Feb 13, 2009

SEMERAH PADI SIAM

Semasa menunggu ‘burger tak sedap’ brother blok depan, aku melemparkan pandangan pada kaca tv, yang menayangkan cerita seram(kononnya), aku sempat tengok bab saat si dukun(zami @ pak uda) membaca mentera yang kedengaran menggunakan ayat-ayat suci al-quran. Terus aku ketawa kecil, teringat sewaktu belajar silat dengan ayahku.


Bercerita tentang seni mempertahankan diri pada asalnya aku belajar “Silat Cengkaman Harimau” yang mana dikatakan lahir dari daerah Jelebu, pulunlah aku mempelajarinya hingga tali pinggang merah, begitu banyak mentera yang perlu diucapkan. Doa masuk gelanggang, doa kunci, doa mandi malam sebulan, doa tahan sakit yang mana semuanya dicampur adukkan dari ayat al-quran dan bahasa-bahasa yang sedikit puitis yang aku sendiri tidak dapat memahaminya.


butterflybw

Setelah ‘tok guru’ sakit dan orang-orang kanannya malas(tak tau apsal) mengajar kami, maka ada yang mengesyorkan pada aku untuk mempelajari ‘Silat Kunci Belia 4B’(SIKUBI) yang asalnya dari ‘Silat Kunci Melayu"’, maka sempatlah aku belajar beberapa langkah dan bunga dan sempat mengikuti beberapa persembahan yang diadakan. Pernah kami diminta mengadakan persembahan secara beramai-ramai(seluruh Malaysia) dan seisi terakhir aku dapat bersalaman dengan ‘tok guru’ yang tertera kalimah Allah dan Muhammad dengan benang emas di kiri dan kanan bahu bajunya.


Lantas aku terfikir begitu hebatnya ‘tok guru’ hingga nama Allah dan Muhammad dijahit dibahunya. Pengakhiran aku dengan SIKUBI kerana jurulatih kami seorang yang pemabuk dan sukakan gam(hisap), dan kerana percaturan politik dan dipolitikkan maka aku mengundur diri.


Setelah ayah aku kembali bersama kami sekeluarga maka aku ‘mengendeng-ngendeng’ untuk belajar pula silat dari dia yang aku tahu dia pernah belajar ‘Sendeng’ dan ‘Silat Gayong Pusaka’ dari Panglima Bukit Gantang. Silat Sendeng aku tamatkan dalam tiga minggu kerana aku konsistan setiap malam dan buahnya cuma ada 7 asas yang utama dan yang pasti aku sudah ada asas dalam silat.


Gayong Pusaka pula aku berjaya habiskan dalam dua tahun memahami buah asas termasuk kunci mati, pedang, parang dan kayu. Yang aku paling minat adalah kayu, sebati dengan jiwa aku kerna bagi aku parang terlalu tajam dan menyakitkan. Sempatlah mandi minyak, kebal(entah), dibelasah dengan kayu(konon nak test kebal), bertapa malam dan menerima ‘ibu gayong’.


Dan seni mempertahankan diri yang terakhir setakat ini yang aku pelajari adalah karate-do dan sempat mendapat tali pinggang unggu dan mewakili UiTM ke sukan Selangor dan kalah dengan bergaya, keh keh keh.


IDOL


Ok cukup, disini aku terangkan panjang berjela supaya tidak ada yang akan menyangkal apa yang ingin aku utarakan. Kerana semuanya pengalaman aku sendiri.


Semua silat yang aku pelajari amat bagus kerana menyihatkan badan namun silat tidak boleh dipisahkan dengan jampi mentera. Dan yang menyedihkan ayat-ayat tambahan dalam bahasa Melayu ini kebanyakkannya berunsurkan kepada unsur pemujaan sang dewa, semangat besi dan roh-roh. Diantaranya seperti;-


“Hulija, hulika”


“Hai besi semangat aku, berdampinglah dengan aku, huk hak kejadian, air buih batu besi dengan kalimat laillahaillaulah”


“Summumbukmum um yum fahom layark kilun

Summumbukmum um yum fahom layark jiun

Summumbukmun um yum fahom layark takallamun”


“Alif lam min, aku seru kau yang dari bukit, aku panggil kau raja laut, dengan semangat Sulaiman aku berdiri, dengan jiwa Ali aku berani dari hujung ibu jari kaki hingga ke dalam hati dengan kalimat laillahaillaulah”


Dan banyak lagi sebenarnya jampi mentera yang pernah aku hafalkan dan praktikkan hinggalah terfikir pada suatu hari setelah mengkaji sejarah sewaktu berlakunya perperangan di bukit Uhud dimana tentera Islam hampir dikalahkan semula dan dikisahkan bahawa Nabi Muhammad saw hampir nyawa-nyawa ikan, luka habis badannya dan patah giginya, mujur-mujur diangkat oleh Talha bin Ubaidah ke atas kuda. Kenapa yang namanya Muhammad rasul akhir zaman boleh cedera dan patah gigi jika Al-Quran berupaya menjadikan manusia kebal?


Sahabat yang dirahmati Allah, Al-Quran bukan sekadar ditinggikan bahasa dan kalimatnya, dijadikan jampi serapah atau dibuat pendinding atau meghalau hantu(sekarang banyak hantu, keh keh keh) mahupun pelaris kedai. Allah turunkan Al-Quran sebagai panduan kepada manusia agar manusia mampu hidup dengan aman hingga berupaya merahmatkan alam ini.


Namun hari ini orang Melayu jauh meninggalkan dasar Islam, jauh meninggalkan Al-Quran, fahamilah kembali ayat-ayatnya, dan laksanakan bukan sekadar ilmu kebal(keh keh keh) namun penyelesaian segala kebuntuan terkandung dalam Al-Quran. Kebuntuan perpecahan orang Melayu, kemelesetan ekonomi, peperangan, dan hilangnya rasa kemanusiaan. Penting membetulkan tajwidnya namun lebih penting mempraktikkannya.



Al Baqarah:185

Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda. Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan, maka sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.

9 comments:

  1. salam jumaat..
    roomateku,keduanya silat..silat gayong dan olahraga..aku aje yang trkontang-kanting..huhu..muur tak kena belasah..huhu
    aku pun lagi tak faham apa2 mantera tu.kan cukup ayat Allah..diketahui, baca, dan amalkan ..Kalo boleh disebarkan..

    ReplyDelete
  2. salam..hidup org melayu....ha!!jenis org2 mcm pak uda tu dah kira pupus kat malaysia nie kan..betul...betul...betulll.kawan berdoa agar aper yg ade kat kaki syurga tu....sebar2kan ler kat org2 melayukan..kan,bukan aper cuma kawan malu ngan "KAK TIE"lelaki kat melaysia dah x boleh nak jadi hero mcm peristiwa....15 may....

    ReplyDelete
  3. slm....ntah la..sy mint gak bljr silat..tp xpnh pun..hehehe nti ajr sy kunci mati yo..hehehe

    ReplyDelete
  4. salam...

    Al-Baqarah;42.

    Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Emm.......
    Silat dan serapah pembuka bicara
    Isi tersirat dalam tersurat
    Mahu di ajak faham defanasi kitabNYA
    Agar seluruh alam peroleh rahmat

    P/s: Sesekali berpantun la plak......

    ReplyDelete
  6. salam
    wow... pantun...
    terkenang dulu, nak belajar martial art, tapi silat tak termasuk dalam senarai, sebab rasa macam "merepek" je... siap ada "baca-baca" yang pelik2. heheh...

    p/s: err... what with the singing chimps? (^_^)V

    ReplyDelete
  7. sepanjang ku bersilat, yg ku perasan bab mengarutnya semasa mandi limau.

    ops, sori terlambat nak komen.

    tp apa2 pun silat menyihatkan badan.

    ReplyDelete
  8. betol ke mentera kt atas tu?ke korang cipta sndiri haha

    ReplyDelete
  9. macam mane nak amal kn menetera tu?

    ReplyDelete