Feb 14, 2009

PANGLIMA GARANG YANG KELAKAR


"Bukan beerti mencari kesalahan dalam sistem demokrasi yang ditinggalkan penjajah(kerana semuanya dari Tuhan), namun bagaimana untuk kita menambah nilai dalam sistem yang telah berakar umbi ini? Dan dari mana perlu kita mulakan?"- kakisyurga


Kamu tak faham hakikat DEMOKRASI..jadi pesanku, usah berbicara hal yang kamu tak tahu. Demokrasi dari Akal manusia yang ditinggalkan penjajah. Kamu mahu menambah saham dengan menambah nilai sistem ini?oh..sedarlah umat Islam..jangan terleka dengan bau wangian DEMOKRASI sedang ia sebenarnya najis.


Kembalilah kepada sistem ISLAM..bacalah Al-Quran dan fahami..Perhatikanlah sunnah apakah itu sisten ISLAM.

-panglima garang-





Sahabatku yang dirahmati Allah,

1. Memang demokrasi datang dari akal manusia, dan jawab pula persoalan aku, manusia datangnya dari mana? Tercipta sendiri? Semuanya datang dari Allah sahabatku.


2. Aku tak cakap pasal tambah saham, tapi tambah nilai, dalam kurungannya, yang kita mahu cari adalah persamaan bukan perbezaan.


3. Sebab terlalu emosi En Panglima Garang telah mengeja 'sistem' menjadi 'sisten'. He he he memang lawak, sekali bace macam setem pun ade. Jangan marah bro aku gurau jerk.


4. Bacalah sejarah dan fahami sebenarnya apa itu Islam, aku malas nak menghuraikan panjang lebar, jika benar mahu menegakkan Sistem Islam yang sebenar mulakan dari dalam diri kita dahulu, jika kita sendiri masih berfikiran 'jahiliyah' bagaimana?


5. Kebanyakkan yang aku bagi adalah kiasan untuk difikirkan, dikaji dan difahami. Kegagalan umat Islam hari ini kerna terlalu emosi, ego dan tidak mahu mendengar pandangan orang lain. Demokrasi, Komunis, Liberal atau apa pun namanya semua dari Tuhan semuanya mengarah kepada kebaikkan namun adakah kebaikkan yang dilakukan didasari dengan cara dan faham Allah? Bukankah pernah Junjungan besar kamu bersabda bahwa setiap perbuatan yang baik haruslah didasari di dalamnya dengan Basmallah jika tidak tertolaklah ia. Kenapa dan mengapa?


Kerana 'awwal ad-deen ma'rifatullah', atau bahasa mudahnya permulaan sistem dengan mengenal Allah, maka aku memohon pada kalian kenalilah nama-nama Allah dahulu, fahami ismenya, ideologinya buat apa yang diperintah dan tinggal apa yang dilarang, ajaran Illahi untuk semua bukan yang kononnya beragama Islam sahaja, untuk semua manusia sahabatku, semua.

11 comments:

  1. salam...yea Islam memimpin ke arah kebenaran

    ReplyDelete
  2. ya benar..mari mangenal nama2 allah..

    ReplyDelete
  3. barokalllahu fik.em,ringkas, padat dan brmakna..seronok baca ayat yg mudah faham ni tapi sangat mndalam..
    ada yang boleh terangkan tentang nama ALLAH yg maksudnya PEMAKSA(AL-JABBAR)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...

    Memang demokrasi datang dari akal manusia, dan jawab pula persoalan aku, manusia datangnya dari mana? Tercipta sendiri? Semuanya datang dari Allah sahabatku.

    Sahabatku yang dirahmati Allah,

    Terima kasih sahabat. Aku tak sangka kamu jadikannya entri. Jawabku dgn persoalan. Kenapa Allah ciptakan Khinzir?Arak? kenapa ia HARAM dimakan dan diminum orang Islam?Khinzir dan arak juga datangnya dari Allah Sahabatku.

    Pesanku lagi, hati-hati berbicara soal akidah.

    Kerana Mazhab Jabariyyah itu punya fahaman:

    -Manusia itu digagahi dan dikuasai sepenuhnya oleh Allah
    -Manusia tak punya apa-apa usaha atau ikhtiar dalam perbuatannya
    -Manusia diibaratkan spt kapas di udara yang boleh ditiup angin kemana-mana saja.

    Aku tak cakap pasal tambah saham, tapi tambah nilai, dalam kurungannya, yang kita mahu cari adalah persamaan bukan perbezaan.

    Sahabatku yang dirahmati Allah,

    Kamu mahu mencari persamaan dengan ideologi kafir?tak cukupkah Islam yg syumul sehingga perlu persamaan dengan ideologi kafir?

    Bacalah Firman Allah pada surah Al-Maidah ayat 5:

    “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu.”

    Sebab terlalu emosi En Panglima Garang telah mengeja 'sistem' menjadi 'sisten'. He he he memang lawak, sekali bace macam setem pun ade. Jangan marah bro aku gurau jerk.

    Sahabatku yang dirahmati Allah,

    Sahabat, kamu jangan salah sangka padaku. Berbaik sangkalah pada mukmin. Aku ingatkan dengan nada tenang-tenang saja kepada semua. Maafkan aku jika kamu nampak aku seperti emosi. Tak sangka pula itu kamu boleh jadikan sebagai lawak.

    Rasulullah s.a.w bersabda:
    “Jangan kamu menghina sedikitpun (memandang kecil) perkara makruf, sekalipun hanya kamu berjumpa dengan saudaramu dengan wajah yang berseri.” Riwayat Muslim.

    Kamu blh baca kitab Al-Ukhuwwatu Wa Salamatu Sadri dari Syeikh Amru Khalid atau Arbaein Nawawi.

    Bacalah sejarah dan fahami sebenarnya apa itu Islam, aku malas nak menghuraikan panjang lebar, jika benar mahu menegakkan Sistem Islam yang sebenar mulakan dari dalam diri kita dahulu, jika kita sendiri masih berfikiran 'jahiliyah' bagaimana?

    Izinkan aku bertanya. Kamu mahu aku banyak kitab sejarah yg mana?sila berikan nama kitab dan pengarangnya supaya aku boleh baca secara panjang lebar.

    Menurut apa yg kamu faham, apa itu ISLAM?Sila terangkan. Aku dan pembaca lain mahu baca.
    Fikiran Jahiliyyah bagaimana kamu maksudkan wahai sahabat seIslamku?


    Kebanyakkan yang aku bagi adalah kiasan untuk difikirkan, dikaji dan difahami. Kegagalan umat Islam hari ini kerna terlalu emosi, ego dan tidak mahu mendengar pandangan orang lain. Demokrasi, Komunis, Liberal atau apa pun namanya semua dari Tuhan semuanya mengarah kepada kebaikkan namun adakah kebaikkan yang dilakukan didasari dengan cara dan faham Allah? Bukankah pernah Junjungan besar kamu bersabda bahwa setiap perbuatan yang baik haruslah didasari di dalamnya dengan Basmallah jika tidak tertolaklah ia. Kenapa dan mengapa?

    Kerana terlalu mendengar dan mengguna pakai Komunis,Liberal, Kapitalisme, Sekularisme Yahudi dan Kristianlah Umat Islam sehingga kini masih dijajah, dihina, dicabul. Lihatlah Iraq, Palestin, Afghan, Ambon, Chechnya, Phatani, Malaysia. Atau itu kamu anggap kita terlalu ego, emosi dan tidak mendengar pandangan mereka?Atau kamu mahu kita menjadi Pak Turut seperti Mahmod Abbas, Najib, Hamid Karzai, Husni Mubarak yang boleh terima pandangan mereka?

    Iya Bismillah, itu aku setuju sahabat.

    Kerana 'awwal ad-deen ma'rifatullah', atau bahasa mudahnya permulaan sistem dengan mengenal Allah, maka aku memohon pada kalian kenalilah nama-nama Allah dahulu, fahami ismenya, ideologinya buat apa yang diperintah dan tinggal apa yang dilarang, ajaran Illahi untuk semua bukan yang kononnya beragama Islam sahaja, untuk semua manusia sahabatku, semua.

    Sahabatku yang dirahmati Allah,

    Kalau sudah kenal Ma’rifatullah, aku pasti tak ada umat Islam mahu menggunakan ideologi kufur lagi. Kerana Islam itu sudah cukup bagiku, bagi kamu, bagi kalian muslimin muslimat.

    Akhirnya. Renunglah firman ini:

    “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar merekalah orang-orang yang beruntung.” Ali-Imran 104

    Aku mohon maaf jika ada salah dan silap. Sekian.

    ReplyDelete
  5. i guess both of you are walking together, only in different shoes or worse, in different way..carilah persamaan!

    -hny

    ReplyDelete
  6. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Selawat dan salam keatas junjungan besar kita nabi Muhammad saw serta atas keluarga baginda.

    Dialah Allah yang telah mengutus RasulNya petunjuk dan Deen(sistem) yang benar untuk dizhohirkanNya atas segala Deen(sistem), walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai.

    Terima kasih atas respon saudara Panglima, pertamanya yang mahu aku jelaskan supaya apa sahaja pandangan atau buah fikir yang dilontarkan jangan sekali-kali bertujuan untuk diperdebatkan dan ini aku ingatkan terutamanya untuk diri aku sendiri.

    Kerana kata Allah dalam al-Mu'min ayat ke-4 bermaksud "Tidak ada yang memperdebatkan tentang ayat-ayat Allah, kecuali orang-orang yang kafir. Karena itu janganlah pulang balik mereka dengan bebas dari suatu kota ke kota yang lain memperdayakan kamu".

    Maka sahabat yang dirahmati Allah pandang semuanya dari kaca mata ilmiah, dapatkan ilmu yang bermanfaat(jika dikira bermanfaat) dan kerana ramai yang suka membaca tulisan yang menimbulkan pertentangan dan mencipta perbezaan.

    :-)

    1. Al-Baqarah:62

    "Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja diantara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran kepada mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati".

    Apa sahaja anutan, kepercayaan, prinsip dan pegangan, pandangan mahupun pemikiran, selagi meyakini Allah dan membawa kebaikkan kenapa mahu kita "najiskan?"

    Memang benar demokrasi tidak seratus peratus mengikut sistem Islam namun banyak kebaikkan dalam demokrasi itu sendiri.

    Aku menghormati pandangan saudara namun seberapa ramaikah yang benar-benar jelas tentang kepentingan Sistem Islam? Jika terus menerus kita najiskan dan mencari perbezaan maka sampai bila pun Islam terus di fobiakan.

    Jika benar kita beriman pasti kita jelas iman bukan sekadar di bibir namun dengan perlaksanaan? Sudah mampukah kita memegang tampuk pemerintahan? Kalau belum dari mana yang perlu kita mulakan?

    Kita masih jauh untuk menegakkan Islam di muka bumi ini kembali, setelah jatuhnya Sistem Islam hingga ke hari ini masih tiada generasi pengganti yang mampu mentadbir dan mengadaptasikan sistem Allah dengan sepenuhnya.

    Maka harus dicipta(sepatutnya sedang, keh keh keh) generasi yang bagus ilmu dan jasadnya untuk menggantikan pemerintahan yang sedia ada.

    Sekali lagi perlu diingat Allah mengharamkan terus Khinzir dan arak kerana ianya memang memberi kemudharatan yang serius. Demokrasi?

    Tanpa sistem Demokrasi tidak akan tercipta sistem Islam. Mengapa? Tak perlulah aku namakan buku yang mana, semua buku sejarah bagus-bagus. Mudahnya kebangkitan Islam bermula dengan keruntuhannya dahulu, keruntuhan Islam pula dengan berlakunya hukum-hukum yang lain termasuk demokrasi, maka keruntuhan sistem demokrasi akan membangkitkan kembali Sistem Islam. PASTI.

    Kerana itu jangan pula kita yang menjatuhkan hukum siapa salah siapa benar. Buka kita yang menentuka dosa mereka. Allah sahaja yang layak dan biarkan sahaja Allah yang tentukan, kita? laksanakan apa yang diperintahkan.

    Sahabat yang dirahmati Allah,

    Al-an'aam
    108. Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.

    Aku rasa ayat ini jelas, jangan maki sembahan(pandangan/prinsip) orang lain, takut-takut mereka memaki Allah tanpa mereka sedari.

    Bukan aku nak mengagongkan demokrasi namun aku tidak mahu memaki sistem demokrasi kerana masih ramai yang menjadikan demokrasi sebagai pegangan, jika terus menerus kita caci maki sembahan mereka, lihat apa yang telah dilakukan sekarang, Allah diketepikan dan lansung hilang rasa kemanusiaan.

    Kegagalan kita kerana lansung tidak wujud sifat toleransi dalam menangani permasalah, memang benar masuk kandang harimau kena mengaum namun sama tarafkah kita untuk menjadi sehebat harimau sekiranya asyik menganggap diri kita sahaja yang betul?

    2- Jangan cepat menyatakan mereka kafir sahabatku.......(aku sedih sekali bila kamu menyatakan non muslim kafir)

    Kafir @ kufur itu maksudnya ingkar sahabatku yang dirahmati Allah.

    Bagaimana mahu kita katakan mereka yang non-muslim sebagai ingkar(kafir) jika tidak diperjelaskan tentang Al-Quran dan bagaimana pula mereka mahu berAl-Quran sekiranya kita sentiasa menolak pemikiran mereka.......

    Asy-Syuuro:15

    Maka karena itu serulah dan tetaplah sebagai mana diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka dan katakanlah: "Aku beriman kepada semua Kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil diantara kamu. Allah-lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu, Allah mengumpulkan antara kita dan kepada-Nyalah kembali".

    Prinsip tetap prinsip, jelas dan amat jelas, Allah perlu ditauhidkan namun perlu diperkenalkan dahulu siapa Dia, diperjelaskan tentang keterikatan diantara manusia dengan Allah.

    Antum boleh refer pada entry aku yang lepas, dan aku ulangi lagi disini bahwa jangan ditakutkan pada mereka tentang hukum namun kenalkan rasa cinta pada Allah.

    *bersambung sebab panjang sangat, bubbye kejap, he he he he

    ReplyDelete
  7. 3. Aku gurau jerk dah bagi tau awal-awal dah, he he he tapi memang kelakar ko eja sistem jadi sisten, keh keh keh. so aku tebus kesalahan gurauan aku dengan melakukan kesalahan ejaan dalam respon aku pulak, keh keh keh.(yang baru datang kakisyurga, kat sini kalau tak tahan gurau main jauh-jauh, heh!)

    4. Islam itu merupakan satu sistem yang paling sempurna dan menjadi fitrah semulajadi manusia, seperti sebatang pokok yang punya akar, batang dan buahnya, maka umat Islam di tempat Islam melaksanakan hukum Islam.

    Jika akar betik maka batangnya betik berbuahkan buah betik, jika aturannya Islam maka akan tertempatlah Islam dan wujudlah umat Islam.

    Namun jika aturannya Jahiliyah, maka tempatnya jahiliyah dan umatnya jahiliyah(berfikiran jahiliyah).

    Tampal gambar durian atas buah betik tetap rasa betik kerana ia memang buah betik yang akarnya betik.

    Barangan dan berlakon sebagai umat Islam namun beraturankan Jahiliyah maka tetap jahil.

    ;-)

    5. Al Maa'idah:8

    "Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

    Jangan sesekali kita melakukan ketidak adilan kepada mereka walau kita membenci mana-mana kaum sama ada Kristian atau yahudi mahupun Israel.

    Berlaku adillah, bagaimana? Sampaikan kebenaran Al-Quran. Dan mereka ini tidak akan mengubah agama dan prinsip mereka melainkan ada bukti yang nyata.

    Al Bayyinah:1
    "Orang-orang kafir yakni ahli Kitab dan orang-orang musyrik (mengatakan bahwa mereka) tidak akan meninggalkan (agamanya/sistem) sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata",

    Buktikan Umat Islam ini mengamalkan budaya toleransi dan perdamaian, Islam itu sejahtera. Buktikan umat Islam ini tidak jumud, sempit dan dogma, Islam itu matlamatnya jelas.

    Buktikan sahabatku, buktikan, buat dan kami pun berbuat.

    Aku ada request pada Panglima untuk meninggalkan email atau link ke blog en panglima jika tidak mahu dipaparkan di sini boleh emailkan ke simpangelami@yahoo.com.my .

    Sebab ada beberapa perkara yang tidak mampu aku huraikan di sini. ;-)

    Tanx bro,

    Mardhotillah,

    ReplyDelete
  8. menarik...mencari persamanaan dalam perbezaan.

    ReplyDelete
  9. Carilah persamaan bukan perbezaan. Lama dah tak jengok tuan :)

    ReplyDelete
  10. salam...

    kenal Allah dengan Asmaa-ul-husna...

    cari persamaan dalam perbezaan...

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete