Apr 17, 2010

UNTA, UNTA dan UNTA


Al Ghaasyiyah
17. Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan

Dalam Al-Quran telah dinyatakan sebanyak 19 kali perihal unta dalam pelbagai keadaan, ada yang mengisahkan tentang kaum Salleh, ada juga yang menyentuh mengenai penelitian terhadap ciptaan Allah dan ada ayat menggunakan unta sebagai salah satu bentuk sindiran.

Apa itu unta?, jika diperhatikan pada You Tube yang aku postkan, maka sedikit sebanyak dapat kita fahami kelebihan dan kekurangan unta. Unta mampu bertahan dalam keadaan cuaca yang kering dan kurang air namun dalam keadaan sebaliknya ia tidak mampu bertahan.

Memandangkan banyak Rasul diturunkan pada bangsa Israel dan bangsa Arab khususnya maka keadaan setempat dan persekitarannya sedikit sebanyak mencorak kandungan dan intipati kitab-kitab, termasuklah haiwan seperti unta supaya manusia yang bengap seperti aku mampu untuk memikirkan sesuatu.

Wokeh, sekali lagi, apa itu unta?, hehehehehe, baiklah, unta terdiri dari dua spesis iaitu dromedary(arab) yang mempunyai satu bonggol, dan bactrian yang mempunya dua bonggol. Berkaitan bonggol unta ramai yang salah faham dengan menyatakan bonggol unta mengandungi bekalan airnya(termasuk aku yang bengap), bonggolnya merupakan tangki simpanan lemak. (Kalau aku lemak kat perut die lemak kat blakang, wa hahahaha), dan lemak ini mampu ditukar menjadi air.

Yang aku tak faham, unta dalam bahasa Arab ialah 'Jamal' yang beerti cantik, puas aku tengok tang mana yang unta nie cantik sangat.

Unta setakat ini telah dijadikan sebagai pengangkutan, kenderaan peperangan yang amat efektif(kuda tidak suka bau unta), manakala susu dan dagingnya boleh dijadikan sumber pemakanan. Sejarah memakan daging unta terlalu panjang namun bangsa Yahudi lama mengharamkan memakan daging unta.

Bagaimana unta mampu bertahan dalam keadaan cuaca yang panas? Jika diperhatikan pada you tube yang aku postkan, diantara ciri-ciri yang menarik pada unta adalah kukunya, mata, bulu dan hidung. Bentuk kuku kakinya membolehkan unta bergerak dalam keadaan yang panas dan berpasir serta berbukit, Matanya pula mempunyai lapisan lutsinar yang membolehkan unta melihat dengan keadaan ribut pasir, dan hidungnya pula mampu ditutup jika memerlukan,(aku cuba untuk meniru gaya unta menutup hidung tapi gagal). Yang lain-lain korang carilah sendiri hahahahha.

Dalam perjuangan semuanya ke arah memperolehi kemenangan, maka harus difahami kemenangan bukan satu pengakhiran namun permulaan sebuah perjalanan, dalam perjalanan maka harus ada kenderaan pengangkutann kerana perjuangan akan menempuh perjalanan yang panjang. Dan tiada perjuangan yang mudah seperti berjalan di kawasan khatulistiwa, kebiasaannya perjuangan seperti menempuh ribut di padang pasir, panas dan berbukit. Maka perlu diperhatikan pada unta agar kita mampu terus berjuang dalam keadaan yang bagaimana sekali pun.

Maka apa yang perlu diperhatikan diantaranya ialah persiapan untuk berangkat serta bekalan yang mencukupi serta mampu bertahan. Oleh itu harus diperhatikan bagaimana unta diciptakan. Malah bukan sekadar perhati tetapi mengambil pelajaran serta mengadaptasikan dalam perjuangan.

2 comments:

  1. Teringat kartun unta yang dilukis lentik bulu matanya..jazakillah tuk perkongsian..aku bave kmbali posting blog sblum ni dan komen2 yang ada..jazakillah tuk sokongan dari awalnyer..

    ReplyDelete
  2. sangat kagum ngan ciptaan Allah.. Dia m'jadikan sesuatu ciptaan sebaik-baik ciptaan w/p tahi unta sekalipon ade kegunaannnya.....

    ReplyDelete