Sep 13, 2008

MULAKAN DENGAN NAFAS PENDIDIKAN

Selalu kita dengar, bahwa dengan pendidikan sahaja dapat mengubah sesuatu kaum ke arah yang lebih ideal dan maju. Pendidikan dapat mengeluarkan manusia dari lembah kemiskinan, pendidikan dapat mengangkat martabat bangsa kita. Malah dengan pendidikan bangsa akan lebih sejahtera. Malaysia sudah 51 tahun merdeka, dan dunia sudah mengenalinya malah ada di kalangan negara Islam yang lain mengagumi kemajuan yang dicapai. Maka ramailah yang kembang hidung.


Hakikat yang tidak boleh disangkal, pendidikan yang dilaksanakan di Malaysia masih belum dapat membangunkan jiwa dan raga bangsa ini, masih ramai anak-anak kita yang menganggur, yang terlibat dalam kancah jenayah, dan tak kurang juga punya kerjaya yang hebat dan akhlak yang hebat rosaknya. Zina macam makan bertih, rasuah termasuk dalam syarat untuk berjaya, dadah, rokok dan yang paling teruk bila sudah hilang rasa percaya pada Tuhan.



Banyak yang kerajaan kita cuba lakukan, dan jangan sekali-kali salahkan kerajaan. Kita cuba pandang apa sumbangan kita untuk generasi mendatang. Kita selaku Melayu yang berugama Islam harus sedar dan bangkitkan budaya Pendidikan berteraskan Al-Quran. Bina generasi mendatang dengan ilmu dunia tapi dalam dadanya Al-Quran. Manusia yang dibentuk jati dirinya dengan Al-Quran akan menjadi manusia yang teramat bagus pemikiran dan jasadnya. Inilah yang akan menjadi pemimpin di masa akan datang, pemimpin yang membudi dayakan pendidikan.


Seakan-akan tak tercapai dengan perkataan sahaja, kerana aku hanya menulis di sini dan melaksanakan di luar. Tak mungkin hanya dengan membaca tulisan ini manusia akan faham, akan tetapi sedikit sumbangan yang boleh aku sampaikan, doakan agar hadir sedikit kesedaran pentingnya pendidikan jangan kita tinggalkan generasi akan datang dalam keadaan yang lemah.

5 comments:

  1. moga kita sentiasa bersyurkur hendaknya....teruskan berjuang tanpa rasa jemu....

    ReplyDelete
  2. "Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." Luqman:27

    Begitu banyak pelajaran dalam kalamullah ini. Rugi kerana kebanyakan manusia hanya nampak ilmu akhirat sahaja.

    Kini, semua perndidikan agama lebih kepada bekalan untuk mati. Bukan untuk hidup. Sebab itulah pendidikan Islam semakin tidak relevan.

    Kembalikan keamanan sejagat dengan pendidikan Islam. Bekalkan ilmu untuk hidup. Dan mati.

    ReplyDelete
  3. manusia lebih takut mati tetapi takut bekalan dunia yang kering...
    teruskn danai pendidikan

    ReplyDelete
  4. "Kini, semua perndidikan agama lebih kepada bekalan untuk mati. Bukan untuk hidup. Sebab itulah pendidikan Islam semakin tidak relevan."

    yang tak relevan manusia sekarang BUTA memahami pendidikan

    ReplyDelete
  5. salam...

    Al-Faathir:22-

    dan tidak (pula) sama orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati. Sesungguhnya Allah memberi pendengaran kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan kamu sekali-kali tiada sanggup menjadikan orang yang didalam kubur dapat mendengar.

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete