Feb 7, 2009

BUKAN CINTA BIASA

ist2_1856787-flower-sketch

Terkadang aku lesu memikirkan dosa bertimbun

Terkadang aku sayu mengira bebanan segerombon

Namun semua hilang bila fikirkan cintaNya

Kekuatan entah dari mana yang aku tahu aku cuma mahukanNya



Jika kau kata aku kafir,

Iya, aku kafir pada Thoghut

Jika kau bilang aku syiriq,

Iya, aku syiriqkan nafsuku dengan cintaNya

Jika kau panggil aku gila,

Iya, kerana yang namanya Muhammad memang gila



Bertahun sudah kami bernafas

Onak duri sudah biasa kami tebas

Gunung tak pernah terbatas

Tugas tetap tugas

Sangkakala sudah berbunyi,

Takut ada yang mati hati,

Menyesali laku keji,

Tiada main-main lagi kerna disini soal hidup dan mati,

Soal pengganti dan generasi,



(titik)

10 comments:

  1. salam...
    tugas tetap tugas...
    buat tugasan yang diberikan oleh Allah...
    apakah tugas itu???
    jawapannya ada pada Al-Quran...
    baca, fahami dan praktikan Al-Quran dalam hidup kita(manusia) di muka bumi ini...
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. memang cinta luar biasa..yang tiada penghujung yang kekal abadi bertemu di syurga..insyaallah..terima kasih untuk entri ni sangat bermakna..sebab, tetengah leka cinta sesama manusia kita lupa pada Pencipta kita. Sandarkan dan gantikan cinta itu dengan cinta pada Allah.Memang sangat manis.Hidup rasa indah,rasa selesa kerna Allah cintakan kita..Cintai Allah,rindukanNYA..cinta pada Rasulullah..

    ReplyDelete
  3. Hmm....

    Kak tie dah sedar....dah insaf....

    ReplyDelete
  4. kali nie best dan mendalam mksudnya..

    ReplyDelete
  5. Bukan Cinta Biasa... Cinta Gila!

    Aku telah jatuh cinta pada puisimu.

    ReplyDelete
  6. Cinta ini tiada ank panah.
    Cinbta ini tiada berdarah merah.
    Cinta ini tiada serakah amarah.
    Cinta ini tiada titik sudah.
    Kerna,
    Cinta ini cinta pasrah.
    Cinta ini cinta punah.
    Cinta ini cinta kalimah.
    Cinta ini cinta SUNNAH.

    ReplyDelete