinggalkan kerja dakwah mengikut cara Nabi Muhammad s.a.w., sebab itu doa tidak diendahkan Allah seperti hadis sahih di bawah.

    Daripada Huzaifah bin Yaman r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Demi Zat yang nyawaku di tangan-Nya, kamu mestilah sentiasa melakukan amr maaruf dan nahi anil mungkar. Jika tidak, tidak lama lagi Allah akan menghantar azab-Nya ke atasmu lalu kamu berdoa maka Allah tidak akan menerima doamu (Riwayat Tirmizi).

    Kesimpulannya, amat perlu kita menyedari bahawa keagungan Islam tidak akan kembali jika diri setiap umat Islam tidak dimurnikan semula menjadi benar-benar beriman, beramal soleh, berpesan2 atas kebenaran dan berpesan2 dgn kesabaran. Kerja berpesan2 itu adalah kerja dakwah. cara nak buat itu kena ikut sunnah nabi, baru dipandang oleh Allah.

    Saya anggap tuan seorang yg baik & ambil berat perkara agama dan sebab itu saya menyeru tuan suatu hari dapat libatkan diri dgn kerja dakwah mengikut cara Nabi Muhammad s.a.w. Di Malaysia, orang panggil 'Tabligh', tapi sebenarnya takde sapa2 org tabligh bagi nama tu kerana ia adalah usaha dakwah memperkukuhkan iman dan amal dan dakwah kepada seluruh umat mengikut cara nabi.
    Dgn rasa hormat, saya rayu tuan dan sapa2 yg baca komen ni untuk sama2 libatkan diri dalam kerja dakwah ini. Amin. jazakallah khair.

    ReplyDelete
  7. salam,


    1) Siddiq - membenarkan kata2 Allah
    2) Amanah - bertanggungjawab dalam menyampaikan kata2 Allah. Dengan kata lain bukan sekadar tahu Printah Allah, Tapi laksanakan dengan sungguh2.
    3) Tabligh - menyampaikan apa yg telah diperintahkan, disyariatkan.
    4) Fatonah - Bicaranya dengan melaksanakan tanggungjawab sebagai "insan" harusnya dengan kebikjaksanaan. selalu evaluasi diri dan keadaan kemudian ambil sikap dalam bentuk startegi yg telah ditunjukkan.

    Saya yakin pendekar bukan sebarang pendekar, pendekar bawa dengan membawa era perjuangan yg suci/Misi menyelamat. Sahabat2, teruskan penyampaian anda, jgn takut2 dah..hari dah siang.teruskah kayuhan dengan membudayakan toleransi dan perdamaian..

    17:36, Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.

    6:106, Ikutilah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, tidak ada Tuhan selain Dia, dan berpalinglah dari orang-orang musyrik.

    6:116, Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)

    2:170, Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?".


    Fikir2kan, ambil pelajaran dan sikap.

    ReplyDelete
  8. salam...

    kembali menggunakan ilmu Allah yang diajarkan di dalam Al-Quran sebagai bahannya dan menjadikan SunnahRasul sebagai acuannya.

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete