Oct 11, 2008

ISLAM KEMBANG ATAU KUNCUP?


Aku tahu korang memang malas nak belek banyak sangat blog, tapi sedikit komen yang bermanfaat yang boleh kita renungkan, mardhotillah:-





"Wa'alaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh.

Jazakallah Datuk Pendekar!

Sejuk sedikit hati ini mengetahui bahawa masih ada insan -insan sefikrah seperti hamba yang nampak bahawa jika Islam itu ingin dilihat tertegak kukuh dibumi bertuah ini, maka kita yang Muslim ini perlu menggembeleng tenaga, mengorak langkah, membuka mulut, menyatakan yang hak, mencegah yang batil dan memerangi gejala jahiliyyah moden yang sedang melanda tanahair tercinta kita ini! Hendak seribu daya tuan tuan dan puan puan, saudara saudari seIslam dengan kami!


Marilah kita bersama sama mengajak manusia kembali ke jalan Allah Azza Wa Jalla dan menegakkan Sunnah Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam, Rahmatul Alamin, Habibullah, Saiyyidul Mursalin.


Bersatulah wahai umat Islam dengan nama Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan nasihat menasihati lah diantara satu sama lain dengan penuh hikmah dan bijaksana. Carik carik bulu ayam; lama lama bercantum jua. Carilah persamaan; Insya Allah kita kan ketemuinya.


Tuntutlah ilmu agama dan amalkan lah ajaran ajaran Islam sebenar dan jauhilah gejal sosial berteraskan fahaman fahaman karut bawaan musuh musuh Islam dari luar dan dalam masyarakat kita.


Semoga anda menjadi Mukmin dan Mukminat sejati, penyambung usaha Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam. Amin ya Rabbal Alamin".

2 comments:

  1. amin..salam perdamaian dan tolenransi

    ReplyDelete
  2. Salam...

    surah Al-Ambiyaa’ ayat ke 73:-

    “Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah”

    An-Nisa:59.

    "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri(pemimpin) di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya".

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete