Keimanan sesuatu yang abstrak yang tidak dapat dilihat oleh sesiapa pun akan tetapi keimanan dapat diukur dari hasil yang kita kerjakan(takwa). Dalam melaksanakan perintah Allah, iman atau yakin teramat penting, ini kerana tanpa keyakinan kita tidak akan mampu melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita.
Iman tidak dapat diagihkan atau dikongsi bersama kerana yang memilih untuk beriman atau tidak adalah diri kita sendiri. Kita boleh menyatakan dengan lisan bahwa kita telah beriman, sesiapa pun boleh menyatakan keimanan. Aku pernah menyampaikan tentang Islam dan Iman pada seorang penganut Buddha yang mahu mendalami Islam.
Secara mudahnya manusia sebegini tidak tahu lansung mengenai Islam dan menilai Islam melalui orang Islam(Melayu) itu sendiri. Dia mahu meyakinkan dirinya bahwa Islam merupakan jalan penyelesaian yang terbaik, namun terkilan melihat tingkah umat Islam(Melayu) sekarang. Maka aku ungkapkan cerita Muhammad, sejarah para Rasul dan keagungan sebenar Islam.
Oleh kerana tidak mempunyai masa yang cukup dan keterbatasan geografi maka hingga kini dia masih menganut ajaran Buddha namun yakin bahwa Islam agama yang terbaik. Pesan terakhir aku padanya “Benarkan diri kita untuk mengenali diri kita dahulu jangan prejudis dan kiranya bersungguh mahu mengenali Islam kenali dahulu sejauh mana pemurahnya Allah, kenali nama-nama Allah. Kerna ada adigium menyatakan bahwa: Permulaan Islam dengan mengenali Allah”.
Buat Edd(nama panggilannya), aku mengharapkan agar kau temui keindahan nama-nama Allah, dan nanti kau akan ketemui keindahan Al-Quran.
memahami lebih penting dalam suatu perkenaln
ReplyDeletesebarkan kecintaanNYa
ReplyDeletesalam...
ReplyDeleteAl A'raaf:180
Hanya milik Allah Asmaa-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut Asmaa-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.
Alhamdulillah...