Sep 9, 2008

AYAH & ANAK & KELDAI, atau?


ﺭﺿﻰﺍﻠﻧﺎﺲﻏﺎﻴﺔﻻﺗﺪﺭﻙ
Kerelaan semua manusia sesuatu yang tidak mungkin digapai


ﻤﺎﻴﺪﺭﻙﻜﻠﻪﻻﻴﺗﺭﻙﻜﻠﻪ
Kerjakan sesuatu yang baik itu sekali pun tidak mendapatkan persetujuan dari segala lapisan manusia


Pernah diceritakan, seorang bapa dan anak sedang menempuh perjalanan dengan menunggang keldai. Mereka menunggang dengan gembira sehinggalah semasa memasuki keramaian kota, ramai manusia berbicara, bermacam-macam luahannya. Mereka mula terasa apabila dikritik orang jalanan yang menyatakan: “ Wah, manusia yang tidak berperikemanusiaan, keldai yang kecil tetapi ditunggang oleh dua orang”. Maka, turunlah si ayah dan menuntun keldai dengan membiarkan anaknya tetap diatas keldai.


Dalam perjalanan selanjutnya didengar pula kritik dari orang yang mengaku ahli dalam etika dan sopan santun, katanya: “Anak tidak sedar diri, orang tuanya disuruh berjalan sedangkan dia duduk diatas keldai”. Direspon pula kritikan itu oleh sang anak, kemudian mereka berjalan bersama, bapa, anak dan keldai.


Tidak lama kemudian, berselisihlah mereka dengan seorang pedagang yang selalu mengira tentang untung rugi dan berkata penuh kritikan, “Ah, bodoh sungguh kamu ini cuaca begini kamu berjalan tanpa kasut lagi”(padahal mereka memakai sandal usang). Mendengarkan kritikan yang berbaur penghinaan ini, bapa dan anak mengambil keputusan drastik, mereka menganggap lebih beretika dan berperikemanusiaan tindakan yang akan mereka ambil, iaitu: mereka mengikat kaki sang keldai selanjutnya dipikul oleh mereka keldai itu sambil meneruskan perjalanan di pesta manusia. Tentunya semua yang melihat akan timbul persoalan, dan ketawa melihat kelakuan seperti itu.


Maka sahabatku apa sahaja pekerjaan, lakukan dengan ilmu dan jangan dengar kritikan orang lain tanpa dinilai dengan ilmu, contohi cerita diatas, walhal keldai memang berupaya mengangkat ayah dan anaknya akan tetapi oleh kerana tiada ilmu dan suka mendengar kritikan orang lain maka akhirnya memalukan diri mereka sendiri

2 comments:

  1. xpela sememangnya ilmu itu penmting dalam setiap perbuatan...maka kita teruskan perlaksaan kita dengan ilmu yang semkin bertmbh setiap hari...

    ReplyDelete
  2. salam...

    Al Hujuraat:13.

    Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete