Oct 23, 2009

BEZA BUKAN SAMA, SAMA CUMA BERBEZA

semalam dan hari ini kau masih sama,

meratapi kekurangan sendiri,

kerana itu aku mengira lebih bagus laksanakan dari berbicara,

bisu bukan beerti bisul,


bertahun kami berjalan, berbuih didoa agar kami tempang,

tetap kami berjalan, malah kini semakin berani berlari,

ah! jatuh bangun perkara biasa, luka boleh diubati, lambat laun sembuh sendiri,

tapi doa itu barangkali makin sepi, sudah tiada modal dalam mengeluh lagi,

mengulangi perkara yang sama, makin bosan tanpa fakta,

takut-takut jadi dusta, atau dalam hatinya sudah ditumbuhi kusta,

nanah derhaka pada yang Maha Esa,

atau baginya yang Esa itu tiada? atau yang Maha Esa bagi mereka dan aku berbeza?

bagi aku yang Maha Esa paling berkuasa, dan aku hidup kerana Dia,


kemenangan bukan satu titik akhir sayangku,

kemenangan sebuah perjalanan,

andai lingkup dunia ini, tetap ia perjalanan,

tanyakan sendiri pada dirimu,

apa hasil yang kau mahu?

lakumu kau tanggung sendiri,

kalau menang yang kau impikan maka usahakan,

bukan sekadar bersandar kemalasan,


Al-kitab didepanmu sahabatku,

tiada alasan untuk kau duduk diam membisu,

jika perjuangan ini kau kata kesilapan,

maka betulkan, tapi bukan alasan untuk kau kembali ummi,

jangan asyik meratapi, usia aku dan kau makin dimamah hari,

aku melihat hati-hati yang rijal, maka yang kami seru hanya keikhlasan,

apa belum cukup lagi kata Tuhan, yang mencari keredhaan pasti ditunjukkan jalan?,


bukan mereka yang tentukan mana kita dihumbankan,

syurga atau neraka, bukan kita yang empunya pilihan,

buat kerana Allah bukan kerna diperintah Tuhan,

3 comments:

  1. madah berhelah erk..

    Matlamat tidak menghalalkan cara,
    Cara biarlah berpaksikan wasiat,
    wasiat telahpun diberi,
    Engkau dan aku pun tahu,

    Yang ummi pun tahu,
    Matlamat yang satu,
    Tiada sekutu,
    Tapi biarlah wasiat yang telah diberi kita ikuti,
    Jangan hanya di depan yang ummi kita sampaikan mesti ikut wasiat,
    tetapi di belakang mereka kita hanya mengikut Abi-Abi,
    Tidak persoal sekadar tunduk patuh,
    Walaupun jelas berlakunya kemungkaran,

    Ayat sekadar menutup kelemahan,
    Tetapi kelemahan terus berleluasa,
    Tidak boleh ditegur,
    yang tegur pasti digugurkan,

    Yang digugurkan pasti difitnah!
    Dimana kata yang selalu diucapkan,
    "Islam menghasilkan hubungan yang baik sesama manusia"
    hanya sekadar Manis dibibir,

    Dimana sifat jauhi Thoughut,
    Sebaliknya sifat ini paling hampir kepada "Pemuda-Pemuda" ini,

    Akar yang rosak,
    pastinya menghasilkan kerosakan,

    Perjanjian Hudaibiyah diwaktu ini,
    sekadar fatamogana,
    Titik persamaan tak mungkin engkau perolehi,
    Kalau yang dikatakan Ahlul Bait pun tidak mampu disatukan,

    Inikan pula dengan yang Ummi..

    Ambil pelajaran sahabatku..
    Sebelum terlambat..

    Sesungguhnya Agama Islam Yang Diredhai (3:19),
    Bukan Gabungan Ajaran Ilahi yang patut kita ikuti..

    ReplyDelete
  2. salam,
    pendekar, aku ambik posting ni untuk simpanan dan tatapn boleh?hehe..

    ReplyDelete