Jul 20, 2008

ISLAM DALAM KENANGAN



Bila difikirkan secara rasional kegagalan Islam kini adalah kerana kurangnya keupayaan umat Islam menghayati ajaran Illahi ini mengikut tuntutanNya yang sebenarnya, dalam erti kata mudah “sudah tiada lagi Islam”.


Mungkin ramai yang akan marah dan tidak bersetuju dengan pendapat ini, tapi apalah gunanya mengaku Islam andai asyik menunding jari mencari kesalahan orang lain?, apa gunanya Islam andai asyik melihat dirinya lebih bagus dari orang lain?, apa gunanya Islam jika tidak dapat bersatu?, apa gunanya Islam kira hidup dalam ketakutan?, apa gunanya Islam kalau Al-quran yang layak menjadi pedoman dan petunjuk manusia diabaikan?


Kenapa hingga kini kita cuma diminta berlakon menjadi orang Islam tapi tidak punya ruang untuk membuktikan kelebihan Islam malah paling hina bila lansung tidak punya wadah untuk membicarakan tentang kebenaran Islam.

3 comments:

  1. "Kenapa hingga kini kita cuma diminta berlakon menjadi orang Islam tapi tidak punya ruang untuk membuktikan kelebihan Islam malah paling hina bila lansung tidak punya wadah untuk membicarakan tentang kebenaran Islam."

    terfikir jua tentang itu...

    ReplyDelete
  2. kita hentikan lakonan ini

    cari persamaan walau sering berdepan dengan perbezaan

    al-baqarah:170-
    Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?".

    ReplyDelete
  3. salam...
    ikut apa yang Allah suruh...
    apa yang Allah suruh???
    baca, fahami dan praktikan apa yang ada dalam Al-quran...
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete