Aug 25, 2008

MEMBANGUN JIWA RAGA BANGSA (2)

Assalamualaikum anak muda pendekar.Setakat menidakkan orang itu dan ini , apakah maksud kata kata mu? Memang Allah SWT jua yang mampu segalanya tetapi apakah kamu lupa bahawa Allah SWT berfirman bahawasanya Ia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang berusaha mengubah takdir mereka?

Memang mudah sekali melepaskan kata kata tetapi apa faedahnya kepada sesama manusia jika hanya ucapan tak berikut dengan tindakan sewajarnya?Usah memperlekehkan jamaah Islamiyah anak muda!Jika tidak kerna adanya PAS, maka nasib Melayu Muslim sudah lama hancur seperti jatuhnya segala kerajaan Melayu Islam yang lain sepertimana anak muda sebutkan didalam blog nukilan anda.

Memang jamaah yang ada tidak lah sesempurna mana tetapi ada juga kebaikan yang disumbangkan mereka.Bilamana Islam dicabar oleh sesiapa sahaja di bumi Malaysia ini, jamaah manakah yang berada di saf pertama mempertahankan dan membelanya?Pendekar?


-http://mahaguru58.blogspot.com


REPLY dari PENDEKAR
Muhammad Saw meninggalkan kita dengan dua perkara (urusan), sekiranya kita berpegang pada keduanya maka kita tidak akan sesat(bingung) selamanya iaitu kitabAllah dan sunnah rasulnya.

Masyarakat kita hari ini bingung mencari penyelesaian, maka ada yang bergerak dengan penuh persangkaan. Kembalikan mereka pada Al-quran, timbulkan rasa memiliki pendidikan yang berteraskan al-quran, kerana Al-Quran adalah petunjuk yang lebih jelas dan tepat, maka kita laksanakannya BUKAN SEKADAR BACA ARABNYA. Bagaimana untuk melaksanakannya? Sunnahrasul sebagai praktikalnya, nah apa sahaja dan cara yang Rasulullah laksanakan kita ikuti BUKAN SEKADAR IKUT JANGGUT DAN PAKAIANNYA. Ikuti bagaimana Muhammad menyebarkan ajaran Illahi dan menzahirkan SISTEM ISLAM.

Kenalkan, beri pendidikan dan jelaskan aqidah pada masyarakat bukan menakutkan mereka tentang hukum atau kuasa. Bila kenal nanti baru wujud cinta, nah kalau semua sudah kuat aqidahnya bukan setakat nak naikkan hukum, bapa segala hukum pun kita akan turut.

Kita tidak pernah memperlekehkan samada PAS, UMNO atau PKR tapi carilah persamaan dalam perbezaan, kita sebarkan budaya toleransi dan perdamaian. ........

7 comments:

  1. sememamgnye yang didepan membela melayu..xkan pula cina dan india....tetapi sekadr itu shja bntuan nye,,,,,
    pas tu kalian akn berpecah,,, sebb tiada iktan ( akidah) laen kefhmannye...

    ReplyDelete
  2. Al Qashash:55- Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: "Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil." :-)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah,
    Penerangan yang cukup membantu untuk kita untuk berfikir...pastikan BUKA minda untuk memahaminya..

    ReplyDelete
  4. manusia takkan dapat mengubah manusia, al-quran sahaja mampu mengubah manusia. t.q wira

    ReplyDelete
  5. Ayuh hentikan perjuangan berlandaskan kebencian. Kerana kebencian memangkin nafsu serakah. Islam harus berdiri attas kebijaksanaan, bukan emosi dan perasaan.

    "Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan). Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu." Ar-Rahman:7&8

    ReplyDelete
  6. salam...
    mari kita bersama-sama menzahirkan dan menegakkan sistem Add-deen...
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete