May 27, 2009

HAK BERSUARA

Dukacita jika diperhatikan keadaan politik tanahair, mengulangi perkara yang sama, rasuah, tamak kuasa, kronisme dan pecah amanah. Apakah bila tertegaknya sistem Islam masalah ini tidak berlaku? Perhatikan sejarah dan perhatikan apa yang terjadi pada parti-parti politik yang berlabelkan Islam, masih gagal dalam menangani isu yang serupa.


Rasulullah mendidik dan membina manusia dari perkara dasar iaitu pembinaan akidah hingga nanti mampu mempamerkan akhlak yang sesuai dengan keadaan dan keperluan semasa. Jika dahulu akhlaknya sesuai dengan keadaan bangsa Arab dan persekitaran tanah Arab maka kini jika di tanahair kita masakan mampu dilaksanakan perlakuan bangsa Arab.


Al-quran memang sesuai di mana, atau dalam keadaan mana sahaja tidak mengira masa dan geografi, namun kini ramai dari kita gagal membezakan untuk mengikuti Al-Quran atau mengikut budaya Arab. Inilah yang sebenarnya mengapa bangsa kita gagal menyelesaikan masalah waima menyatakan sudah mengikuti ajaran Allah.


Bila ada yang mempamerkan akhlak Al-Quran yang sebenar maka banyaklah tomahan, cacian dan fitnah dilemparkan dengan bermacam-macam tuduhan dilakukan. Pelbagai label diletakkan waima apa yang dilaksanakan mampu menangani masalah yang sedang berlaku. Umat Islam kini amat berbangga dengan apa yang ada pada setiap diri mereka, hinggakan dengan sengaja menutup mata pada kebaikkan orang lain kerna berlainan prinsip atau pendapat.


Ini yang perlu diperhatikan, didikan tentang Al-Quran bukan sekadar membetulkan tajwid, malah memahami apa yang disampaikan. Lalu ada pula yang menyatakan sudah mampu menafsirkan ayat-ayat Allah, persoalannya pula sejauhmana perlaksanaan kata-kata Allah tersebut?


Memang sukar untuk kita fahami dan laksanakan kerna lahir-lahir sahaja kita di muka bumi ini terus memandang bahawa Al-Quran itu sebuah buku yang perlu dijunjung hingga kita lupa bukan itu tujuan sebenarnya tapi satu sahaja cara dan jalan yang paling ideal dan praktikal bagi menyelesaikan segala masalah yang berlaku kini............

6 comments:

  1. so what will happening is there is chain rxn in your own unfortunate trials?????still same court of civil they must search before cut thir own legs or,somebody has return.....????????

    ReplyDelete
  2. nak temung dan da reput duit kertas lepas nengok graf merah bitu kat analisis saham lam berita..bisan tul la berita indeks biased nih

    ReplyDelete
  3. ramai gak nak pakai inhaler..nak bedung gak ramaiak tegur semalam..ngeh33

    ReplyDelete
  4. slm,
    sy rs baik juga diterangkn bagaimana membudayakn al-Quran itu. Skrg sudah jelas itu jalan yg terbaik, kembali pada ajaran sebenar. Tapi bagaimana mengolah ajaran2 itu agar relevan dan boleh dipraktikkan? Apa langkah2 jelas yg dpt diambil? Mungkin boleh saudara terangkn dgn lbh lanjut. Hanya cdgn ;)

    ReplyDelete
  5. salam jumaat abang pendekar itteww..

    ReplyDelete
  6. Rasulullah mendidik dan membina manusia dari perkara dasar iaitu pembinaan akidah hingga nanti mampu mempamerkan akhlak yang sesuai dengan keadaan dan keperluan semasa

    ReplyDelete