Nov 22, 2009

MELAYU

Aku cuba meng ‘Goggle’ perkataan Melayu, dan aku rangkumkan dengan satu perkataan, SAMPAH. Bukan Melayu itu yang sampah, namun bila korang sendiri meng ‘Goggle’ perkataan ini maka apa yang keluar bukan perkara-perkara yang positif namun sebaliknya.


Pencarian pertama tentang video anak-anak Melayu yang memang hebat, membanggakan syaitan-syaitan. Kedua tentang cerita sex Melayu, Ketiga Mr Wiki tentang Melayu. Dari empat sampai tujuh juga tentang sex, kesembilan tentang politik tanahair.


Untitled-1


Apa kata kalau aku meng ‘Goggle’ perkataan cina? Maka jawapannya…..


2


Dan aku tak meng ‘Goggle’ perkataan India kerana ejaan asal sebelum dan selepas di Melayukan perkataan itu tetap India, kalau goggle jugak kang banyak keluar cerita tentang negara India.


Begitu juga kalau kita meng Goggle perkataan ‘Malay’ maka banyak tentang sejarah dan perkara yang agak bermanfaat.


Apa yang cuba aku sampaikan, web site lucah atau apa sahaja yang berunsur lucah lebih diperlukan oleh sebilangan ramai yang berbahasa Melayu atau menggunakan perkataan Melayu, kerana Goggle akan memilih web site atau apa sahaja yang paling ramai dijenguk untuk baris pertama atau pilihan yang utama.


Aku mudahkan lagi, ramai orang Melayu kita takde kerja, takde mase depan, takde akhlak, takde kesedaran sivik, maka web site lucah menjadi hidangan. HIDUP MELAYU!




Dalam meng 'Goggle' aku jumpa kat u-tube cerita gempaq giler yang aku bagi lima bintang, beb buat lagi banyak-banyak cerita macam ni..... please..... wah hahahaha....

Aku nasihatkan tengok filem nie sampai abis.....












4 comments:

  1. hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

    ReplyDelete
  2. 1 fakta yg menarik..koreksi persepsi bangsa..tahniah buat video cerita cmni..saya pun setuju buat banyak2 cerita camni.

    ReplyDelete
  3. bro, sebak saya tengok cerita ni. terima kasih untuk perkongsian. ni buat saya nak cari kawan cina lepas ni :)

    ReplyDelete
  4. Kawan dengan semua bangsa. Bijaksana dalam berkawan. Terima kasih paparan ini.

    ReplyDelete