Jul 27, 2009

SUDUT

Tikar4

Tikar di rumahku aku lihat semakin lusuh dijamah usia, ya, pasti segalanya akan lusuh, tiada yang kekal. Yang menarik hatiku bukan warnanya, akan tetapi rekaannya yang berkotak-kotak. Bila aku berdiri saiznya sama tanpa ada cacat cela, namun saat aku berbaring saiznya makin mengecil. Perspektif. Ianya sama, namun bila berlainan posisi maka saiznya adakala makin mengecil adakala semakin memanjang.


Pulang lewat petang kelmarin aku menapak dari stesyen ke restoran berdekatan, lalu kedengaran azan maghrib, kaki aku terhenti dan mata aku tertumpu pada surau yang agak ‘lusuh’ dijamah usia. Terus aku melangkah memasuki perkarangan surau yang ‘lusuh’. Tertera pada papan tandanya, ‘SURAU INDIA MUSLIM **** *******’.


Teringat ketika menjegah kedalamnya, tersusun rapi dan semua jemaahnya dari keturunan India. Lalu aku menyapa salah seorang darinya, memperkenalkan diri dan sama-sama bermunajat pada Sang Pencipta.


“Apa pandangan uncle tentang Tuhan?”, aku memulakan bicara sambil rapat menyandarkan badan ke dinding surau.


“Dia yang menjadikan semuanya, Dia yang paling Esa, yang paling pemurah yang paling penyayang”, ujarnya perlahan-lahan menampakkan riak wajahnya yang penuh keyakinan.


“Apa pandangan kamu pula tentang Tuhan?”, ujarnya merencatkan soalan yang mahu aku ajukan lagi


“Tak mampu untuk digambarkan,”jawabku ringkas………

4 comments:

  1. allahu akbar.. salammm abang itteww

    ReplyDelete
  2. salam....moga kita senantiasa di bawah lembayung rahmatNya

    ReplyDelete
  3. Al Baqarah:186.

    “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”.

    ReplyDelete
  4. hye salam ...lame x jenguk blog u..k la u tk cre k..bye

    ReplyDelete