Nov 30, 2009

SALUTE SELUT

Seakan-akan hadir tanpa keikhlasan lagi,

Dipanggil datang namun bukan dari hati,

Tiada lagi istilah rela, bagi mereka, mereka raja,

Bahasa kembali mengarah,

Bagai membunuh berjuta jiwa,

Ingin ditanyakan; “Mengapa kau tak terjun dulu?”

Namun jawapannya sudah ku temu,

Kerana aku tanah,

Di kiri kanan berangin angin lalu,

Bukan kerana ingin hujan, tapi dek kipasan semakin menguat,

Terkadang sejuk juga, terasa kecil juga,

Hingga terdetik dalam hati; “Mana yang dikatakan sebatas?”

Namun jawapannya sudah lama ku temu,

Kerana aku tanah,

Sering membisu,

Bukan tiada yang mahu dibicara,

Banyak persoalan ingin ditanya,

Namun bila ikatan mulutku terbuka, ramai yang tidak suka,

Mungkin lebih sesuai belajar sendiri,

Kerana tak sanggup lagi didengar; “Kau lambat makan garam”

Namun jawapannya lebih dahulu aku pelajari,

Kerana aku tanah,

Itu dosa ini tidak, mereka dosa kita tidak, aku dosa dia tidak,

Bila halus dibukakan bentuk, bila bentuk diilhamkan falsafah,

Hebat! Ya memang hebat,

Cuba mencari yang lain, tak ku jumpa,

Pernah dicari, Pernah bertanya; “Kalau bukan bintang, bukan bulan, bukan matahari yang mana satu Dia?”

Namun jawapannya dalam kocekku,

Kerana aku tanah.


Jangan lupa, Atas tanah ini dunia,

Atas tanah ini kau menjarah,

Atas tanah ini pernah derhaka,

Atas tanah ini jiwa mereka merdeka,

dan

Dalam tanah kau akan mati,


ha hah ah ah aha. jiwa-jiwa tak ke mana, wa haha ha haha!

1 comment: