May 18, 2009

BARAAH

Aku melihat pelangi, warnanya amat mengasyikkan. Tenang. Ciptaan Allah pasti bukan sia-sia. Cinta manusia pada keamanan juga perlu seperti pelangi, seiring warnanya walau berbeza, hingga nanti menghasilkan keindahan semulajadi. Tuhan itu amat mengerti, ciptaannya punya citarasa berbeda-beda, namun ada jalan yang sama. Kita semua manusia.


Manusia tidak akan bisa meninggalkan alam ini, manusia perlu menjaga bumi ini, kerna ini tempat kita, kerna tanpa bumi kita tiada lagi. Nah, itulah manusia, yang terikat di muka bumi dan punya tanggungjawab semulajadi iaitu merahmatkan bumi ini.


Maka untuk merahmatkan alam ini, perlukan kesedaran yang mana kesedaran itu tidak muncul dengan sendiri, perlu diperingatkan, perlu sentiasa diingatkan bahwa kita ini manusia dan bumi ini milik kita bersama.


Juteru perlu ada cara yang terbaik untuk memakmurkan alam ini, bagaimana? Tanyakan pada Sang Pencipta. Sudah lama Dia berkata-kata dengan kita, kita dengar, mungkin ada yang faham. Namun sekiranya kata-katanya sekadar dinyanyikan tiada beza andai tidak diucapkan. Terserah, namun fikirkan, ini sahaja jalan yang terbaik. Mengembalikan manusia yang hidup di bumi kembali pada fitrah Allah, kembali kepada Al-Quran.

9 comments:

  1. segaris dia
    dibias terpancar membahagi
    menghasilkan dia-dia pelangi
    berlapis-lapis jalur beda warna
    beda fungsi dan frekuensi

    ~Fisik Chahaya [DuH.bs]~

    ReplyDelete
  2. semalam semasa bekerja, aku pun terlihat pelangi muncul di tempat kerja ku...

    teringat kat band nama lagu 'Pelangi - Joanna & Co'

    Ku selalu dihati,
    Membuai rayumu,
    Hiasi dunia sepimu.
    Seukir senyuman dariku,
    Menggegarkan mayamu,

    Aku Pelangi
    Kau segalanya bagiku.

    Takkan setia,
    Takkan kembali,
    Bawa dirimu dan tinggalkanku.

    Chorus:
    Buka matamu,
    Lihatlah diriku,
    Aku pelangi,
    yang dinanti.

    Ku sinar cahayamu,
    Di saat indahmu,
    Juga waktu resahmu.
    Ku lukisan imagimu,
    Kini kau membisu,
    Setelah ku tiada.

    Takkan setia,
    Takkan kembali,
    Bawa dirimu dan tinggalkanku.

    Buka matamu,
    Lihatlah diriku,
    Aku pelangi,
    yang dinanti.

    Berharap bayangku pulang,
    Nikmati tiadaku.

    Berharap bayangku pulang,
    Nikmati tiadaku.

    Buka matamu,
    Lihatlah diriku,
    Aku pelangi,
    yang dinanti.

    Buka matamu,
    Lihatlah diriku,
    Aku pelangi,
    yang dinanti.

    AK

    ReplyDelete
  3. Sakura kalau lihat pelangi
    pasti sakura akan nyanyi lagu....

    "Engkau tiba bagaikan pelangi
    Tak bercahya namun kau berseri

    Tapi cukup menghiburkan
    Hati ini

    Seharian waktu bersamamu
    Tak terasa saat yang berlalu
    Bagai pelangi petang kau kan pasti
    Pergi jua..."

    ReplyDelete
  4. Al Hujuraat:13.

    Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.



    Mengembalikan manusia yang hidup di bumi kembali pada fitrah Allah, kembali kepada Al-Quran.

    ReplyDelete
  5. ya sememang indah,
    sayangi spektrum didalam bebola2 kehidupan..
    ..rasa kelat itu pasti jika lidah dah bereseptor atau ber1/ramai yang mahu fund raising saat2 akhir.belum pasti fund mereka terbit di sana

    ReplyDelete
  6. Hidup ini indah. Kita rajin mencontengnya

    ReplyDelete
  7. ohok2..dahh lama nampak..nak ke xnak??serat yang hidup

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Tambahan..kembali kepada Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak Ulama, dan Qias.

    ReplyDelete