Bass' (1989&1990) “Theory of Leadership” menggariskan tiga asas untuk membentuk pemimpin atau untuk menjelaskan bagaimana seseorang menjadi pemimpin. Teorinya aku mudahkan seperti berikut:-
1. Trait Theory – Seseorang yang sejak azalinya sudah mempunyai perwatakan sebagai seorang pemimpin. Punya watak dan sifat kepimpinan semulajadi yang secara tidak lansung dapat mengetuai atau menguasai orang lain.
2. Great Events Theory – Berlakunya sesuatu tragedi, krisis atau sesuatu perkara penting yang menyebabkan seseorang diangkat menjadi pemimpin. Meletakkan seseorang yang biasa dengan melakukan sesuatu kerja yang luar kebiasaannya, atau luar kemampuannya (luar capaian).
3. Transformational Leadership Theory – Diri sendiri memilih untuk menjadi seorang pemimpin, belajar tentang kepimpinan serta cara untuk memimpin. Teori ini yang selalunya diterima dan sering diadaptasikan oleh kebanyakkan manusia pada hari ini.
Wah sudah berwajah baru...syukran jazilan utk peringatan saudara..moga allah mudahkan urusan anda
ReplyDeletesyukran...
ReplyDeletecumer letih skit nak edit balik semua post
terima kasih kerana mengunjungi kakisyurga,
moga kita mendapat keredaan allah, alhamdulillah
Salam...
ReplyDeletesurah Al-Ambiyaa’ ayat ke 73:-
“Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah”
An-Nisa:59.
"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri(pemimpin) di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya".
Alhamdulillah...