Jan 21, 2009

ZONE OF PEACE & DEMOCRACY

arabic-calligraphy


Kemana hala bangsa ini? Masih mahu mengekalkan kacau-bilau, perpecahan? Dan yang menyedihkan bila perpecahan yang dilakukan oleh pendokong agama. Mengaku beragama, berprinsip tapi tetap melaung-laungkan perpecahan dan menanamkan rasa kebencian sesama manusia.


Peperangan fizikal cuma membuahkan kerosakkan pada alam dan yang menyakitkan ianya merosakkan masa hadapan generasi akan datang. Berperang sebulan sahaja sudah cukup, hingga menghancurkan segala macam, mahu dibangunkan kembali bukan mudah, berpuluh tahun, itu pun jika dipimpin oleh kepimpinan yang waras.


Belajar dari kisah silam Jepun yang dihujani bom atom, si Kaisar tidak menanyakan berapa ramai askar yang tinggal tapi berapa ramai guru yang hidup? Begitu penting sekali pendidikan. Pendidikan bukan setakat mengajar manusia mengira, menulis, membentuk moral, tapi tanpa ilmu pendidikan maka manusia akan hilang nilai kemanusiaan.


Perhatikan dalam surah Ar-rahman ayat yang pertama, kedua dan ketiga, dimana Allah menyatakan Dialah yang paling pemurah, murahnya Allah dengan segala macam pemberian dan pemberian yang tidak ternilai harganya adalah kerana Allah yang mengajarkan Al-Quran, dan Allah yang menciptakan manusia.


Allah sendiri yang mengajar pada kita bahawa harus ada ilmu dahulu baru boleh menghasil atau mempraktikkan sesuatu. Kerana hebatnya ilmu Allah maka hasil ciptaannya pun maha hebat, dan salah satu ciptaan agung Allah adalah manusia.

21qQuBq8TuL._SS400_


Seorang arkitek yang kerjanya mereka bangunan akan melakukan lakaran dahulu kemudian mengadaptasikannya pada kertas atau auto-cad baru bangunan tersebut dibina mengikut plan yang telah diilhamkan setelah mendapat kelulusan. Maka bangunan tersebut perlu mengikut spesifikasi yang ada dalam plan kerana arkitek itu tahu peraturan yang berkaitan seperti mengikuti Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.


Kegagalah mengikut peraturan yang telah ditetapkan seperti menggunakan bahan yang tidak mengikut spesifikasi akan menyebabkan kegagalan bangunan tersebut beroperasi dan mengurangkan jangka hayat bangunan. Berlakunya keruntuhan, retak, bangunan tidak mampu menanggung beban dan akhirnya boleh mengakibatkan kematian kepada manusia.


Mudah, jika ianya difahami. Al-Quran adalah spesifikasi kehidupan seluruh manusia, peraturan yang jika gagal diikuti oleh manusia akan menyebabkan kehidupan ini menghala kearah kacau-bilau, peperangan, dan kerosakkan.


Maka bangsa ini harus jelas dan memahami sedalam-dalamnya bahawa peperangan yang mampu meninggalkan kesan yang panjang, ianya bukan perang fizikal akan tetapi perang PENDIDIKAN & EKONOMI. Bangsa yang terdidik dan memegang ekonomi yang ampuh mampu menguasai dunia. Yang lebih dahsyat lagi bangsa yang terdidik dan memegang ekonomi berteraskan Al-Quran bukan hanya mampu menguasai dunia namun mampu merahmatkan alam ini.




Ps:- aku tetap bace komen korang cuma tak mampu nak menjawab, menghadap laptop tak sempat sampai sejam…..keh keh keh…. kerja makin banyak, gelak makin kurang…….

4 comments:

  1. rahmatan lil alamin...gelak makin kurang ek,,,hehe..tq mengingatkan yang allah ini maha berilmu...

    ReplyDelete
  2. hehehe..gelak kejap.
    al-quran lengkap untuk panduan.dalam setiap ayat,ada perkara dan petunjuk untuk difahami..

    ReplyDelete
  3. salam...

    cari persamaan dalam perbezaan...

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete