1. Bukan sebab racist, tapi bila melihat anak Melayu (baju Brooklyn) yang melakukan jenayah, aku jadi kesian
2. Banyak jari boleh ditunding, banyak alasan boleh diberi, namun akhirnya kita terpaksa akui semuanya berlaku kerana jurang ekonomi yang terlalu jauh dan rendahnya tahap pendidikan
3. Bagi memenuhi kehendak merapatkan jurang ekonomi dan menaikkan taraf pendidikan maka sesuatu yang drastik perlu dilakukan, tidak cukup dengan apa yang ada sekarang, dan ianya perlu dilakukan secara konsisten dan meletakkan kepentingan Negara lebih jauh tinggi dari kepentingan peribadi, kelompok, bangsa dan golongan yang terpilih sahaja
4. Kita juga harus akui kita masih terlalu jauh dari perpaduan dan sistem yang diamalkan kurang efektif dan efisyen lebih-lebih lagi banyak berlaku kegagalan pada peringkat pelaksana
5. Bukan sekali dua kita dengar; jenayah > tangkap > hukum > lepas > buat balik jenayah, dan kitaran ini tidak mungkin berhenti sekiranya semua lapisan masih tunding-menunding dan tiadak mencari titik persamaan
6. Buat uncle Kung Fu yang menyepak anak Melayu Brooklyn itu, aku maafkan kerana barangkali dia belum mengerti 'susah'
7. Buat anak Melayu Brooklyn, aku maafkan kerana barangkali dia belum mengerti 'kesusahan'.
Aku try review balik kisah nie...
Tetapi sebelum tue nak baca balik dari page satu...
Sep 17, 2013
Makin kau caci makin kuat kami, Makin kau benci makin rapat kami, Makin kau lari makin berani kami, Makin kau hina makin kami temu jalan untuk terus bersujud...
Katamu syurga dan jalan benar hanya disisimu, Kataku syurga di bawah kaki ibu dan jangan lupa Negara juga punyai ibu, Katamu neraka bagi kami kerana tidak menyatu dengan kamu, Kataku masakan kami tergamak menyatu untuk menghancurkan kesatuan...
Sahabatku, Bukan ramai mahuku, Bukan menang garis ukurku, Bukan juga maksud benci padamu,
Kalau sudah Ibu yang lahirkan kita, Hanya pada Ibu dicurahkan bakti setia, Walau ada yang lain mampu beri harta kaya raya, Walau ada yang lain mampu tabur mimpi indah sedaya, Tetaplah hanya pada Ibu bakti segala, Biar sopak, kurap mendada, Biar buruk laku tetap dia si Ibu tercinta....
Aku menulis sekadar sebagai catitan peribadi kerana jarang sesekali aku menonton filem Melayu, dengan alasan aku sendiri bahwa kebanyakkan jalan cerita filem Melayu sudah boleh dijangka.
Pertama kali menonton filem Melayu sewaktu dibangku sekolah cerita Awie dan Erra(tak ingat tajuk), kemudian ada beberapa lagi cerita seperti Jangan Pandang Belakang, dan 1957 Hati Malaya.
Kebanyakkan kami 'si hantu panggung' masuk panggung bukan sekadar jalan cerita sebuah filem juga kerana kualiti bunyi dan gambar filem tersebut. Aku pernah tengok filem yang sama pada hari yang sama di panggung yang sama kerana indah sangat visual yang dipaparkan (Avatar).
Bla... bla .... bla.... itulah filem Melayu, cakap, cakap, cakap, padahal komunikasi bukan sekadar verbal, banyak kaedah yang boleh disampaikan terutama melalui sebuah filem, memek muka, cara berjalan, intonasi, bla bla bla..... cakap lagi....
Ok berbalik pada Tanda Putera secara ringkas aku nyatakan:
1. Sangat Bagus dan aku syorkan semua orang tonton terutama kanak-kanak (don't say : "machai detected"), gie tonton dulu cerita ini dengan hati yang terbuka.
2. Sayang sangat kerana Shuhaimi Baba diberi peluang untuk mengarahkan sebuah Filem Sejarah dan peluang ini disia-siakan.
Aku tak mahu complain pasal watak Mahathir yang kaku dan macam kartun, termasuk watak Anuar(aku rasalah tengok pada misai dia) yang macam orang bodoh, aku juga tak mahu complain pasal jalan cerita yang meleret-leret, ada part yang confiuskan orang, ada part yang tak perlu, ada part yang berulang-ulang, bangunan kartun jelas buat dalam studio. Choiii.... Negative.... Ha ha ha ha ha sorry Ye
Tapi kalau diberi lagi peluang pada Shuhaimi Baba aku harap sangat tolonglah jangan syok sendiri sangat, plot dan jalan cerita dah ok, pelakon dah hebat-hebat, kurang 'roh' cerita, pidato fail, pakaian fail, tapi....
Sekurang-kurangnya syukur kerana cerita ini membuatkan aku berjaga malam membaca buku sejarah, rasa banyak sangat yang aku tak tahu pasal sejarah.
Akhir kata disebabkan Shuhaimi Baba orang Nogori maka aku bagi 4 bintang untuk cerita ini kerana informasi, visual 2 bintang dan audio 2 bintang, good try, dan kalau boleh buat lagi Filem Sejarah yo Kak, podulikan lah oghang lain, bak kato ogang bijak-bijak (bukan ese lah tu)
“To avoid criticism say nothing, do nothing, be nothing.”