May 25, 2009

KAMU, KAMU, AKU, AKU..........


Aku jangkakan usaha untuk menyatukan jiwa manusia di negara ini akan tetap diteruskan waima apa cabarannya. Banyak reaksi yang aku terima, banyak persoalan dan banyak permasalahan yang wujud, semoga Allah pandaikan.


Diantaranya tentang pengisian yang perlu diguna pakai, sumber daya manusia dan sumber kewangan. Islam bukan tumbuh dengan pengurniaan atau revolusi mahupun atas bantuan pihak lain, Islam berdiri dengan sendiri dari umat yang 'benar-benar' memahami kepentingan mewujudkan kebersamaan yang wujud atas kefahaman dan kesedaran dalam jiwa manusia itu sendiri.


Maka banyak contengan yang telah dilakukan atas nama Islam atau atas nama mewujudkan kebersamaan dan kebenaran, dilakukan dengan sedar mahupun tidak sedar. Ada yang mengalah, ada yang saling salah-menyalahkan dan ada yang berdiam diri. Kurangnya kefahaman tentang Al-quran itu sendiri mengakibatkan manusia leka dan sering diperdaya.


Maka fahamilah Al-quran sebagaimana yang mahu difahami, jangan sekadar memandang bentuk tapi falsafah yang terkandung dalamnya, dan jangan sekali-kali berbuat tanpa ilmu atau berbuat kerna taksub pada individu, semuanya manusia yang pernah, sedang atau bakal melakukan kesilapan. Setiap apa yang kita lakukan atas usaha kita sendiri, hasilnya, positif atau tidak juga atas usaha kita. Jangan salahkan orang lain.......



7 comments:

  1. salam..yea memahami Al Quran satu process yg panjang..

    ReplyDelete
  2. sakit laaa. nih,nak ubat,boleh ke klinik laut..moga sihat segera...atau jangan beli la tapak sulaiman keras tepi pantai alexandriahhh

    ReplyDelete
  3. sembelih daging,rebus,buat black pepper,sihat pastuh,tak caya takbir la lepas makan...mesti begegar bawah kaki korang dalam perut korang telinga korang semula....jgn petik gitar..nnt jantung sakittt

    ReplyDelete
  4. Pasti ada yang leka membelek-belek, atau sengaja mencari kesilapan orang lain demi menutup kekurangan sendiri.

    Alangkah baiknya sekiranya kita sesame kita belajar dan mengambil pelajaran di atas kelemahan orang lain bukan mengejek dan berkelompok mencari kesalahan orang lain.

    Salah bukan bererti bodoh..tapi memerlukan bimbingan.

    ReplyDelete
  5. ooo tapi dah tahu orang tuh cacat jangan lah bajet kau baik sangat kan..nanti bajet lari..dosa besar tuu

    ReplyDelete
  6. Every ACTion there is an equal and opposite reACTion.

    ~Law of The Creator~

    ReplyDelete
  7. fahamilah Al-quran sebagaimana yang mahu difahami, jangan sekadar memandang bentuk tapi falsafah yang terkandung dalamnya, dan jangan sekali-kali berbuat tanpa ilmu atau berbuat kerna taksub pada individu.

    ReplyDelete