Sep 10, 2008

SEMAKiN LAMA SEMAKiN TUA SEMAKiN.........

Manusia dalam meniti kehidupannya adalah pembuat sejarah, walaupun tidak boleh dilakukan sesuka hatinya, manusia akan mencipta sejarah berdasarkan keadaan yang lansung mereka hadapi, mereka terima sebagai lanjutan dari masa lalu. Apa sahaja aktiviti dan pemikiran manusia kelak akan menjadi sejarah. Manakala aktiviti yang kemudian menjadi suatu yang bersejarah bukanlah dihasilkan sekali jadi oleh pelakunya, tetapi secara terus menerus mereka ciptakan berulang melalui suatu cara, dengan cara itu juga mereka menyatakan dan dinyatakan sebagai pelaku sejarah.



Kita sememangnya akan mati dan meninggalkan alam ini, tanyakan pada diri kita sejarah yang bagaimana yang mahu kita tinggalkan? Menjadi kebanggaan generasi mendatang atau dicaci-maki kerana kita tinggalkan mereka dengan kehancuran? hidup ini terlalu singkat maka jangan sia-siakan.


Demi masa sahabatku.......
Kita sungguh-sungguh berada dalam kerugian........
Kecuali kita menjadi orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh serta nasihat-menasihati supaya seluruh manusia mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati agar seluruh manusia supaya menetapi kesabaran.

4 comments:

  1. manusia yang mencipta sejarah.......kita yang cipta sejarah islam..
    so teruskan berjuang sahbat ku sekalian....

    ReplyDelete
  2. Setiap detik, setiap langkah dan setiap tindakan kita adalah sejarah buat generasi akan datang. Lakaran sejarah yang kita perolehi dari zaman sebelum ini, memberi kita ruang untuk menghayati dan memikirkan kewajaran tindakan kita pada hari ini.

    Kaji dan ambil iktibar dari sejarah lalu.

    ReplyDelete
  3. jangan kita dipatuk oleh ular yang sama di lubang yang sama

    ReplyDelete
  4. Demi masa sahabatku.......
    Kita sungguh-sungguh berada dalam kerugian........
    Kecuali kita menjadi orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh serta nasihat-menasihati supaya seluruh manusia mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati agar seluruh manusia supaya menetapi kesabaran.

    ReplyDelete