Jun 10, 2009

PASTI MENANG

At Taubah : 20.

Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah, dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.


Tiada perjuangan yang tidak mahukan kemenangan. Untuk menang perlukan mentaliti pemenang, berfikiran positif, bertindak positif.


Oleh itu untuk menangkan Ad-deen Allah dan benar-benar menang, bukan dengan dipolitikkan, sekadar di'surat khabarkan' atau dijaja dengan ucapan panjang berjela. Namun dengan melahirkan manusia yang yakin dengan perintah Allah, yakin bukan sekadar dengan kata tapi yakin sekiranya dilaksanakan perintah itu pasti beroleh kejayaan.


Nanti akan timbul pula suara-suara 'serak basah yang tak sedap' menyatakan ini kerja gila atau sudah tidak relevan dengan keadaan sekarang. Kerana kegilaan yang mendalam untuk merahmatkan alam maka kita kena yakin pada Allah serta pelaksanaannya dan Rasulullah telah merelevankan apa yang telah diwahyukan kenapa kita tidak mencuba. Memang nanti hasilnya tidak akan seperti yang dilakukan oleh baginda, sekurang-kurangnya kita laksanakan, ianya lebih bagus dari berpeluk tubuh.


Hijrahkan pemikiran kita, hijrah itu selayaknya dan sepatutnya berlaku setiap hari. Sentiasa lakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Jika hari ini hidup dalam aturan manusia maka hijrahkan diri, hidup dalam genggaman Allah yang Maha Kuasa. Andai sudah mengakui keagongan Allah maka hijrah dari sekadar mengakui kepada melaksanakan. Andai sudah laksanakan maka hijrah untuk melaksanakan dengan lebih baik lagi. Dan jangan terus berpuas hati, tiada yang sempurna melainkan Allah.



Seterusnya setiap diri yang beriman dan berhijrah perlu berjihad. Jihad merupakan usaha nyata untuk menyuburkan nilai Islam bukan menafikan prinsip yang lain. Maka usaha jihad perlu berteraskan untuk memulihkan dan memelihara Islam, pulihkan umat Islam itu dahulu, pulihkan pandangan masyarakat terhadap Islam, maka nanti kita pelihara sampai bila-bila.


Semuanya ini perlu ditanggapi dengan usaha yang realistik, bukan sekadar menadah tangan atau berbangga dengan apa yang kita ada. Maka semuanya perlukan sumber dana yang sistematik, konsistan serta sumber daya manusia yang berqualiti tinggi( ilmu dan jasad).


Laksanakan ikut pengalaman orang terdahulu, ya, sebelum Syawal memang perlukan berpuasa baru nanti kita rayakan Aidul Fitri(kembali pada fitrah). Namun hingga hari raya, yang diharamkan berpuasa hanya satu hari sahaja maka selepas itu perlu berpuasa enam pula. Ini kaedah bagaimana kita menata atau mengawal kemenangan. Menang juga perlu ditata dan dikawal supaya manusia tidak mudah lupa diri bila melihat 'harta dan diri' manusia lain tunduk pada Islam.

10 comments:

  1. year,it is good year.so repeat is best!

    ReplyDelete
  2. jazakallah atas nasihat kata peransang.

    salam ziarah.

    ReplyDelete
  3. dulu zaman muda-muda, yg kerja gila tah apa-apa tu yg disuka, dibangga, walau dicerca.

    jadi, sama juga dah tua-tua ni, asal jiwanya muda- mentalitinya sama - makin dikata gila, makin terpanggil, makin membara.

    dari telinga sampai ke tulang...

    AK

    ReplyDelete
  4. saudaraku,

    Alhamdulillah,
    aku sangat yakin dan percaya semenjak aku terdampar di pulau namoyaki,

    dan kini, semalam, aku telah menyampaikan syair itu di khalayak,

    aku coba,
    lantas,
    ketar seluruh jantung, hati, jiwa, badan dan sanubariku,

    rasa mahu rebah, maka tersungkurlah aku selepas itu,

    aku sayang kepada semuanya...

    ReplyDelete
  5. AK, saudaraku,

    mahukah kau tahu 1 perkara?
    dulu aku pernah mendengar bingkisan ini,
    disampaikan kepadaku oleh isteriku:

    lalu, sibuklah aku mentelaan mencari akan permulaaannya,

    baiklah; kata pujangga itu berbunyi begini:

    "theres a man, they call him mad,
    the more he give, the more he will get"
    -anonymous

    :)

    indah kan...

    tentu kau tahu siapakah yang telah dimaksudkan oleh si pencetus bicara itu,

    apakah kau setuju dengan kata2 pujangga itu saudaraku?

    ReplyDelete
  6. salam en pendekar bujang lapok ;))

    ReplyDelete
  7. kemenangan psti dtg..

    ReplyDelete
  8. At Taubah : 20.

    Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah, dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.

    ReplyDelete
  9. Manusia yang disangka gila itu......
    kadang2 hasil tangannya menjadi sesuatu sehingga menjadi kebanggaan orang....

    "UBAT GATAL CAP KETAM MERAH"

    ReplyDelete
  10. Manusia yang disangka gila itu.......
    Kadang2 hasil tangannya menjadi kebanggaan orang.....

    "UBAT GATAL CAP KETAM MERAH"

    ReplyDelete