Feb 18, 2009

SERUPA TAPI TAK SAMA

iraq-liberated_boy

Setiap kali aku melalui jalan menghala ke Taman Sentosa, Klang dari Padang Jawa aku akan memperlahankan kenderaan ketika menghampiri masjid yang dihadapannya dibina sebuah kuil. Amat menarik sekali terutama pada waktu maghrib di mana sang bilal sedang enak melaungkan azan dan sang penjaga kuil sedang hangat menghayunkan loceng.


Maka berlawan-lawanlah bunyi loceng dan azan menghasilkan satu irama yang cukup menarik. Hingga pernah suatu hari aku memberhentikan kenderaan di bahu jalan. Lalu aku menikmati seruan azan yang diselang selikan bunyi irama loceng kuil. Kedua-duanya punya erti yang hampir sama, mengajak umat untuk menghadap Sang Pencipta, yang berbeza cara, gaya dan bahasa.


Kedua-duanya mengharap perkara yang sama agar Tuhan mengampuni dosa, menambah pahala dan memberikan syurga. Kedua-duanya yakin itulah jalan yang benar, jalan yang telah disampaikan sekian lama dari generasi ke generasi. Tanpa perasaan prejudis dan tanda tanya terus mereka sembahyang dengan cara yang berbeza. Si Hindu mengharap yang lain memahami prinsip mereka, si Islam mengharap yang lain mengerti prinsipnya.


Yang mahu aku sampaikan apa sahaja anutan maka saling hormat-menghormati antara satu dengan yang lain, dan berbuatlah dengan ilmu pengetahuan bukan kerana itulah yang telah disampaikan oleh nenek moyangmu. Hidup ini lebih beerti jika kita makin memahami setiap apa yang kita kerjakan, mengerti dan pasti.

7 comments:

  1. memang suatu negara akan damai jika kaumnya saling harga menghargai.....
    jika ini terlaksana maka peperangan yang terjadi sekarang tak akan terjadi...

    ReplyDelete
  2. bukan hnya peperangan..tapi prinsip pemahaman di bwh satu sistem ADDEEN..
    maka sama2 kite mengerti agar pasti apa yang kita harap kan..

    ReplyDelete
  3. ada ketikanya ia di provokasi menjadi isu antara agama seperti Kg Rawa beberapa tahun dahulu

    ReplyDelete
  4. Selagi hidup di bumi Allah ini, belajar erti hormat menghormati.Saling memahami

    Masing-masing ada hak.

    ReplyDelete
  5. tiap kali balik kampung kat johor,dari aku kecik sampai skrang memang ada estet tu pun bersebelahan..aku yang tak duduk di situ tak boleh bayangkan tapi sampai sekarang,diaorang boleh duduk dengan harmoni..kena faham konsep

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum.
    setuju dengan pendapat saudara, saling hormat menghormati walau lain anutan.cadangan saya kepada saudara supaya meneliti dan mengkaji agama Hindu dan extra Kristian etc.kenapa dibunyikan loceng dan apa mereka sembah serta bagaimana mereka sembah Tuhan mereka.Sungguh, tujuan pun berbeza.Selamat mendalami ilmu. Mudahan2 ilmu itu menambahkan iman,mendekatkan diri saudara kepada Allah. Menukar ilmu dan iman yg ada ke dalam bentuk amal. Sekian.

    ReplyDelete
  7. salam...
    cari persamaan dalam perbezaan...
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete