Feb 26, 2009

BASIKAL DAN BASKALAN

q
Oh, sebenarnya aku sedang naik basikal lalu teringatkan Baskalan Paruvati(ejaan aku tak tau), yang aku ingat mamat nie datang dari India. Lama sudah aku berkenalan dengan dia(ho ho ho), dan perkenalan kami di antara seorang pelanggan(aku) dan tukang order kat kedai mamak(dia).


Baskalan pernah bagitau aku yang dia rindu dekat India tapi kena cari duit untuk tampung keluarga dia kat sana. Ada diploma dalam I.T dan memikirkan untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah tapi dalam bidang linguistik.


Persamaan yang paling ketara antara aku dan dia ialah usia, dan pengalaman kami hampir sama(rahsia aku dengan Baskalan, ho ho ho ho). Yang menjadikan aku terfikir tentang Baskalan bila melihat anak Melayu seusiaku yang makin lama makin hanyut, dilambung kemewahan, kekenyangan, disumbat dengan bermacam hiburan tanpa henti.


Hari ini ramai yang mengeluh melihat kemerosotan dan kelembapan ekonomi, namun masih tidak sedar-sedar yang segalanya ditentukan Tuhan, dan Tuhan bukan menjadikan sesuatu itu sia-sia. Semuanya dikhabarkan dalam Al-Quran, cuma kita yang sering melupakan. Baskalan yang melalui keperitan hidup mungkin sedar dan berusaha memecah kebuntuan hingga sanggup ke Malaysia mencari rezeki(walau gaji rm500 sebulan), dan realitinya masyarakat kita(termasuk aku) memang amat rajin dalam menunggu segala macam subsidi.


Sudah cukup bersediakah kita jika ekonomi makin jatuh merundum? Takkan dah terantuk baru nak sedar? Maka sahabatku yang dirahmati Allah, berbelanjalah mengikut rangka yang telah ditetapkan...............................


ps:- barang dapur kasi cukup laaaa.......




58,000 dijangka hilang kerja

KUALA LUMPUR - Kerajaan menjangkakan seramai 40,000 hingga 58,000 orang akan diberhentikan kerja tahun ini ekoran krisis ekonomi global.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad berkata, angka sebenar bergantung kepada perkembangan ekonomi global dan sejauh mana kesan pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi pertama dan kedua kelak.

“Krisis ekonomi global telah memberi impak besar terutamanya kepada sektor pembuatan apabila permintaan bagi banyak produk pasaran eksport telah menurun.

“Ini telah menyebabkan syarikat pengeluar terpaksa mengurangkan pekerja melalui tindakan pemberhentian tetap, sementara dan skim pemberhentian sukarela (VSS),’’ kata Noraini pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.

Bagi memastikan peluang kerja menyebelahi rakyat tempatan, kementeriannya telah memutuskan agar pengambilan pekerja asing dibekukan bagi sektor pembuatan terutama dalam industri elektrik dan elektronik, tekstil, pakaian serta sektor perkhidmatan.-KOSMO

6 comments:

  1. manjang x cukup je nak upgrade barang dapur..hehe

    ReplyDelete
  2. salam...
    terima kasih kerana mengingatkan...
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Singamaraja menziarahi anda

    ReplyDelete
  4. kerja molek2

    penat, sabo bebanyak

    ReplyDelete
  5. duit klu dikejar memang xkan cukup..besederhanalah..Insyaallah jika bersyukur,nasi sebutir akan terasa nikmat segantang..

    ReplyDelete