Mar 19, 2009

BASIKAL DAN KEHIDUPAN (1)

Semakin kerap mengayuh basikal semakin banyak pelajaran yang aku dapat, dan pelajaran yang paling beerti tentang basikal adalah tentang kehidupan manusia dahulu, kini dan selamanya.


Roda basikal yang sentiasa berputar(sebab bulat) mengingatkan aku tentang ‘daulah’(pusingan), yang mana setiap yang bersangkut dengan kehidupan punya pusingan dan kitarannya sendiri. Islam contohnya terus berpusing(bukan makin pening) ada kala di bawah dan ada kala di atas, lambat atau cepat jatuh bangunnya, bergantung pada si pengemudi.


Semuanya bulat(jika difikirkan), seimbang, jika salah memasang roda akibatnya akan berlaku kerosakkan pada tayar, brek, menjejaskan kelajuan dan pengawalan, hingga nanti mengakibatkan berlaku perlanggaran(accident) dan mungkin mengakibatkan kematian. Begitu juga pusingan atau kitaran kehidupan dan kitaran alam ini, andai salah dalam merancang dan mentadbirnya habis pincang segalanya hingga nanti menatijahkan kerosakkan, kemusnahan dan kehancuran hingga nanti membawa bibit pemusnahan(kematian segalanya). Maka semuanya perlu diteliti.


Pohon contohnya perlukan manusia dan manusia perlukan pohon(kalau tak susah nak bersidang, ho hoh oho ho). begitu juga diantara manusia dengan haiwan saling perlu memerlukan. Seperti sebuah basikal semua bahagian memainkan peranan yang amat penting, pedal, brek basikal, handle, gear, roda, tayar dan semuanya saling perlu memerlukan, tanpa kelengkapan yang cukup mungkin kita tetap mampu berkayuh namun tidak mungkin dapat mencapai spesifikasi atau frame berbasikal yang sebenar(yang sepatutnya) dan sejarah telah tertulis jika tidak ikut frame yang diberi kerosakkan akibatnya.


Dalam berbasikal, fokus amat penting namun yang lebih penting objektif dan matlamat kita berbasikal. Harus jelas apa target yang perlu dicapai dan disasarkan. Prihatin pada alam dan pada persekitaran serta mengikut undang-undang jalan raya. Begitu juga dalam proses mahu mengembalikan Islam(yang makin pupus macam dinasour) perlu jelas objektif kita, sedar bahawa penting menegakkan Ad-deen Allah(perintah), namun dalam masa yang sama jelas perlu bersatu padu(larangan- jangan berpecah belah). Dalam menegakkan Ad-deen juga jangan sekali-kali untuk melanggar adat dan undang-undang(mencari perbezaan), jika berbasikal di Malaysia tidak sama seperti berbasikal di Afrika, janji basikal, tetap kayuh, berbeza cuma bentuk pandangan namun falsafahnya sama.

>bersambung<


9 comments:

  1. salam...

    ambil pelajaran di persekitaran kita (bumi)...

    walaupun dari basikal...

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. nape gmbr kuali lak..kuali pun bulat ek..hehehe

    ReplyDelete
  3. salam

    sekadar pendapat...
    agaknya pendekar nak bagitahu, kuali perlukan kita dan kita juga perlukan kuali... agaknya la. hihi.

    ~sangka-sangka... tak bagus!~

    ReplyDelete
  4. Lagi satu kalau awal2 jumpa bukit xpayahla struggle nak panjat laju2..pastu letih nak kayuh sampai habis.

    Istiqamah, jangan asyik nak 'perah' badan je. Nanti 'letih'.

    ReplyDelete
  5. ngape tak bola?hehe..tak sangka ade pengajaran besar dalam sebuah basikal..

    ReplyDelete
  6. ehehehe.. ape2 pun sumenye same je kan.. sume nye ade kelebihan n kekurangan.. bila hidup ni mcm roda yang bulat.. br la ade warna-warni kehidupan tu.. :)

    ReplyDelete
  7. cycling kena patuh teknik supaya tak cepat pancit...sama jugak supaya tak jd org yg duduk atau tertinggal...huhu..

    ReplyDelete
  8. lama tak menjengah ke sini. Entri makin panjang nampaknyer.

    Atas gambar kuali, bawah gambar basikal...dalam maksudnya tue...tersirat

    ReplyDelete
  9. Sedap tengok video

    Lain kali letak banyak video

    Tak payah tulis

    Video cukup

    Terutamanya video yang best-best

    Macam video ni...

    Best video tu

    ReplyDelete