Feb 17, 2009

AKU RAJA SAMPAH

18265Siapa raja?

Aku, Kau atau DIA?

Aku boleh jadi raja Kau.

Kau boleh jadi raja Aku.

Tapi DIA raja manusia.



Jika benar DIA raja manusia.

Manusia harus tunduk taat padaNYA.

Tapi realiti yang nyata.

Manusia raja manusia.

DIA?

DIA bukan raja.

Sekadar nama yang tiada apa-apa.



Siapa raja?

Jika raja perlu ada tahta.

Mana tahtaNYA?

Mana jajahanNYA?

Mungkin benar DIA bukan raja.

Kerana tiada tempat ikuti aturanNYA.



Atau.

Mungkin benar DIA raja manusia.

Cuma Aku, Kau dan Mereka masih lupa.

Hanya dia Sang Raja.

Bukan Raja Gopal atau Raja Ema.

Namun RAJA MANUSIA.

(titik)


:-)

5 comments:

  1. Salam,jemput muzakarah di blog saya dan jangan lupa add blog saya

    ReplyDelete
  2. salam...

    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

    1. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.
    2. Yang Menguasai sekalian manusia.
    3. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.
    4. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam.
    5. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.
    6. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.

    Surah An-Nas

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah...

    Sinis pada feudalisme di Malaysia ke?

    ReplyDelete