Feb 4, 2009

SABAR, SABAR dan TUNGGU

Al Maa'idah:104.

Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan mengikuti Rasul." Mereka menjawab: "Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya." Dan apakah mereka itu akan mengikuti nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk?.


Alasan demi alasan akan dikemukakan oleh manusia untuk tidak mengikuti ajaran Allah dan Rasul, mereka lebih selesa mengikut hukum dan cara tradisi yang dianggap jalan yang terbaik. Hingga kini banyak urusan tidak didasari dengan Allah Minded, waima semuanya menyatakan berTuhankan Allah.


Ramai yang tidak kisah janji perut kenyang, namun fikirkan sejenak tanpa benar-benar mengikut kehendak Yang Maha Pencipta maka banyak kesan yang negatif akan berlaku. Sepandai mana pun manusia ini tidak akan mampu mengubah manusia dan mengawal manusia walaupun tindakkan itu nampak baik atau dilakukan sebaik mungkin.


Sekiranya alam ini tidak ditata dan dijaga dengan selayaknya dengan memperlakukan hukum dan aturan Allah maka terus-menerus manusia ini akan tersesat dari fitrahnya. Tidak mustahil bencana alam akan terus mengganas, peperangan terus meratah manusia dan kemungkaran terus berleluasa.


Perpecahan berlaku, penindasan sewenang-wenangnya, kejahilan terus membuak-buak hingga tahap pemikiran manusia lebih rendah dari seekor keldai. Namun kerana penguasaan tampuk pemerintahan(pandang secara global) tidak menyebelahi hukum Allah dan Rasul maka semuanya terus berlalu.


Kita kini punya ruang dan peluang walaupun ianya kecil dan tipis namun ia sebenarnya jalan yang terbaik kerna inilah yang dituntut oleh Sang Pencipta. Bagaimana? Ia bermula dari usaha dari dalam diri kita sendiri.


Nyatakan seikhlas yang mungkin membenarkan hukum Allah perlu diperlakukan dengan seluas-luasnya. Dari mana dan bagaimana mahu dimulakan? Bacalah Al-quran, bukan sekadar menjaga tajwid dan nahunya namun mulakan untuk memahami maksudnya yang sebenar.


Kita akan tertawa melihat orang Jepun membaca tulisan dalam bahasa Melayu, memang bunyinya akan hampir sama, namun fahamkah mereka? Kenapa kita tidak ketawa melihat orang kita membaca Al-Quran dalam bahasa Arab? Walaupun bunyinya hampir sama namun fahamkah kita?

6 comments:

  1. Salam,

    Nasib baik Sheikh Yusuf Al-Qhardawi punya
    fatwa, suruh orang boikot barangan Israel dan Amerika dah di 'translate' dalam bahasa mu.
    Sebab tu ramai yang paham fatwa tu, bila fatwa tu dah dalam konteks bahasa mu.
    Baru boleh ikut serta memboikot berpandukan fatwa tu bila paham.
    Cuba sebarkan fatwa yang original tu kat M'sia ni.
    Pasti yang belajor lughah al-arabia je paham.
    Kemudian mereka ni, yang faham, sebarkan kat M'sia ni juga dalam lughah arab.

    Mungkin kita yang tak reti bahasa arab akan jadi syok-syok baca dengan menjaga tajwid dan nahunya fatwa tu.

    Tapi fahamnya kita......
    Sendiri-sendiri faham la.

    ReplyDelete
  2. salam,
    sekadar pendapat...

    "Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang bathil telah lenyap." Sesungguhnya yang bathil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap." [Al Israa':81]

    Kebanyakan kita tahu yang haq dari Allah dan Rasul-Nya pasti akan bangkit, pasti akan menang, yang bathil pasti akan kalah. Mana mungkin yang bathil akan menang. Tapi banyak yang sekadar tahu, yakin atau tak belum tentu. Ada pulak yang yakin, tapi hanya "sabar menunggu" kebangkitan itu, kemenangan itu, tanpa ada rasa mahu bersama-sama bangkit dan membangkitkan. Menang dan memenangkan. Mungkin sekadar yakin menang, atau mungkin kerana yakin menang tapi masih belum yakin dengan jalan/cara yang ada. Atau terserah saja pada sesiapa yang mahu melakukannya. "Janji, akhirnya menang!"

    Ada lagi pula yang mahu berbuat, tetapi tidak didasari dengan satu jalan yang bukan sekadar betul, tapi benar. Mungkin terkeliru dengan jalan itu atau memang main redah je jalannya.

    Cuma sedikit sahaja golongan yang benar-benar mahu bangkit dan membangkitkan. Yang sedikit itulah golongan yang bersyukur.

    Apapun, janji Allah tetap janji. Janjinya bukan sekadar kemenangan, janjinya juga ganjaran pada yang benar-benar berbuat, juga azab pada yang tidak. Kitab Allah itu satu ketetapan, yang tetap itulah tetap. Tiada perubahan.

    Yang mengubahnya adalah kita sendiri. Selebihnya, baca, perhatikan dan fikirkan...

    ReplyDelete
  3. "Kita akan tertawa melihat orang Jepun membaca tulisan dalam bahasa Melayu, memang bunyinya akan hampir sama, namun fahamkah mereka? Kenapa kita tidak ketawa melihat orang kita membaca Al-Quran dalam bahasa Arab? Walaupun bunyinya hampir sama namun fahamkah kita?"

    saya suka dengan kata-kata di atas. Ia menempelak kita yang membaca tetapi tidak mengkaji lalu memerhati.

    Orang bukan Islam membaca untuk belajar, orang Islam baru belajar untuk membaca. Inikan pula mengharap memahami isinya..

    Maka jangan hairan, masyarakat dihimpit dari jalan ilmu, islam dan ihsan kerana mereka sendiri tidak memahami Al-Quran..

    kejahatan semakin membuak-buak dan memuntahkan kotoran yang jijik dan memualkan...

    ReplyDelete
  4. yang HAQ tetap HAQ...tq meningatkan..

    ReplyDelete
  5. stuju3x.. takut nk komen byk2..sbb sume nye org lain dah kome.. :)

    eh, nape sy susah nk jd follower awk ek..dr aritu lg x leh nk bukak..huhuhu...

    ReplyDelete
  6. salam...

    Al Maa'idah:104.

    Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan mengikuti Rasul." Mereka menjawab: "Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya." Dan apakah mereka itu akan mengikuti nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk?.

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete