Sep 17, 2013



Makin kau caci makin kuat kami,
Makin kau benci makin rapat kami,
Makin kau lari makin berani kami,
Makin kau hina makin kami temu jalan untuk terus bersujud...

Katamu syurga dan jalan benar hanya disisimu,
Kataku syurga di bawah kaki ibu dan jangan lupa Negara juga punyai ibu,
Katamu neraka bagi kami kerana tidak menyatu dengan kamu,
Kataku masakan kami tergamak menyatu untuk menghancurkan kesatuan...

Sahabatku,
Bukan ramai mahuku,
Bukan menang garis ukurku,
Bukan juga maksud benci padamu,

Kalau sudah Ibu yang lahirkan kita,
Hanya pada Ibu dicurahkan bakti setia,
Walau ada yang lain mampu beri harta kaya raya,
Walau ada yang lain mampu tabur mimpi indah sedaya,
Tetaplah hanya pada Ibu bakti segala,
Biar sopak, kurap mendada,
Biar buruk laku tetap dia si Ibu tercinta....

No comments:

Post a Comment