Sep 6, 2008

PELIK TAPI BENAR

Aku pernah didatangi seorang sahabat dan dia bertanya, “Kalau aku katakan dekat rumah aku sekarang ada Pak Lah kau percaya tak?”. Maka aku jawab “Tidak”, kerana aku kenal siapa kawan aku ini. Takkanlah orang macam dia nie Pak Lah nak jenguk. “Macam mana aku nak bagi kau yakin bahawa Pak Lah memang ada kat rumah aku sekarang?” katanya lagi. “Kau bawa aku jumpa dia sekarang”. Ketawa kecil pula dia, dan dia berkata “Semua manusia pun di muka bumi ini, kalau hendak diyakinkan tentang sesuatu perkara harus dilihat dengan mata kepala sendiri, betul tak?”



“Apa yang kau nak cerita sebenarnya ni, aku dah tak sabar nak jumpa Pak Lah” aku berseloroh. “Nah sebenarnya tidak ada kena-mengena dengan Pak Lah, aku cuma bagi contoh. Tapi kau percaya tak Allah itu ada?”soalnya lagi. Aku menjawab dengan hairan “Mestilah, kitakan orang Islam”. “Tapi, kau nampak tak Allah? Tak nampakkan? Tadi bila aku bagi tahu Pak Lah ada dekat rumah aku kau tak percaya kerana tak tengok lagi. Kenapa Allah kau tak nampak tapi kau percaya?”soalnya membuatkan aku semakin bingung.


“Begini, aku bukan nak buat engkau pening. Yakin dan percaya juga kita kenali sebagai iman, dan kita punya rukun iman, pertama beriman kepada Allah, seterusnya kepada, malaikat, pada kitab-kitab, pada rasul, pada qada’ dan qadar serta beriman pada hari akhirat. Akan tetapi dalam keenam-enam rukun iman ini, semuanya perkara yang tak mampu kita lihat sekarang ini, melainkan kitab sahaja. Beerti kita harus belajar memahami al-kitab dahulu sebelum kita hendak beriman kepada yang lain. Dari Al-Quran kita akan kenal Allah, para malaikat, para rasul, qada’ dan qadar serta hari kebangkitan”, jawabnya panjang lebar.


Benar juga penjelasannya, kerana hari ini ramai orang Islam cuma berlakon percaya kepada Allah walhal mereka lansung tidak pernah memahami isi Al-Quran, dari mana mereka tahu?. Pelik tapi benar.

4 comments:

  1. kebanyakkan manusia tidak tahu melainkan agak-agak dan ikut persangkaan merekan shaja...

    sesuatu perkara itu harus ade bukti...
    tp mana buktinya kalu tidak ape yang difirmankan allah...

    mereka tidak akan memahami dengan mendlam melainkn telah dtg bukti2 yang nyata dari yang maha pemurah...

    ReplyDelete
  2. Ar Ruum ;29.

    Tetapi orang-orang yang zalim, mengikuti hawa nafsunya tanpa ilmu pengetahuan; maka siapakah yang akan menunjuki orang yang telah disesatkan Allah? Dan tiadalah bagi mereka seorang penolongpun

    ReplyDelete
  3. Selain meneka, pendidikan dari kecil telah menyebabkan sebahagian dari kita TERPAKSA mengakui kewujudan Allah tanpa ada hujah jelas - lalu kita mengakui kewujudanNya.Pendekatan yang dahulunya tidak jelas harus diperbaiki menggunakan pendidikan dan ilmu yang jelas lagi tepat.

    ReplyDelete
  4. salam...

    Al Baqarah: 21.

    Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa,

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete