Sep 30, 2008

JENIN MAT JENIN

Al kisah tersebutlah cerita disebuah kampong tinggal seorang yatim bernama Mat Jenin, hingga hari ini tidaklah sesiapa tahu asal usul dan nama sebenarnya. Dipendekkan cerita sebab semua orang dah tahu, Mat Jenin kerja sebagai tukang panjat pokok kelapa, ala ala beruk. Ketika sedang memanjat, bosan agaknya, Mat Jenin berangan bahwa upah yang diusahakan akan dikumpulkannya lalu dia akan membeli sebiji telor ayam, maka akan dijaga telor ayam sampai menetaskan ayam.



Al kisah setelah ayamnya membesar dan boleh melaksanakan ‘hajat’ dan beranak pinak maka Mat Jenin akan mempunyai ayam yang banyak lalu dijual habis ayamnya untuk membeli seekor kambing lalu bermula pula episod menternak kambing. Kambingnya pun begitu subur hingga yang seekor menjadi berekor-ekor, maka setelah banyak kambingnya pun habis dijual.


Al kisah dibeli pula seekor lembu dari hasil duit kambingnya, maka bermula pula kisah mengembala lembu. Dek kerana pandai dijaga, lembunya melahirkan zuriat yang banyak. Maka bermulalah sejak detik itu Mat Jenin menjadi orang kaya baru. Nah, mulalah orang ramai mengenalinya, rumah besar bak istana, hamba ramai bak raja, isteri yang cantik bak primadona.


Al kisah Mat Jenin mahu memeluk isterinya hingga lupa dirinya sedang berangan dan masih diatas pokok kelapa lalu jatuhlah dia dan mati sebelum dapat menikmati upahnya. Innalillahhiwainnailaihirojiun…



Al kisah yang positifnya cerita ini Mat Jenin punya perancangan yang teliti, bagus dan punya matlamat yang jelas. Al kisah yang negatifnya kalau nak merancang sebelum buat kerja, jangan pula tengah buat kerja baru nak merancang. Pandai jugak nenek moyang kita sampaikan mesej P.O.L.C.

Al kisah kata Al Quran, Al Hasyr :18-

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.


Al kisah maka rancanglah segala-galanya setelah kita yakin dengan sesuatu, penting merancang, jika tidak merancang kita merancang untuk gagal. Rancang generasi akan datang, rancang masa hadapan, rancang kewangan, rancang pendidikan, rancang untuk menzahirkan sistem yang hak. Jika sudah punya perancangan maka ikutlah dengan perbuatan bukan dengan membebel.

1 comment:

  1. salam...

    Al kisah kata Al Quran, Al Hasyr :18-

    Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete