Aug 5, 2009

LINGKARAN KOSONG

Mr. X

: Aku memang pasti Tuhan itu tiada.

Mr. Y

: Apsal pulok?

Mr. X

: Semuanya dongeng dan cerita tipu, direka agar manusia takut untuk melakukan
kesalahan.

Mr. Y

: Maksud kau, semuanya terjadi dengan sendiri?

Mr. X

: Yups, semua ajaran agama merupakan cara hidup agar manusia mampu terus
hidup dalam keadaan yang terkawal.

Mr. Y

: Syurga dan neraka?

Mr. X

: Ah! Itu tentang akibat, buat baik dibalas baik, buat jahat dapat perkara yang
negatif.

Mr. Y

: Aku tak faham. Apa maksud kau yang sebenar?

Mr. X

: Otak manusia nie sukar jika kita berbahasa secara terus, lembab, maka untuk
mendidik manusia maka diletakkan matlamat dan dasar supaya manusia punya
harapan dalam hidupnya dan mampu kembali bersemangat untuk melakukan
kebaikkan, jika tidak manusia sukar dikawal, kerana bukan semuanya mampu
mendengar secara terus dan mengambil pelajaran untuk melakukan kebaikkan
dan meninggalkan kejahatan.

Mr. Y

: Peh, lagi aku tak faham!!!

Mr. X

: Bahasa mudahnya, kau nie ditipu hidup-hidup untuk mempercayai sesuatu yang
tak pasti dan sesuatu yang tiada, itulah lingkaran yang kau sendiri tidak nampak
tapi membelit dan mengawal agar nanti kau menjadi orang baik, sama ada secara
terpaksa atau sukarela. Awwwww! Bodoh apsal kau cubit aku?

Mr. Z

: Mana ada aku cubit, ianya terjadi dengan sendiri. Ho ho ho h oho ho!

7 comments:

  1. Kelakar! Kelakar ada makna tu... hihihi!

    ReplyDelete
  2. =) semua terjadi sendirinya?

    =)

    ReplyDelete
  3. aduh...aduh..aduh....tajam sungguh kali ni en.kakisyurga.

    [ayatnya sama, fikirannya sama, lagaknya sama, cuma masa itu tiada yang mencubit sahaja..]

    (teringat dulu ada orang pernah kata - tuhan tu ada masalah psikologi, tidak mahu ada yg lebih hebat daripadanya, lalu dicipta segala macam aturan dan dongengan untuk menyekat kemampuan manusia...mujurlah orang tu dah mati, dihidup kembali menjadi yang nyata)

    AK

    ReplyDelete
  4. salam pendekar
    lame tak singgah..
    yang ku tahu, aku nak tergelak baca lawak bermakn kerohanian ni
    hehehehehe
    memang masalah dengan orang tak bertuhan ni..ade aje idea dia nak tak ade tuhan..tapi tugas kita gak nak tunjukkan kebenaran..

    ReplyDelete
  5. salam...

    surah yusuf : 111

    sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al-Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.

    ReplyDelete
  6. hye salam pendekar...lita ikhtiar n usaha pastu kite tawakal...

    ReplyDelete