Feb 8, 2009

PEG’AK(sebutan minta tanyakan pada orang Jelebu)

Jika dahulu gurulah yang mengajar kita di sekolah, diajarkannya mengeja dari awal hingga kini kita sudah pandai bermain dengan perkataan. Terus kita disumbat dengan ilmu mengira(dulunya ilmu hisab), diajar tentang sejarah tamadun kita, diperkenalkan dengan ilmu geografi, dan pastinya tidak lari dari pendidikan Islam, mengajar tentang fardhu ain, belajar bahasa arab(walaupun tak pernah faham), dan diajar pula tentang hukum-hakam.


Aku bukanlah orang yang layak merungkai dasar pendidikan negara, namun fikirkan dari aspek rasional. Pendidikanlah yang berupaya mengeluarkan manusia dari kegelapan dan dari kebuntuan, walaupun negara kita punya institusi pendidikan yang boleh dibanggakan(memang aku bangga) namun apa hasil dari pendidikan yang telah disampaikan, apa yang tidak kena sebenarnya?


Cukup. Jangan tipu diri, produk yang dikeluarkan amat menghampakan, aku bukan berbicara tentang CGPA atau berapa ribu yang berjaya menjadi ‘orang’ hingga bergelar doktor, peguam, pensyarah, jurutera dan macam-macam lagi. Namun yang mahu aku sampaikan nilai yang ada dalam diri generasi penerus.



Ilmunya tidak seimbang, maka lahirlah doktor yang menjadi tokan ubat batuk, peguam yang kaki ketuk, pensyarah yang "di tangga melepaskan batuk", jurutera yang buat jambatan macam buat senduk. Jika pendidikan yang tidak seimbang ini diteruskan lagi maka 10 tahun akan datang kita sekadar mengeluarkan lebih ramai ‘kaki clubbing’ dan ‘kaki tonggang’.



Apa yang aku katakan sebagai dasar? Perkara yang asas. Bukan beerti mencari kesalahan dalam sistem demokrasi yang ditinggalkan penjajah(kerana semuanya dari Tuhan), namun bagaimana untuk kita menambah nilai dalam sistem yang telah berakar umbi ini? Dan dari mana perlu kita mulakan?

Rubber_BootsPertama sekali perlu ada usaha untuk menjadikan pendidikan sebagai sumber pencetus kehidupan termasuk ekonomi, bukan pendidikan sebagai ekonomi bagi meneruskan kehidupan. Kata mudah, di negara kita,”ada duit ada pendidikan” sepatutnya, “ada pendidikan ada duit”. Ramai diantara kita sekolah atau menyekolahkan sekadar untuk lulus periksa maka ramai yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan melalui pendidikan.


Kegagalan kita dan sikap ambil mudah tentang kepentingan mendokong pendidikan negara, mengakibatkan anak-anak sekadar belajar untuk dapat ‘A’. Perlu serius dalam menata pendidikan namun bagaimana jika kita masih sibuk mengejar pangkat? gila mahu jadi MB? sibuk dengan kutuk-mengutuk parti lawan? sibuk boikot-memboikot? Iya…..mari sama-sama merosakkan lagi generasi dengan perangai kebudak-budakkan kita.

9 comments:

  1. Setuju. Politik Malaysia masih lagi seperti keanak-anakan. (Eh, kamu bercakap tenatng politik kan, sebenarnya?)

    Maaf, kalau salah topik, hehe.

    ReplyDelete
  2. eh..sy tau sebutnya...sy orng jolobu..hehehe

    ReplyDelete
  3. em,mula baca tajuk,macam politik bila baca seluruh tak pulak..tapi ada kedua2nya kot.
    pendidikan juga dipolitikkan..kesian kat yang tak mengerti tak berdosa nak tahu ABC,123...
    masing2 ambik kesempatan..huhuhu
    sedih dengan apa yang berlaku..tak fikir tanggungjawab..

    ReplyDelete
  4. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Balqis ;-)
    semuanya terkait, politik dan pendidikan, yang nyata biar pendidik yang berpolitik negara aman, namun bila si politik menjadi pendidik negara hancur binasa.

    nazirul mubin
    lamer tak lepak lamer-lamer kat jelebu

    fahana_ann
    kedua-duanya penting tapi bagaimana cara kita memerhati dan manilai keduanya.

    ReplyDelete
  5. yeke..nnti blik leak la..ajak berbskl kt sna lak..kan byk bukit...baru best,,

    ReplyDelete
  6. Ilmunya tidak seimbang, maka lahirlah doktor yang menjadi tokan ubat batuk, peguam yang kaki ketuk, pensyarah yang "di tangga melepaskan batuk", jurutera yang buat jambatan macam buat senduk. Jika pendidikan yang tidak seimbang ini diteruskan lagi maka 10 tahun akan datang kita sekadar mengeluarkan lebih ramai ‘kaki clubbing’ dan ‘kaki tonggang’.

    ***Semoga aku tetap menjadi insan yang AMANAH***

    ReplyDelete
  7. 'Tak pandai menari lantai dikatakan senget'. Bila hasil dari pendidikan tidak memuaskan, guru dipersalahkan. Ibubapa adlh guru pertama bgi anak2 dan mjadi role model. Jika ibubapa pnya sikap dan bdaya yg x betul, maka itulah jdi pd anak2nya. Takkan ayam gred 3 leh hasilkan telur gred 1!

    Sama jgak dgn kpmpinan ssbuah ngara. Kalau ketua dh x betul, pngikut pn x betul.

    ReplyDelete
  8. salam...
    kenapa ambil sistem yang manusia sendiri yang buat???
    sedangkan sistem Islam kan ade...
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  9. Bukan beerti mencari kesalahan dalam sistem demokrasi yang ditinggalkan penjajah(kerana semuanya dari Tuhan), namun bagaimana untuk kita menambah nilai dalam sistem yang telah berakar umbi ini? Dan dari mana perlu kita mulakan?

    Kamu tak faham hakikat DEMOKRASI..jadi pesanku, usah berbicara hal yang kamu tak tahu. Demokrasi dari Akal manusia yang ditinggalkan penjajah. Kamu mahu menambah saham dengan menambah nilai sistem ini?oh..sedarlah umat Islam..jangan terleka dengan bau wangian DEMOKRASI sedang ia sebenarnya najis.

    Kembalilah kepada sistem ISLAM..bacalah Al-Quran dan fahami..Perhatikanlah sunnah apakah itu sisten ISLAM.

    ReplyDelete